Dalam Jiwa Hamba
Mencari erti hina...hina sebagai hamba...hamba disisi Rabbi.

Alirankan Wang Hutang Itu

Posted In: , . By Kalam Puncak

"Aduh, mana pula perginya kasut aku ni? Tadi ade je kat sini. C%*@$& mana amik ni!"

Istighfar panjang saya petang tu. Mula-mula tersembul juga sumpah seranah. Mana tidaknya. Elok-elok selesai solat Asar, bila dijenguk di rak kasut, sudah ghaib kasut Adidas Superstar saya warna putih berjalur hitam 3 calit. Walaupun kasut itu kasut bundle dari Irbid, tapi ia tetap istimewa dan disayangi.

Bila dipujuk hati agar bersabar dan kembali tenang, hakikat itu dapat ditelan. "Biarlah. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik".

Orang buta yang Allah ganti dengan pandangan hati yang lebih suci

SEGALANYA PINJAMAN

Namun bila difikir-fikir kembali, dalam kehidupan kita memang tiada yang kekal menjadi hak milik diri kita. Kasut itu, duit biasiswa, kamera SLR, komputer, handset dan macam-macam lagi segalanya hanyalah kompenen alat-alat yang Allah pinjamkan supaya dapat digunakan dalam ubudiah kepadaNya. Kata Gusti Allah ;
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
QS. Ibrahim: 34
Hidup di dunia ini segalanya macam loan bank. Cuma loan bank, kalau pinjam kena bayar nilai yang sama dan sedikit bunga, jika tidak guna perbankan Islam. Tapi pinjaman dari Allah, dek kerana RahmahNya, hutang Allah dibayar dengan tunduk dan patuh kepada sistem Syara' yang Dia tetapkan. Ambil Islam dalam kehidupan, baru terlunas hutang piutang tersebut!

Mudah bunyinya bukan? Tapi untuk pada setiap masa merasai bahawa yang dalam poket anda itu bukan wang anda, hampir-hampir mustahil sama sekali.

Kalau tidak, tidak mungkin akan dimaki hamun bila barang hilang. Tak mungkin akan dijuihkan bibir pada peminta sedekah yang datang mengemis. Malahan, tidak mungkin sama sekali akan buat-buat tidak tahu bila panggilan Allah datang, mengajak beramal.

Oh, manusia!

Semalam, bila sudah dilihat-lihat wang di dalam akaun terasa terlebih pula biasiswanya. Huhu. Harus diatur mana pergi aliran wang ini. Kalau tidak bonus yang diterima langsung tiada nilainya di sisi Allah.

Walau berapa nilai budgetnya, walau USD 100, USD 50, LE 100 atau apa-apa sahaja nilainya, tak kira kecil atau besar, pastikan ia sudah awal-awal sekali diasingkan. Bukannya budget beli motor,upgarde lens atau komputer, tapi budget Infaq!

Salam Infaq.

Give a Little - Dawud Wharnsby Ali

 

Segala Yang Baru

Posted In: , . By Kalam Puncak

Bermulanya sesi 2008/2009 bagi pelajar-pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Kaherah, masing-masing tampil dengan gaya serba baru. Mana tidaknya, hampir 80% dari mereka ini pulang ke Malaysia.

Pasti ada saja kelihatan, datang ke kelas dengan pakaian yang semuanya baru. Bermula daripada kasut, naik ke seluar, terus ke baju serta beg. Bagi perempuan, harus sahaja tak terlepas tudung, baju, tas tangan dan sepatu yang baru. Segalanya baru. Tak pernah nampak sebelum ini.

Ada juga yang datang dengan laki dan bini yang baru. Yang ini tahniah saya ucapkan. Oh, tak lupa yang ada tunang baru. Moga alam baru yang kamu sudah langkahi ini, menjadi pandu jalan bagi teman-teman yang lain. Pokoknya, harus stabil studi. Lalu pinta sahaja pada Allah, moga Dia berkahi.

Saya juga apabila hendak kembali dari Malaysia minggu lalu, sudah saya persiapkan bahan bacaan saya yang baru bagi tahun ini. Sekotak buku sudah saya sediakan, menunggu waktu untuk berangkat. Namun, izin Tuhan tidak terbawa saya kotak itu ke mari lantaran terlebih muatan. Emirates oh emirates, kenapa 32 kg yang engkau khabarkan, 25 kg sahaja yang engkau benarkan? Apalah nasib, kini mencari-cari saluran agar dapat diposkan kotak buku tersebut.


Terdapat juga teman-teman gen_6 yang targetnya mumtaz, azam yang baru. Tapi bila berhadapan dengan maddah-maddah pelajaran tahun ini, berfikir dua tiga kali lagi. Barangkali misi mumtaz tahun ini amat payah sekali.

Apapun, hadirkanlah niat yang sentiasa diperbaharui untuk tahun ini. Pasakkan matlamat yang jelas untuk terus mara dengan mencari Redha padaNya. Teruskan untuk diperbaharui, kerana niat ini juga kekadang ia boleh lusuh dengan hujan panas kehidupan. Kerana tidak diperingatkan ia larut dalam keliru dan dilema konflik tanggungjawab dan kehendak.

Kita tidak mahu penat dan lelah kita tidak terbayar dengan 'inayah daripada Allah. Bila Mardhatillah tidak dicapai, sia-sialah segala kudrat yang dikerah ke jarum meter maksimum. Langsung tiada nilai di sisi Allah.

Walaupun ramai yang anggap pos kali ini adalah entri yang lapuk, tapi ianya tetap releven kerana niat itu adalah sesuatu yang diukur sepanjang masa oleh Allah. Biarlah muak diperingatkan perkara ini. Asal ia berguna untuk sang mukmin, tidak rugi untuk didengar dan dihadam.

Wallahua'lam.

 

Mumbai ke Dubai?

Posted In: , . By Kalam Puncak

"Ish, sejuknya air ni. Takkan dah masuk sejuk kot?"getus hati bila nak bersuci pagi tadi.

Keluar sahaja rumah ke kuliah seawal jam 7 pagi, angin dingin mengusap-usap kulit. Terus receptor menghantar isyarat sejuk ke otak. "Sejuk giler..".

2 bulan pulang bercuti, kini kembali ke bumi Mesir. Lega rasanya musim panas yang menyebabkan tidak boleh tidur malam akibat rumah yang berkuap, sudah berlalu. Selesa cuaca begini, siang harinya tidak terlalu terik. Tak pijar.

Rupanya sudah masuk tahun 3. Kalau tahun 3 di USIM disebut tahun profesional, tak tahu la kenapa kena profesional. Sejak kaki dijejak ke kelas 2 hari lalu, sebetulnya saya agak terkejut. Ilmu baru yang tak dapat diproses, diterima bertalu-talu. Lalu ia terlonggok dan terus tensi. Mungkin mindsetting yang tidak jelas serta pelajaran-pelajaran tahun lalu yang habis terlupus menyebabkan ini terjadi. Moga Allah bantu untuk saya kembali bertapak di bumi Mesir ini.

Perjalanan baru-baru ini untuk kembali ke Mesir memang menyeronokkan. Saya bersama 3 rakan saya berpeluang untuk transit di Dubai. 3 jam asalnya. Tapi setelah dimohon untuk stop over, 36 jam masa yang kami ada untuk menjelajah Dubai.

Pakar baca peta kami, Nash dan Pepe

Dubai merupakan salah satu negeri daripada UAE, merupakan negara yang mempunyai 90% orang asing. 42.3% % daripadanya adalah India, 17% adalah Filipina selebihnya Orang Putih, Bangladeh dan Pakistan. Terus terang saya beritahu, Dubai hampir kelihatan seperti Mumbai. Anda akan mudah untuk melihat orang India di jalanan, di tempat-tempat peranginan, kedai-kedai makan, salesman, surat khabar dan majalah Tamil serta macam-macam lagi.

Dubai oh Dubai. Kerana terlalu obses untuk memodenkan bangunan habis diimportnya pendatang-pendatang ini untuk bekerja di sana. Harapnya di Kuala Lumpur, tak terlambak pekerja-pekerja asing di sana.

Alhmdulillah Burj El-Arab, Burj Dubai, The Palm sudah dilawati. Kagum tapi hampa. Kecewa kerana kekayaan sebegini tidak dilaburkan pada saudara-saudara Muslim yang amat memerlukan bantuan. Palestin yang menderita tidak ditolong, duit sahaja terlabur untuk pembangunan material yang tidak ke mana. Begitulah kesan kapitalisme di negara-negara Arab oleh barat, dipecah-pecahkan negara lalu disuntik pula doktrin Nasionalisme. Lalu yang mereka peduli hanyalah suku kaum sendiri, kenyang perut anak beranak serta kembung dan berat uncang duit. Inilah yang dapat kita lihat bila Islam itu tidak lagi menguasai alam.

Burj El-Arab, satu-satunya hotel 7 bintang dalam dunia.


Cukup 36 jam, masa dah tiba untuk pulang. Sekali lagi kejutan. Flight was overboard! Kerana masalah teknikal, kami pula jadi mangsa.

Kami terpaksa untuk tinggal sehari lagi di Dubai. Harus diakui, sebenarnya saya tersengih bila diberitahu kami harus bermalam di Dubai. Lega tak perlu balik awal ke Mesir. He he.

Emirates akan menyediakan hotel, serta kupon makanan percuma di sana. Sebagai pampasan, kami diberi tiket percuma yang bertempoh setahun. Ke Dubai lagi! Rezeki kami. Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan.

Apapun, sekarang sudah masa untuk merancang. Merancang dan merencana. Diri ini perlu pergi lebih jauh supaya sifat mukmin yang sentiasa memperbaiki diri, dapat dipenuhi. Pelajarannya, persatuannya, DnTnya, kesihatannya dan macam-macam lagi harus dikehadapankan. Moga Allah mudahkan.

Masa untuk mengorak langkah!

 

Nak Balik Dah...

Posted In: , . By Kalam Puncak

Sedar tak sedar, sudah mahu pulang semula ke Mesir. Tak sampai 3 hari, saya akan berada di atas pesawat Emirates terbang membelah awan menuju ke barat. Entah sampai bila perkelanaan di bumi anbiya' ini akan diteruskan.

Bila sedar rupanya tak berapa hari saja akan pulang, terus senak perut.

"Aduh nak balik Mesir dah!"

Balik kali ini, terasa ingin sahaja pulang tiap-tiap tahun kalau tidak duduk mengulang peperiksaan. Best bebenor, kata orang perak. Memang seronok. Jumpa kawan-kawan lama, makan masakan umi, shopping baju yang ada saiz empunya diri, turut serta berprogram dan macam-macam lagi. Segalanya membina gelojak diri untuk terus berkampung di Malaysia. Mahu saja minta JPA tukar buat medik di Malaysia. huhu..

Tapi, kerana sudah teramanah pada diri untuk menuntut ilmu kedukunan di bumi Mesir, juga kerna jutaan pengalaman dan ilmu yang akan diraih di sini, angan-angan itu ditepis jauh-jauh.

Syiddu Hellak!

Buntu sebenarnya untuk kemas kini blog dengan idea yang lebih segar. Ditambah lagi dengan pertambahan hobi baru baru-baru ini yang meragut banyak masa untuk terus menerus update Dalam Jiwa Hamba. Salah 1000d atau salah saya? Oh, tak mengapa. Saya mohon maaf pada pembaca, lagi-lagi Kak Diana yang menunggu post berkenaan Fiqh Perubatan Semasa, satu seminar yang saya hadiri 2 minggu lalu. Bukan tidak berkesempatan, tapi Istiqamah saya dijerat oleh kemalasan.

Oh lupa, hampir seminggu berlalu Eid Mubarak. Saya kira masih punya kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada umi dan abah, adik-adik, kaum kerabat, sahbat-sahabat, rakan-rakan di Mesir juga Malaysia serta umat Islam sekalian alam. Moga Allah ganjari usaha kamu dalam mencapai objektif Ramadhan yang lalu.

Petikan ucapan Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbahnya;

"Jadilah kamu hamba Rabbani, usahlah menjadi hamba Ramadhani".
Adik-adikku yang berposing di tepi kolam, pada raya ke-2

P/S: Ini dia hasil 1000D..abang Akmal jom angkat satu.