Dalam Jiwa Hamba
Mencari erti hina...hina sebagai hamba...hamba disisi Rabbi.

Muhasabah kematian.........

By Kalam Puncak

Salam Maal Hijrah 1431 semua mudah-mudahan hijrah kita kearah keredhaan Allah hendaknya dan mati kita dalam islam cita-cita utama kita, inilah tajuk yang dibincangkan di Masjid At-Taqwa sempena tahun baru hijrah ini.

Semua kita mestilah berusaha untuk mati dalam keadaan islam, jika cita-cita ini diletakan dalam hidup kita maka yang bekerja pasti akan bekerja sungguh-sungguh, yang belajar pasti akan belajar bersungguh-sungguh agar semua yang kita buat akan mendapat keredhaan Allah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

(Al-Fajr: 27 – 28)

Sebagai muhasabah kematian dan menjadi pengajaran bagi menimbul rasa takut sakratul maut supaya kita selalu bersedia maka marilah kita fikirkan akan diri kita ini.

Bagaimana roh kita nanti

Jiwa yang beruntung:
Mengecap kenikmatan, ia bebas dan tiada yg menahannya dan boleh bertemu serta ziarah menziarahi. Ingat mengingat ttg apa yg dirasakan di dunia, dan tentang apa sedang berlaku pada penghuni dunia.

Jiwa yang rugi:
Sibuk dgn siksa yg dirasainya, maka tidak teringat utk bertemu dan ziarah menziarahi

Bagaimana menghadapi sakratul maut

Jiwa yang beruntung:
Dtg malaikat saktarul maut membawa sehelai kain sutera putih.

Jiwa yang rugi:
Dtg malaikat saktarul maut membawa kain guni yg kasar.

Seruan malaikat

Jiwa yang beruntung:
Malaikat menyeru , “keluarlah wahai roh yg bersih didlam keadaan redha lg diredhai kpd kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yg tiada murka.

Jiwa yang rugi:
Keluarlah roh yang jahat di dlm keadaan yg dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah

Bagaimana rohnya

Jiwa yang beruntung:
Rohnya berbau wangi dan terus dibawa ke pintu langit pertama sehingga pintu langit yg ke 7 oleh malaikat menemui Allah dan Allah memerintahkan ditulis namanya di Illiyin dan dibawa kpd roh-roh org mukmin, sdg mereka sgt gembira spt menyambut org yg baru pulang drp perantauan.
Maka mereka bertanya kpd roh itu, “apa yg dibuat oleh sifulan? Ketika itu malaikat menahan mereka seraya mengatakan: Birkanlah ia beristirihat dahulu, sebab dia baru shj terlepas drp keberatan dunia.

Jiwa yang rugi:
Maka roh itu keluar berbau busuk spt bau-bau bangkai, sehinggalah dibawa kepintu bumi, maka para malaikat mengatakan: alangkah busuknya bau roh ini, hinggalah dibawakan oleh mereka kepada roh-roh kaum kafir.

Banyak lagi nikmat dan azab yang akan kita terpaksa tempuhi bila ajal telah tiba, maka semua ini kita yang menentukan, fikirkanlah, fikirkanlah sebelum terlambat. Ummi menyeru pada diri ini taubatlah pada ALLAH sebelum kita terlambat, sempena tahun baru maal hijrah ini marilah kita bermuhasabah kematian kemana kita nanti........ marilah dengan rendah hati kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan hati yang hidup, hati yang sensitif akan azab Allah, hati yang sentiasa insar bila memerhati akan kebesaran Allah dan terbit rasa hati yang luhur yang kita ini hanya hamba yang memerlukan perhatian daripada Tuannya.

Ya Allah! ampunilah dosa di kalangan kami yang masih hidup dan di kalangan kami yang telah meninggal dunia, di kalangan kami orang-orang dewasa, dikalangan kami lelaki dan perempuan, dikalangan kami yang sama-sama hadir dan dikalangan kami yang tidak hadir bersama. Wahai Allah! sesiapa yang masih hidup di antara kami Engkau jadikanlah dia hidup dengan berpegang teguh kepada agama islam dan sesiapa yang Engkau matikan di antara kami maka Engkau matikanlah dia di dalam iman. Wahai Allah! dengan hak/ kebenaran junjungan kami Nabi muhammad saw serta ahli keluarga Baginda, maka janganlah Engkau seksa anakku Muhammad 'Ammar, ya Allah! Ya Allah! jadikan kuburnya sebuah taman daripada taman-taman syurga yang indah dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebuah jurang daripada jurang-jurang neraka yang mengerikan.



Ameen...

Sms yang ummi terima daripada seorang sahabat yg boleh kita fikirkan bersama....

Teman,
Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah.
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi.

Teman,
Menangislah kerana takut akan azab neraka jahaman.
Pabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di dalam kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, Mungkar dan Nankir datang menyeru.
Sediakah kita dengan jawapannya?

Teman,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang.
Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa

Teman,
Menanggislah kerana mengharapkan keampunan Allah.
Menanggislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya

Menanggislah wahai teman kerana mata yang tidak menanggis untuk Allah itu adalah mata bagi orang yang hitam hatinya.

Wallahu'alam.

 

Assalammualaikum anak-anak, hari ini ummi ingin melihat rahsia kejadian alam, bilamana kita ambil pengajaran darinya maka kita akan jumpa benda yang tersembunyi yang boleh diambil sebagai tamsil untuk merasai akan kebesaran Allah Taala dan boleh dikaitkan dengan diri kita.

Cuba lihat pokok Raspberri yang ditanam di hujung kepala kubur arwah ‘Ammar ia merupakan buah sulung yang dikeluarkan selepas 5 bulan di tanam.






Gambar ini diambil mengunakan kamera 1000D kesayangan Arwah, rupa-rupanya memang syok ya ada kamera yang berkualiti, MasyaAllah.........(tak dapat nak teruskan komen ttg kamera ini, sedih....)

Bila ummi tengok betul–betul gambar ini rupa-rupanya pokok ini mengeluarkan sembilan biji buah iaitu bersamaan bilangan keluarga ummi.Dahan bawah ada dua biji buah melambangkan ummi dan abah, dahan yang agak atas ada empat biji buah yang melambangkan empat orang putera yang ummi miliki dan dahan paling atas terdapat 3 biji iaitu melambangkan tiga orang puteri. MasyaAllah, itulah kejadian Allah yang bila manusia itu melihat dan mereka berfikir dan merenung maka ia akan melihat satu keajaiban dan kagum dengan ciptaanNYA bila digabungkan dengan kehidupannya.

Sebenarnya ini tiada ada kena mengena dengan sebarang kejadian, cuma ummi nak ingatkan diri ini bila lihat sesuatu lahirkanlah hubungan hati dengan Allah, rasa kebersamaan denganNYA, kekuasaanNYA, kekayaanNYA dan keagonganNYA.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, serta perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.” Surah al-Baqarah: 164

Marilah kita melihat salah satu jalan dalam menemui keimanan kepada Allah Ta’ala.

MERENUNG DAN MEMPERHATIKAN

Ketika melihat sesuatu yang menarik perhatian dan mengusik kalbunya, seseorang yang sehat imannya akan cuba memerhati sehingga menemui hakikat sesuatu kejadian yang Allah jadikan.
(Menyaksikan apa yang dilihat + memikirkan akan apa yang dilihat = hakikat ilmiah)
Pasti kita akan temui hakikat yang kita cari, kemudian sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mengenalnya tanpa rasa penat lelah, maka kita pasti akan mengenalnya, dan InsyaAllah kita akan rasa puas dengan penemuan ini. Begitu jugalah keazaman kita sebagai hamba untuk mengenal Penciptanya dan pasti kita juga akan merasa puas selepas mengenal Penciptanya dan mengenal KeagunganNya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” Ali-Imran: 190 – 191

Jelaslah kepada kita bahawa setiap penciptaan ada hubung kait dengan Penciptanya, mari kita lihat dan fikirlah adakah diri kita hebat tanpa pengantungan padaNYA setiap saat gerak kerja kita:
• Adanya makhluk menunjukkan adanya Khaliq
• Adanya hikmah, membuktikan adanya Al-Hakim
• Adanya ilmu, menunjukkan adanya Al-Alim
• Adanya rezeki , menunjukkan adanya Pencipta yang memberi rezeki
• Adanya kehidupan dan kematian, menunjukkan adanya Pencipta kehidupan dan kematian
• Adanya keindahan yang menawan, menunjukkan adanya Pencipta Yang Suka Keindahan
• Adanya rahmat, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Rahim
• Adanya pemeliharaan, menunjukkan adanya yang Maha Memelihara
• Adanya kekuasaan, menunjukan adanya Penguasa yang Maha Melindungi
• Adanya hidayat, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Memberi Hidayat
• Adanya kekuatan, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kuat
• Adanya guna dan mudarat, menunjukkan adanya Pencipta yan Maha memberi guna dan Mudarat
• Adanya kekayaan, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kaya
• Adanya kelangsungan dan keabadian, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kekal dan Abadi
• Adanya tauhid, menjadi saksi adanya Pencipta yang Maha Esa.

Bila diamati kembali kehidupan kita ini, tiada suatu pun di dunia ini memiliki sifat-sifat seperti di atas, malah ini menjadi saksi bahawa mesti ada Pencipta yang memiliki sifat-sifat ini, dan dengan sendirinya kita akan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Ummi menyeru pada diri ini sendiri ingatlah bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya dan kita mesti kuat untuk menghadapinya dan kembalilah semua yang tersurat itu adalah kehendakNya, kuatkan hatimu, tahanlah air matamu dan biarlah airmatamu tertumpah kepada Penciptamu kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memberi Rahmat dan Menjagamu.

Ya Allah! sebagai hambuMu kami dambakan doa ini padaMu dengan rasa rendah hati.

“Ya Allah! Perbaikilah agama kami yang ianya menjadi ’pemeliharaan segala urusan kami’, perbaikilah hal keduniaan kami yang ianya menjadi ‘tempat urusan hidup kami’, perbaikilah hal ahkirat kami yang ianya menjadi ‘tempat kembali kami’, perbaikilah hubungan dan pergaulan kami serta perjinakkanlah hati di antara kami, jadikanlah hidup ini untuk kami menambah segala kebajikan serta jadikanlah mati itu sebagai tempat kerehatan kami dari segala macam kesusahan (kejahatan).”




“ Ya Allah! Ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah kedudukannya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah ia dengan air, air batu dan air sejuk. Sucikanlah ia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian yang putih daripada kotoran. Gantikanlah ia negeri yang lebih baik daripada negerinya, ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Dan masukkanlah ia ke dalam syurga dan palingkan ia daripada seksaan kubur dan kesusahannya dan daripada seksa api neraka.”

Ameen....

Wallahu’alam

 

Mari berfikir sejenak.....

By Kalam Puncak

Assalammualaikum anak-anak bertemu kembali di alam maya ini mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan iman dan sentiasa istiqamah pada jalanNYA dan diberi kejayaan dunia dan ahkirat.

Sekali lagi Allah uji keluarga ummi dengan kematian, iaitu perginya ibu saudara Allahyarham ‘Ammar pada 17/11/09 iaitu Allahyarhammah Hamizan pada usia 45 tahun, genap 5 bulan 6 hari pemergian arwah ‘Ammar. Cukuplah kematian itu menyebabkan hati kita rasa dekat dengan penciptaNya, hati rasa bergetar dan insaf betapa umur ini bila-bila masa akan di ambil oleh Allah.


Allahyarham 'Ammar bersama abah dan adik-adik lelakinya


Allahyarhammah Hamizan ibu saudara Arwah yang telah kembali kepada Rabbnya pada 17 November 2009

InsyaAllah pada entri kali ini ummi ingin membawa tiga persoalan yang selalu dihadapi oleh umat islam, semenjak zaman dahulu sehingga sekarang (untuk bermuhasabah diri sendiri).

Tiga persoalan ini timbul dan mempengaruhi pemikiran kita dalam hidup ini, atau timbul persoalan ini apabila menghantar jenazah kekuburan.

Persoalan ini dalam tiga pertanyaan iaitu:
1. Siapakah yang mencipta manusia dan bagaimana manusia diciptakan?
2. Apakah hakikat kehidupan manusia?
3. Dan bagaimana ahkir manusia sesudah mati?

Tiga persoalan ini amat penting, jawapannya semua orang boleh beri tetapi hakikatnya adakah kita benar-benar merasai, dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa merasai bahawasanya hakikatnya ada Pencipta yang telah mencipta kita, hanya iman saja dapat membawa kita merasai hakikat ini.
Marilah kita lihat persoalan yang pertama iaitu Siapakah yang mencipta manusia dan bagaimana manusia diciptakan?
Jawapannya seperti firman Allah yang bermaksud:

Hai manusia! Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan dan diantara kau ada yang diwafatkan dan (ada pula) diantara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, hingga tak dapat mengetahui lagi sesuatupun, yang dahulunya telah diketahuinya


(Surah Al-Hajj:5)


Firman Allah dalam surah Ar-Rum:20 yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang-biak.

Pernahkah kita terfikir asal kejadian diri kita ini bagaimana? Alangkah jauhnya perbedaan manusia dan tanah yang mati yang tidak punyai apa-apa indera penglihatan, pendengaran, akal fikiran, tidak mampu bergerak, tidak berkembang biak dan tidak memiliki ciri-ciri kehidupan manusia ini dan lain2. Jika seseorang yang berfikiran sihat beliau akan bermuhasabah tentang kehidupannya di muka bumi ini, bagaimana asal kejadiannya yang dijadikan dari tanah yang mati dan Allah meniupkan roh dan jadilah kita seorang anak manusia yang utuh dan sempurna. Jika kita berfikir akan konsep ini sedarlah bahawa diri kita ini tidak mempunyai apa-apa saham dan pilihan sedikit pun, maka amat wajarlah kita mengenal zat yang telah menentukan kehadiran dan kehidupan kita di alam ini, yang telah menciptakan dan memperindahkan bentuk rupa kita dan melebihkan daripada makhluk yang lain

Firman Allah dalam surah Al-Infithar: 6-8.
Wahai manusia! Apa yang telah membuat engkau sombong terhadap Rabbmu yang Maha Pemurah, yang telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang, dalam bentuk apa saja sesuai kehendak-Nya, Dia menyusun tubuhmu

Jika kita fikir diri ini diciptakan oleh oleh suatu Zat yang Maha Pencipta, sedarlah memang diri ini tercipta kerana kebesaranNya, kerana campur tangaNya, maka wajiblah kita mengenal zat yang ditanganNya terletak segala permasalahan kita, kehadiran kita di muka bumi ini bergantung kekuasaan dan kehendakNya, maka marilah kita mengenal Rabb kita yang telah menciptakan kita, kerana itulah tugas utama yang harus kita jalankan........ sehingga bertemu dengannya.

Marilah kita renungi diri ini dan tentang kehidupan ini, tentu secara jujur kita tidak mempunyai hak apapun terhadap diri kita sendiri, sebelum mengenal pemiliknya dan mendapat izin, sebelum mendapat petunjuk dan perintah melakukan tugasnya, firman Allah yg bermaksud :

Ingatlah, hak! Penciptaan dan pemerintahan hanyalah hak Allah, Maha suci Allah, Rabb semesta alam

(Al-A’raf :54)

Memahami hakikat inilah kita mestilah berkenalan bersungguh-sungguh dengan Rabb yang mencipta diri ini dan mengirim kita di dunia ini serta mengenal utusanNya yang dihantar untuk menyeru manusia kembali kepada Rabbnya.

2. Hakikat hidup kita, kenapa sebenarnya kita dihidupkan adakah untuk bersuka-suka dengan kesenangan dunia atau berkerja untuk diri dan keluarga sahaja, cari duit banyak-banyak dan buat rumah besar-besar, adakah ini sebenarnya matlamat hidup kita tetapi persoalan ini Allah telah bagi petunjuk jalan kenapa kita dijadikan seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku

(Adz-Dzariyat: 56)

Kita kena merasai bahawa kita ini hamba, kalau dilihat sudut hamba ini maknanya kita ini tidak boleh lakukan sesuatu ikut suka hati, Dia mesti ada undang-undangNya sendiri iaitu berdasarkan al-quran dan sunnah. Sebodoh-bodoh manusia adalah:
- kita tidak menyedari hikmah penciptaan diri sedikitpun
- kita juga tidak mengetahui apa guna hidup di dunia
- untuk apa, dan apa yang kita mahu dalam hidup ini?
- sudah lama kita hidup (bergantung pd umur) di muka bumi ini, menikmati segala yang ada, namun sejauh itu kita belum juga menyedari mengapa kita hidup?
- Kita juga tidak menyedari mengapa kita nanti akan mati?

Jika kita tidak mempunyai hikmah dalam penciptaan diri dan kehidupan kita maka kita adalah orang yang tidak berguna seperti firman Allah:

Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia), dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang dan api neraka adalah tempat bermukimnya mereka kelak

(surah Muhammad:12)

Perlulah diingatkan bahawa diri kita ini ada kewajiban dan salah satu kewajiban yang utama adalah mengenal Allah dan rasulNya...............!

Dan bagaimana ahkir manusia sesudah mati?
Sesetelah bebarapa lama kita hidup maka suatu waktu kita pasti akan tergolong dalam kelompok orang yang almarhum. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Di mana saja kamu berada, kematian akan menjemputmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh

(An-Nisa:78)

Bila tiba saat kematian itu menjemputmu, pergi meniggalkan dunia yang fana ini, tidak tawar menawar lagi walaupun sesaat. Ketika pagi hari kita bersama orang yang hidup, namun di petang harinya kita bersama-sama dengan orang-orang yang mati, begitulah hakikat kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah hari terlaksananya ancaman
(Qaf:190

Ingatlah, kita hanya sebentar saja di dunia ini, setiap hari selepas bangun tidur maka bertambahlah usia kita, dan setiap hari ajal semankin dekat.
Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, akan datang menemui kamu, lalu kamu dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan
(Al-Jumaah:8)

Marilah kita mempersiapkan bekal kita untuk bertemu Allah suatu waktu nanti yang kita tidak ketahui saat dan waktunya.
Muhasabahlah diri:
1. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri tentang hakikat perjalanan hidup ini?
2. Pernah kita bertanya pada diri sendiri , nasib apa yang akan menimpa diri kita kelak?
3. Sudahkah kita persiapkan bekalan diri ke alam baqa’?
4. Apakah kita tidak yakin akan adanya hari abadi ini?
5. Apakah kehidupan kita di dunia ini ada ada kaitannya di alam ahkirat?
6. Mana jalan keluar untuk menuju kemenangan hidup ini?
7. Siapa yang menyakinkan kita tentang berita ini?
Semua persoalan-persoalan ini akan terlerai jika ianya dibajai dengan keimanan pada Allah Taala.
Siapa yg ingin memperolehi kebahagiaan untuk dirinya dan untuk menyelamatkan umat manusia, hendaklah dimulai dgn keimanan.
Inginkan kehidupan dan amalnya yang baik – kukuhkan dengan keimanan, kerana amal yang soleh buah dari keimanan.
Ingin mencapai kebahagiaan hidup di ahkirat juga dgn keimanan.

Ahkir kalam sesiapa saja yang telah berjaya mendapat keimanan atas dasar pengetahuan dan pemahaman, maka hendaklah ia menjaga dan memeliharanya dengan memperbanyak amal soleh.
Keimanan itu menurut Nabi Muhammad saw adalah: “Berkembang biak dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan”.

Wallahu’alam

 

Standard diri.....

By Kalam Puncak



Salam semua semua anak-anak, Syukur Alhamdullilah dapat ummi update kembali Kalampuncak ini dan rindu juga ya setelah sebulan dibiarkan sepi kerana desakan kerja yang agak sibuk dengan ISO.

Apakah itu ISO?, sebenarnya ia adalah INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION yang meliputi perkara berikut:
• Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang mengabungkan organisasi dari seluroh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negeri masing-masing.
• Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland.ISO 9000 kini digunakan dilebih 150 buah negara di dunia dan yang terbaru adalah ISO 15189 (standard makmal perubatan) yang masih baru di Malaysia.

ISO ini adalah bagus untuk diaplikasikan dalam sesuatu organisasi untuk memastikan standard “end product” yang berkualiti, tapi ummi hari ini nak sentuh pasal standard diri kita yang ditetapkan oleh Allah Taala.

Semua orang cakap pasal ISO, tapi adakah kita terfikir pasal standard yang Allah arahkan kepada kita, di mana semua ini ada dalam al-quran dan hadith. Adakah kita berusaha untuk memasukan diri kita dalam kelompok ummat Muhammad Rasullulah saw dan hamba Allah yang mencari keredhaannya? Marilah kita duduk sebentar dan muhasabah diri kemana standard diri kita yang nak dibawa dalam hidup ini? Cuma ada 2 jalan saja yang kita boleh pilih iaitu mendapat keredhaan Allah dan kemurkaanNYA. Jika anak-anak pilih jalan keredhaanNYA marilah kita setkan standard (yang telah digariskan oleh Al-quran dan Hadis) agar hidup kita tidak rugi bila Allah pilih untuk kembali kepadaNYA, terutama ketika usia muda. Siapa sangka dia akan diambil Allah pada usia yang muda seperti tuan punya blog ini, marilah bangkitlah (terutama adik-adiknya) janganlah sia-sia tarbiyah yang Allah telah berikan kepada kita, ambillah, peganglah kuat-kuat, hadamkan dalam kehidupan kita dan tanamkan dalam hati dan jadikan dia pengajaran dalam hidup ini supaya menghasilkan produk manusia yang segar dan berkualiti disisi Allah Taala.Jika jalan ini yang kita pilih kehilangan abang yang disayangi bukan kesedihan lagi tapi jadilah pengajaran dan pendorong untuk kita berubah kepada keredhaan Allah Taala dan ahkirnya kemanisan yang kita dapati.

Bahawa sebenarnya kehidupan ini tak ada apa yang nak dibanggakan jika tidak ditanam iman dan takwa kepada Allah taala.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mennaati Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemengan yang besar .”
(33: 70-71)



Apa ertinya gagal di ahkirat dan apa ertinya memperolehi sukses dan kemuliaan di sana?

Jawapannya apa yang diberi oleh Rasullulah saw :

“ Ad-dunya mazra’atulakhirah maksudnya dunia adalah ladang ahkirat. “

Jika selama ini kita telah hilang arah matlamat, setkan kembali matlamat ini agar hidup kita lebih berkualiti dan ahkirat kita nanti terjamin. Dunia dan akhirat bukanlah dua hal yang terpisah, melainkan satu proses yang berkesinambungan, yang awalnya adalah dunia dan ahkirnya adalah ahkirat. Ini boleh di fahamkan iaitu dalam kita menanam pokok dan untuk menghasilkan produk ahkir jika dalam pertengahan jalan kita melakukan kesilapan proses maka hasil yang didapati adalah kurang baik. Kita perlulah membajainya dan menjaganya dengan baik, begitulah juga dengan hati kita dia perlu disegarkan dengan peringatan kepada Allah Taala, perlu ditarbiyah, ditarbiyah berterusan tanpa rasa jemu dan penat.

Bukti cinta kita kepada Allah Taala seperti firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah. “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah, “Taatilah Allah dan rasulNya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”

3:31

Oleh itu marilah kita lihat bahawa kegagalan dan sukses seseorang dalam hidup sesudah mati nanti, serta nasib baik atau buruknya, sebenarnya tergantung dari benar atau tidaknya pengetahuan dan perbuatannya di dunia ini.
Marilah kita menyatukan kefahaman kita kepada Islam dan kefahaman ibadah akan melahirkan akhlak yang baik.


Wallahu’alam.

 


Syukur Alhamdullilah dan limpah kurnianya kita masih bernafas di dunia ini dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw. Belum terlambat ummi nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf salah silap. Madrasah ramadhan telah berjaya mendidik jiwa kita untuk menjadi seorang muslim yang sebenar dan marilah kita beristiqamah kepada islam. Pada bulan ramadhan semua orang melakukan kebaikan marilah kita teruskan pada bulan-bulan lain juga kerana tuhan pada bulan ramadhan adalah sama pada bulan-bulan lain juga, InsyaAllah

Terima kasih berbanyak kerana masih ada insan yang mengingati ummi dari Mesir (rakan Ammar) iaitu ummi menerima 2 panggilan (Sayuti)dan U. Musaab serta panggilan drp Aman di Malaysia, amat terharu. Begitu juga sms yang diterima drp rakan Ammar dan lain2 dengan ucapan terima kasih kerana ummi dan pakcik rasa benar-benar terharu dan amat menghargai sms yang dierima dan masih ada insan yang mengingati kami sekeluarga.

Lembaran ini amat memilukan hati ini dan terasa amat sayu walaupun ku tahan juga seolah-olah tiada apa yang tersirat dihati ini tapi Allah sahaja yang mengetahuinya.

Terima kasih juga atas kunjungan keluarga Saif, wakil INTEC dan akan mengunjungi keluarga ummi iaitu keluarga Akram, mudah2an ini akan merapatkan ukhuwah antara kita semua. Walaupun Ammar tidak kesampaian hajat untuk mengadakan progran rehlah untuk merapatkan ukhuwah tapi telah cukup dengan kejadian ini telah merapatkan ukhuwah antara keluarga dan anak-anak gen6 serta anak-anak baru yang ummi dapat dan juga sahabat2 lain, maysaAllah inilah nikmat ukhuwah yang sebenar, betapa pahalanya berterusan.

Tapi ummi menerima 1 sms ini drp sahabat ummi yang telah memberi kekuatan berbunyi spt berikut "Setiap cita-cita yg besar perlukan tsabat utk mencapainya . Tiada cita-cita lebih tinggi daripada syurga. Tamrin ramadhan telah dilalui menghimpun bekalan. Marilah kita teruskan dakwah dan jihad kita sebaik-baiknya sehingga bertemu dengan Allah."

Firman Allah:

“Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-sekali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah setan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya meraka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

(Fatir : 5-6)

Mari kita teruskan dengan kerja-kerja islam kerana tiada kerja yang lebih baik yang akan kita hendak persembah kepada Allah nanti iaitu kita sentiasa beristiqamah dan berusaha mempertingkatkan iman kita menjadi muslim yang sebenar disamping usaha untuk menuntut ilmu-ilmu di bumi Allah Taala.

Entri kali adalah untuk dimuatkan keratan2 akhbar pemergian “Allahyarham Ammar” untuk disimpan diblognya sebab baru sempat diedit dan gambar kenangan Arwah semasa kecil sehingga menemui ajalnya.





















Berikut adalah video yang di poskan untuk arwah "Ammar, jazakummullah untuk sahabat2nya yg amat menyayanginya, mudah-mudahan ini menguatkan kita akan kematian yg boleh datang bila-bila masa, adakah kita bersedia??????????










Buku ini diterbitkan hasil dari blog sahabat-sahabat arwah dan dari blog orang yang tidak dikenali beliau semasa hidupnya sebagai tarbiyah dan sebagai panduan adik-adiknya dalam mengharungi kehidupan ini.


"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke
alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat"
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abidunnya)

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat"
(Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi)

Wallahu'alam.

 

Ummi bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya yang sentiasa memberi kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadat puasa ini dan masih memberi peluang untuk bertaubat padaNya serta selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW. Insyaallah pada entri kali ini ummi nak ingatkan diri sendiri sebenarnya dan kita sama-sama bermuhasabah diri yang lemah ini berbanding dengan KekuasaanNya.

Selepas membaca buku Roh ini ummi telah serba sedikit ditambah ilmu tentang kematian ini, rasa nak kongsi bersama dengan pembaca semua iatiu sebenarnya kelakuan orang hidup ini dikesan oleh orang mati:
Orang yang mati itu mengetahui apa yang dilakukan oleh orang hidup dari kaum kerabatnya dan saudara-maranya kerana amalan orang yang hidup itu akan didedahkan kepada kaum kerabatnya yang sudah mati.. Semua amalan orang hidup akan didedahkan kepada si mati. Kiranya dilihatnya baik, dia akan bergembira dan berlapang dada. Dan kiranya dilhat buruk, dia akan akan berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Perbaikilah dia!
Orang yang telah meninggal tahu kelebihan beramal hatta solat 2 rakaat pun (meraka amat menghargai), tetapi kita yang hidup ini boleh beramal tetapi tidak mahu melakukannya dan rasa malas dan bertangguh-tangguh (merujuk kepada diri ummi sendiri sebenarnya)

Sumber Ibnul Qayyim – ROH)

“jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”





Anakanda Muhammad 'Ammar Zulkifli dalam kenangan

Sebagai motivasi kepada kita yang masih hidup dan dapat beramal marilah kita gerakkan langkah dan berlumba-lumba mengejar bonus yang disediakan oleh Allah pada malam-malam 10 terahkir ramadhan seperti firman Allah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)”

Al-Qadr

Allah Maha Penyayang pada hambanya kerana kurniaan Ramadhan kepada kita ia sebagai satu bulan yang dirancang untuk memasukan manusia dalam syurganya. Marilah kita muhasabah balik disebalik Ramadhan ini, pada bulan ini manusia yang tidak pernah ke masjid dan kesurau akan ke sana, manusia yang tidak pernah baca al-quran akan baca al-quran, manusia yang tidak pernah bersedekah akan bersedekah dan yang jarang-jarang berzikir akan cuba melakukannya, inilah dikatakan keajaiban Ramadhan.

Allah juga telah mengurniakan pada hambaNya perkara-perkara berikut pada bulan Ramadhan:

1. Bulan keampunan Allah dan rahmatNya
2. Ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga.
3. Mengandakan amalan kita
4. Bulan untuk Allah jauhkan daripada bakaran api neraka
5. Peluang untuk kita semua masuk dalam syurga Allah
6. Ramadhan adalah taman-taman syurga yang akan menghubungkan kita dengan syurga Allah.
7. Ramadhan itu ibarat hidangan yang besar untuk dijamah, dimakan dan dihadam sepenuhnya untuk kita ke syurga Allah Taala.

Orang-orang yang beriman dia akan merasai kehadiran Ramadhan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman mereka ini mempunyai:

1. Hati yang keras dan mati dan tidak merasai ramadhan dan kehidupan mereka seperti hari-hari biasa iaitu orang ini boleh digulungkan orang yang benci kepada agama dan mereka selalu mengunjungi tempat-tempat maksiat.

2. Hati yang kotor atas dosa-dosa mereka terhadap Allah dan mereka tidak mahu bertaubat pada Allah dan dosa mereka bertambah dari hari ke hari.

3. Hati yang sakit (munafik)yang kuat sifat bencinya, bongkak dll.

4. Orang yang ditimpa penyakit lalai seperti orang yang menunaikan solat lima waktu sentiasa lambat iaitu bila waktu solat hampir habis dan mereka tidak merasai nikmat ramadhan ini.

Maka rugilah mereka-mereka yang tidak mahu mendapat nikmat ramadhan ini,Allah jadikan 1 bulan ini untuk meraih keampunan Allah dan untuk menyelamat manusia daripada bakaran api neraka Allah, kenapa kita tidak yakin janji Allah?, kenapa kita tidak merasai mungkin esok lusa kematian kita pula maka rugilah kita...... ummi pun sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa Allah akan mengambil anakanda sendiri terlalu cepat, selalu dengar cerita-cerita daripada orang lain sahaja tapi jangan lupa bahawa Allah Maha Agong, Maha kuasa, Maha Mengetahui. Kematian pasti datang kepada setiap makhluk, kehadirannya tidak dapat ditolak, meski pun seorang raja yang memiliki kekuasaan, cerdik pandai, yang mulai atau lemah, kaya atau miskin..seluruhnya tak bisa lari dari janji dan ketetapan Illahi yang bernama kematian ini.

Firman Allah:
........“ Katakanlah (hai Muhammad). ‘Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar’.”

(Ali Imran:168)

Marilah kita lihat kembali kelebihan ramadhan ini supaya dapat menjadi bekalan kepada kita, dengan Ramadhan yang masih berbaki sebanyak 10 hari lagi. Marilah kita tetapkan sekurang-kurangnya di ahkir ramadhan ini diri kita telah tertingkat dengan perkara-perkara berikut:

1. Didik hati kita menjadi bersih dan semakin khusyuk
2. Mencari pancaindera mendidik iaitu tangan yang suka bersedekah, telinga mendengar al-quran
3. Tarbiyah pemikiran (akal) kita akan keBesaran dan keAgongan Allah
4. Didik diri jiwa supaya menjadi seorang penyabar
5. Didik supaya kita berukhuwah dan penyatu umat dan ini akan melahirkan masyarakat yang sihat dan peka keEsaan Allah

Dari Ibn Mas’ud ra. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku memohon petunjuk, taqwa, pelihara (diri), dan kekayaan.”

Doa agar Allah memelihara hati kita dan terus tetap bersama ketaatan kepada Allah. Seperti dalam hadith berikut:
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud:

“ Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada mentaati Engkau.”

Biarlah di ahkir Ramadhan kita akan dapat kejayaan seperti firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

Surah al—baqarah :183


Wallahu’alam

 



Anakanda Ammar Zulkifli semasa menghadiri iftar jamai`e bersama-sama sahabatnya.

Ahlan wasahlan ya ramadhan, tiada apa yang ummu nak tulis pada kali ini cuma nak sentuh sikit pasal ramadhan untuk mengingati diri ummu sebenarnya. Mudah-mudahan ramadhan kali ini memberi kita satu sentuhan baru dalam rangka kita untuk mencari keredhaan Allah subhanahu wataala, mencari mutiara-mutiara disebalik perintah untuk berpuasa, mencari kelebihan-kelebihannya serta mencari kemanisannya. Marilah kita anggapkan ibadat puasa ini sebagai ibadat bulan ramadhan yang terahkir untuk kita agar kita lebih merasai dan rasa takut teramat pada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Agong, Maha Melihat..........

Bukan ku cari lemang dan serawa
Tapi ku cari Iman dan Takwa
Tapi ku cari
ibadat sebenar kepada Allah
ibadat latihan penghambaan
Puasa sebagai “ibadat yang tersembunyi”
Puasa sebagi tanda kekuatan iman
Puasa sebagai latihan terus-menerus sebulan penuh untuk menguji integrasi kita

Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

Surah al—baqarah :183

Puasa sebagai satu situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk “training” (ibadat individual menjadi ibadat kolektif)

Rasullulah saw bersabda:

“Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik, diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat ganda, tetapi Allah mengatakan “puasa” itu khusus bagiKu, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki”.

Sempena ramadhan ini marilah kita muhasabah awal-awal adakah diahkir ramadhan ini :

Dimanakah hasil puasa itu?
Adakah kita merasai ruh ibadat itu yang seharusnya menjiwai setiap tindakan dan perbuatan kita?
Adakah kita merasai manfaat yang sepenuhnya kerana sebenarnya puasa ini bagi berkembang-suburnya kebaikan dan kesolehannya kerana ianya tidak terbatas ?



Poster yang dibeli Anakanda Ammar di Mesir semasa pulang tahun lepas, marilah kita menjadi orang yang disebelah kiri yang faham erti ramadhan yang sebenarnya.



Jomlah kita kejar amalan-amalan seperti dalam poster ini.



Supaya di ahkir ramadhan ini diri kita akan lahir keimanan yang mantap seperti yang digambarkan di pohon-pohon ini.

Wallahu'alam.

 

Muhasabah hati.

By Kalam Puncak

Assalammualaikum semua syukur pada Allah dengan kerahmatanNYA dapat kita berkongsi dalam alam maya ini lagi, mudah-mudah hari ini memberi kita satu kesedaran betapa hebatnya Yang Maha Kuasa dan hati yang sentiasa bersama denganNYA. Jadikan hati ini hati yang hidup yang merupakan tempat pandangan Allah di bumi ini dan tempat terpancarnya cahaya Allah.

“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat kepada hati kamu.”

Firman Allah dalam surah Al Syu’ara ayat 88 – 89:

“Pada hari kiamat nanti, harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera.”

Hati kita perlu ditarbiyah atau dididik sungguh-sungguh supaya menjadi:
• hati yang hidup
• hati yang sentiasa ada hubungan dengan Allah
• hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah
• hati yang yakin bahawa Allah akan mengira segala amalannya
• hati yang sentiasa mengharap rahmat Allah
• hati yang takut azab Allah Subhanahu Wata’ala

Bermula dari hati ...... maka Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kita ubah apa yang ada dalam hati kita.

Ini rahsia kejayaan Madrasah Rasullulah SAW di mana Rasullulah orientasi hati para sahabat beliau dengan:
• iman kepada Allah
• iman kepada prinsip-prinsip keimanan yang lain

Ahkirnya Allah uji iman mereka maka akan lahirlah orang-orang beriman kepada Allah. Panggilan, wahai orang-orang beriman dalam al-Quran pada mulanya ditujukan kepada generasi yang mulia ini kepada hati yang beriman, hati yang hidup setelah melalui tarbiyah Rasullulah SAW.

Hati yang hidup ini apabila melihat alam ini itu adalah ciptaan Allah, bukan saja merasai bahawa semua ini dijadikan oleh Allah tetapi menBesar, mengAgong dan menDaulatkan Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 191:

“ Ya Allah, tidak kamu jadikan semua ini sia-sia dan percuma. Maha Suci Engkau dan lindungilah kami dari azab neraka.”


Allah mengingatkan orang-orang beriman dalam firmanNya surah Al Hadid ayat 16:

“Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanaya kemudian berlakulah masa yang panjang atas mereka , lalu hati mereka menjadi batu.”

Marilah kita memohon perlindungan Allah dari hati yang keras dan mata yang tidak pernah menitis air mata dan memohon bantuan Allah agar menjadikan kita hati yang hidup.... buat memakmurkan bumi Allah ini bagi memenangi mardhotillah.


Hari ini merupakan telah genap 2 bulan anakanda ‘Ammar kembali menemui Illahi, tetapi pemergiannya bukanlah sia-sia kerana dengan peristiwa ini telah banyak merubah hati ummu dan keluarga. Ummu masih segar kerinduan kepadanya, pemergiannya banyak menyebabkan hati ini mudah tersentuh, lebih sensitif dengan kematian, sayang kepada kehidupan ini, mudah menanggis, terasa untuk menuntut ilmu dan banyak lagi yang tak dapat nak diceritakan disini. Pemergiannya terasa benar persepsi-persepsi takut ini, takut itu telah berubah, kita kena yakin bahawa sesuatu perkara yang berlaku itu adalah kehendakNya, kita sebagai manusia hanya boleh berusaha dan selebihnya berserahlah kepada Allah.

Sedikit perkongsian tentang alam Roh (Ibnu Qayyim):

Telah berkata Ibnu Abdil-Bar, telah sabit daripada Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda:

"Tiada seorang muslim yang melalui kuburan temannya yang dikenalinya di dunia, lalu dia memberi salam kepadanya, melainkan Allah akan mengembalikan roh si mati di dalam kuburan itu untuk menjawab salamnya."


Telah diriwayatkan oleh daripada bicara Siti Aisyah r.a. bahawasanya dia telah berkata: Telah bersabda Rasullulah SAW:

" Tiada seorang pun yang datangmenziarahi kubur itu, melainkan tuan punya kubur itu akan merasa gembira, sehingga si penziarah itu pergi."



Sudut kenangan anakanda untuk meringankan rasa rindu terhadapnya



Cita-cita anakanda 'Ammar untuk syahid seperti Ammar Yaseer


Di sini disisipkan gambar kenangan yang diambil bersama-sama sahabat anakanda ‘Ammar yang telah menziarahi rumah ummu pada 7 Ogos 2009 yang lepas. Mereka datang daripada seluruh Malaysia. Diucapkan jazakummullah kepada antum semua kerana sudi ziarah kami sekeluarga dengan buah tangan yang bermacam-macam dibawa. Mudah-mudahan antum semua berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita menjadi doktor yang beriman, INSYAALLAH.







 

Hari lahir mu.........

By Kalam Puncak

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA




Assalammualaikum semua syukur dikurniakan oleh Allah kesihatan dan kekuatan, hari ini 27/7/09 merupakan hari ulang tahun kelahiran anakanda ‘Ammar yang ke-21. Pada hari kelahirannya yang ke-20 ummu telah menghantar sms yang berbunyi seperti berikut:

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 20. Mudah2an angka 2 menyebabkan along lebih matang dalam iman dan takwa"

Tetapi pada hari kelahiranmu kali ini nak, apa yang boleh umi ucapkan adalah doa ini anakku yang amat umi kasihi dan rindui, InsyaAllah nak kita jumpa di sana.

“YA ALLAH KAU AMPUNI DOSAKU DAN DOSA ANAKKU MUHAMMAD AMMAR DAN YA ALLAH KAU JADIKANLAH KUBURNYA SEBAHAGIAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA DAN TEMPATKAN DIA DIKALANGAN ORONG-ORANG BERIMAN”

Memang benar anakku iman dan takwa adalah penting dalam kehidupan ini supaya kita kembali kepadaNYA dalam keadaan yang diredhai, ummi bangga dengan mu nak, wahai anak-anak ummu marilah kita ambil islam cara hidup, kita teguhkan iman dalam hati kita, teruskan istiqamah dalam tarbiyah islam. Akhlak yang baik itu lahir daripada kefahaman iman yang sebenar dan menghasilkan insan yang bertakwa, tidak ada nilai iman jika tidak disertai oleh akhlak .

Ini seperti dibayangkan oleh Rasullulah SAW dalam sabdanya: sewaktu beliau ditanya

“Apakah deen itu?”Beliau menjawab dengan sabdanya: “ (Deen itu) adalah akhlak yang baik.”
(Hadis riwayat Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi secara mursal)

Akhlak merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat . Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnya tidak akan dipercepatkan hisab.
Rasullulah SAW bersabda:

“Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Thirmidhi daripada Ad-Darda dan Thirmidhi berkata: Hadith ini: Hasan sahih

Kalau kita nak nilai akhlak, dia merupakan intipati untuk beribadat dalam islam, jika tidak ada akhlak maka ibadat itu hanya adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar.”

Al-ankabut :45




Ummu ingin berkongsi dengan beberapa sms daripada berpuluh-puluh sms yang telah diterima oleh kami sekeluarga semasa permergian anakanda agar dapat menjadi pendorong dan semangat untuk kembali mengambil islam sebagai cara hidup kerana kita tidak akan rugi jika akhlak islam dijaga semasa hidup Allah akan memuliakan kita jika kita membantu dalam memuliakan agama Allah dimuka bumi ini.

Sms ini masyaAllah amat memberi semangat dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini, di antaranya seperti berikut:

1.Hrp semuanya telah selesai dgn sempurna. Hati Along asyik teringat kat kak siti. Doa along sekeluarga, arwah d temptkn bsama kekasih2Nya. Yakinlah kak siti, ammar adalah syuhada yg telah dpilih oleh Allah. Tabahkn hati. Dugaan yg amat besar ini telah Allah janji ganjaran yg amat besar. Salam Sayang dr along, nik dan nurin buat k siti, abg zul dan anak2.

2.Slm mkcik, pkcik,sy …… juni0r akhi ammar. Takziah mkcik, pkcik. Akhi ammar pegi dl kdaan mulia. Sume org myebut2 kbaikan beliau d dunia. Moga beliau mjadi bualn pduduk lngit jga. Allah hndak mgingtkan kte yg lupa. Namunwatak utamanya bknlah calang2 org.Moga Allah mnempatkan beliau d syurgaNya

3. Salam pkcik. Sy kwn ammar. Sy sgt mgenali dia. Dia mrupakan seorg yg peramah, b’tnggunjwb dan fikrah yg matang. Insya Allah dia pergi sbgi seorg yg syahid dunia. Hrp pakcik tabah mnerima berita ni. Sy nmpk wajah seorg yg tenang di wjh ammar sblm dia dimandikn. Sy pasti akn rindu sahabt yg baik sepertinya.

4.Salam ukh.Fatimah, moga setabah ibu syuhada’. InsyaAllah, anaknda trcinta tu tlah Allah kurnia syahid mnuntut ilmu.Anti juga Allah bri ganjaran besar, telah mndidik rijal yg Allah redhai. Slm takziah dr kami d johor.

5. Mg umi sekeluarga trus ditingkatkn drjt dcc Allah melalui smua prcturanNya Yang Maha Sempurna. Bl bc blog yg ummi tulis, sy jdi terkesima. Maha Hebat Allah yg menjadikn ummi skeluarga setabah itu. iAllah ummi, redha+ksh syg Allah bkn shj pd y tlh pergi,ttp buat mereka yg sbar dlm ujian...

6.Pemergian arwah ammar yg kita semua kasihi sememangnya mberikn satu perubahn hati dan minda kpd sy dlm mnjdi insan yg diredhai allah...terima kasih sekali lgi ummi...salam

7.Mg terus istiqamah dlm jln ini, dipinjamkan khgtan jiwa Allahyarham utk terus memburu ahkirat,trima ksh ammar, krn melaluinya sy bljar pelbagai perkara, salam ukhuwah fillah.

8.Salam ummu ammar, minta maaf banyak2 kerana saya menghantar msge ini tanpa umi mengenali saya .. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada umi dan juga seluruh ahli keluarga di atas kembalinya arwah ammar ke rahmatullah …semoga umi terus kuat , sabar serta tabah dengan ketentuan dr Allah SWT ini… saya teramat kagum dengan kekuatan dan ketabahan umi. Saya kagum dengan cara umi mendidik arwah ammar…, saya ingin sekali mengenali ummi

9.Umi, saya tak pernah mengenali dengan arwah ammar, namun semenjak dapat tahu berita ammar di internet dan juga blog arwah… saya kagum dengan budi pekerti arwah..umi, saya juga mahu seperti arwah ammar walaupun saya seorang wanita dan masih menuntut ilmu di bumi England ini…penulisan umi dan juga arwah serta sahabat2 arwah yg lain diblog benar memberi kesan kepada saya umi..

10.Saya berdoa semoga umi dan keluarga sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah SWT.. amen..saya ingin menjadi seorang wanita yang solehah umi… laksana anak-anak akhirat…doakan saya wahai umi yg saya kagumi dan kasihi..jaga diri baik2 umi…

11.Saya akan lakukan yg terbaik utk islam dan juga pada ibu dan ayah…. Walaupun saya tak pernah kenal dgn arwah Ammar, namun hati saya sangat2 tersentuh hingga mengalir air mata, ummi sungguh besar pengaruh arwah pada saya … saya berdoa semoga ummi terus kuat dan tabah … terima kasih banyak2 wahai ummi yg amat saya kasihi… jaga diri ummi baik2

12.ummi xknl izh tapi selalu bce cter ttg arwah, izh hrp umi dpt tlg izh m’jd gadis solehah, izh bkn dlm golongan gds2 yg pndi ttg agama tp m’bce ape yg umi tls n story about arwah, buatkan izh ingin b’ubh. Hpfly umi sudi menjadi pendorong izh..

13.Termakbul sdah dpa2 kite sjk ‘mujahdi ammar’ kecil. Keletahannya yg sentiasa mdebarkan hati2 kte masa kecil, kita sering mpanggilnya mujahid. Panggilan yg tidak pernah lekang dr ummu ammar n rakan taulan. Ku tahu, dearian airmatamu wahai ummu ammar …deraian jernih y druangi rasa bahgia dan bangga serta puas kerana kau tahu menjalankan spenuh amanah ‘titipan Allaha’ ini. Sesungguhnya aku rasa bangga dpt bkongsi kasih dgn ammar masa msa mujahid ini kecil dulu.Terima kasih kerana ummu ammar meruangkan aku antara insan yg mbelai ammar dalam pjlnan ammar meraih syahid.Aku bangga spt bangganya ummu ammar . Wahai ummu ammar, kau telah bjaya bjual beli dgn Allah. Kau telah mendpt hasil pulangan y plg mahal …Senyuman kembali pd kekasihnya y menanti diiringi titisan hujan rahmat dr langit dd subuh yg hening…ya di saat hdirnya ke dunia dlu, bgtu jua saatnya ammar di semadikan … kau ummu ammar hebat…tamanmu melahirkan mujahid syahid. Aku hayunkan lg pena ini buat catatan n inspirsi generasi kte n seluruh alam..


14.Salam ukh. Fatimah, moga sntiasa dlm rahmat n redha Allah. Dari jauh ni JB dpt k.ani rasai…, anti tabah dgn ketentuan Allah Maha Suci. Allah yg mganugerahkan rijal deen yg tlh dredhaiNya n pulang mempersembahkan cinta abadi seindah yg diperolehi al-khansa’ dgn syahid putra2nya

15.Salam . Bersabarlah sesungguhnya sabar itu cantik. Semoga Allah gantikan apa yg luput dgn yg lebih baik. InsyaAllah ruhnya berada jln kebenaran.

16.Barang siapa yg beriman dan menerima hakikat bhw Allah x mnjlnkan qada’ dan takdirNya dgn sia-sia, tenteramlah hatinya dan yakinlah disebalik sesuatu yg menyusahkan ada sesuatu yg hanya diketahui oleh Allah Dan mungkin mempunyai kebaikan yg banyak. Omar al telmesani.

17.Aslm, takziah dr ….. didoakan semoga Allah SWT memberi kesabaran, ketabahan utk anti sekeluarga dlam menghadapi ujian dariNya jua, sesungguhnya yg kita ada adlah pinjaman dr Allah swt jua.

18.Takziah pakcik dan makcik akhi ammar pergi dlm keadaan mulia, semua org menyebut2 kebaikan beliau di dunia, moga beliau menjadi bualan penduduk langit juga. Allah hendak mengingatkan kita yang lupa, namun watak utamanya bukanlah calang2 orang. Moga Allah menempatkan beliau di syurgaNya, Ameen

19.Salam pakcik saya kawan Ammar, saya sgt mengenali dia. Dia merupakan seorang yg peramah, bertnggungjawab dan fikrah yang matang. InsyaAllah dia pergi sebagai seorg yg syahid dunia. Harap pakcik tabah menerima berita ini. Saya nampak wajah seorang yang tenang di wajah Ammar sebelum dia dimandikan. Saya pasti akan rindu sahabat yang baik sepertinya.


Wallahu’lam

 

Mutiara katanya......

By Kalam Puncak



Assalamu'alaikum syukur pada Allah Taala kerana diberi kekuatan oleh Allah kepada ummu untuk berkongsi bersama dengan pembaca setia blog Jiwa hamba ini. Terima kasih atas kata-kata perangsang dan doa untuk arwah ‘Ammar telah menguatkan lagi hati ummu yang amat merindui anakanda ini, bangunlah ummu teruskan perjuangan anakanda tersayang kerana yakinlah akan firman Allah Taala:

“ Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.”

(Al-Hajj:41)

InsyaAllah pada entri kali ini ummu cuba menggali kata-kata anakanda yang amat bermakna sekali iaitu:

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”

InsyaAllah pada kali ini ummu cuba untuk menafsir kembali mutiara kata anakanda yang berbunyi seperti di atas, anakanda ini dia merasai bahawa dunia ini sebagai ladang ahkiratnya. Kita mesti memahami bahawa orang mukmin yang sebenarnya iaitu mereka mengetahui hakikat hidup yang sebenarnya dan harga dunia berbanding dengan ahkirat seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan tiadalah kehidupan dunia itu selain dari main-main dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung ahkirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu memahaminya.”
(al-An’aam: 32)


Kehidupan dunia tidak dapat melalaikan dan mengganggu kita daripada daripada melaksanakan tujuan dan matlamat kita diciptakan Allah di dunia ini dan menganggap dunia ini sebagai satu medan untuk melakukan taat kepada Allah dan mencapai keredhaanNya


Prinsip-prinsip yang dipegang oleh anakanda dalam hidupnya untuk mencapai matlamat hidupnya dan diarahkan kejalan Islam, beliau mengetahui dan beriltizam dengan beberapa perkara seperti berikut:


1. Mengetahui matlamat hidup dengan jelas adalah penting untuk menjadi benteng dalam dunia yang fana ini sebagimana dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”

(Adz-Dzaariyaat: 56)


2. Nilai dunia berbanding dengan nilai ahkirat seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

“Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan ahkirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) ahkirat hanyalah sedikit.”

(At-Taubah: 38)

“Itulah kesenagan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).”

( Ali-imran: 14)

(Hadith riwayat At-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Hakim: At-Ttirmidhi berkata: Hadith ini adalah Hasan sahih).

“Dan pada suatu hari (yang lain pula) Rasullulah saw telah melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuanya, maka Rasullulah saw berpaling pada para sahabatnya dan bersabda: “Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidah berharganya bangkai kambing ini pada tuannya. Demi Allah, dunia lebih hina pada pandangan Allah dari kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk airpun.”


Inilah bayangan dunia kalau kita mengejarnya tanpa fikir bahawa kita akan kembali ke kehidupan yang kekal iaitu ahkirat maka rugilah kita. Apa yang kita nak bawa balik pada Allah nanti.

3. Mengetahui dan sedar bahawa maut itu suatu perkara yang pasti dan mestilah mengambil pengajaran daripadanya. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahaja disempurnakan pahala kamu. Barang siapa dijauhkan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang memperdayakan.”
(Ali-imran: 185)

Telah diriwayatkan pula dari Abu Hurairah bahawa beliau telah berkata:
“Kami keluar bersama-sama Rasullulah mengiringi satu jenazah , maka Rasullulah duduk disisi kubur dan bersabda:
Tidak berlalu satu hari pun melainkan kubur ini menyeru dengan suara yang kuat dan lantang. “Wahai anak Adam, engkau telah melupakan daku, tidakkah engkau tahu bahawa aku ini rumah (tempat) berdagang, ruamh (tempat) yang sunyi, rumah (tempat) ulat-ulat, ruamh (tempat) yang sempit kecualilah Allah melapangkan aku untuknya.” Kemudian Rasullulah saw bersabda: “Kubur ini satu taman dari taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.:

(Hadith riwayat at-Tabarani)

4. Mendalami hakikat Islam dengan mendalami, mempelajari dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah: Tuhan-ku, tambahlah ilmuku.”
(Thaha: 114)

5. Mengetahui hakikat jahiliah dengan cara mengenali aliran fikiran, mazhab dan garis perjuangan di samping mencari ketempangan dan kecacatannya. Juga mengetahui bahaya dan bencananya supaya dapat mengelakakan tipu dayanya disamping dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi dan memeranginya seperti sabda Rasullulah saw:

“ Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu beliau akan terselamat daripada tipu helah mereka.”


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya dunia itu ialah kampung bagi sesiapa yang tiada kampung. Harta bagi mereka yang tiada harta. Bagi dunia itu menghimpunkannya orang yang tidak berakal. Orang yang bergembira dengan dunia itu ialah orang yang tidak faham mengenainya. Di dunia itu akan bakhillah orang yang tidak bertawakal.

Orang yang memburu segala keinginan dunia ialah orang yang tidak benar-benar mengenalinya.

Maka, barangsiapa yang inginkan nikmat yang akan hilang dan kehidupan yang sementara, maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya sendiri serta menderhakai Tuhannya. Dia melupai akhiratnya manakala dunia menipunya dan dia mengingini zahir dan batin dari dunia ini.

Sesungguhnya mereka yang melakukan dosa akan menerima balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.

Wahai anak Adam, bergembala, berniaga dan berjual belilah dengan-Ku. Berurusanlah dengan-Ku, dan pintalah kesempurnaan daripadaKu terhadap keuntungan-keuntungan dirimu.

Di sisiKu apa-apa yang tidak dapat digambarkan oleh penglihatan mata, tidak didengar oleh telinga dan tidak terlintas di dalam hati. Tidak akan habis dan tidak juga tidak berkurangan khazanahKu, sesungguhnya Akulah Tuhan Yang Maha Pemberi lagi Maha Mulia."

(Kitab Imam Al-Ghazali : Al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)



Ini pandangan anakanda ‘Ammar dalam blognya:

MATLAMAT YANG TERSASAR

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, rosak segalanya. Pohon yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi buruk tuaiannya. Kerap kali saya lari dari matlamat Mardhatillah. Datang kelas bukan mencari hambatan redha ilahi, tapi kerana nak jumpa si dia. Selak buku bukan kerana Allah, tapi dek sibuk kejar silibus.

Gagal jawabnya. Sia-sia.

Penat yang kerugian. Hasilnya tiada berkah.

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kitab-kitab medik, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.
ALLAH!

Insyaallah ummu menyeru kepada adik-adik nya juga ahli keluarga terutama pada diri ummu dan abahnya ambilah iktibar dan redhalah kerana Allah telah memilih ‘Ammar untuk kembali kepadanya dalam keadaan yang amat baik supaya menjadi tarbiyah kepada keluarga kami. Tidak ada jalan yang diredhai oleh Allah kecuali jalan Islam yang mana kita mengenali hakikat kehidupan dan juga matlamatnya yang sama-sama mengejar keredhaan Illahi dan kehidupan sesudah mati. Marilah kita jadikan kematian satu pengajaran untuk kita kembali mendekatkan diri pada Illahi kerana kematian ini akan tiba bila-bila masa sahaja tidak mengira usia.

Wallahua’lam

 

Muhasabah diri.....

By Kalam Puncak

Hari ini merupakan hari yang ke – 26 Arwah “Ammar meninggalkan kita , marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada beliau.



Kelmarin ummu dan keluarga telah meletakan batu nisan di kuburnya, perasaan pilu dan sayu tidak dapt dibendung lagi kerana ummu menjangka bahawa batu nisan ini sepatutnya diletakan oleh beliau kepada ummu dan abahnya. Tetapi itulah ketetapan Allah yang sesiapa tidak dapat lari jika masanya telah tiba.

Benarlah ayat Allah seperti firmanNYA:

“........Dan sekali-kali tidak dipanjangkan seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lawh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi ALLAH adalah mudah.”
(Surah Fatir ayat 11)







Kita kena yakin dan hendaklah merasai ini satu peringatan ALLAH kepada kita dengan mengambil orang yang kita sayangi. Ummu menyeru semua yang membaca blog ini marilah kita semua jangan leka hidup di dunia ini dan jadikanlah dunia ini sebagai ladang ahkirat seperti yang di jadikan motivasi pada diri anakanda ‘Ammar iaitu “Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”

Inilah balasan ALLAH untuk mereka yang mencari kehidupan akhirat di dunia ini seperti firman ALLAH yang bermaksud:

Keadaan orang-orang mukmin di Syurga

“(40) Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum. (41) Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan. (42) Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. (43) Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran. (44) Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (45) Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya. (46) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (47) Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (48) (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (49) (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. (50) Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). (51) katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? (52) Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? (53) (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)? (54) Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang. (55) Dia pun (menempelaknya dengan) berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. (56) Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab). (57) (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi. (58) Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa? (59) Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. (60) Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)”.
“Surah As-Saffat ayat 40 – 60”



 

Alhamdullilah Allah bagi kekuatan Ummu untuk kembali berkongsi rasa dan sebagai wadah untuk berkongsi ujian yang ALLAH telah berikan kepada ummu sekeluarga. Hari ini merupakan genap 10 hari arwah ‘Ammar telah kembali bertemu ALLAH Yang Maha Esa, terasa seperti kelmarin berbual dengannya.

Dalam ruangan kali ini ummu ingin berkongsi rasa kegembiraan balasan pahala bagi orang kematian seorang anak sebagai satu motivasi kepada diri ummu sendiri atau sesiapa yang telah merasainya.

Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.”

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)

Anas bin Malik pula berkata, bahawa Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila aku telah menimpakan musibah atas hambaKu, baik kepada badannya, atau kepada hartanya, atau kepada anaknya, lalu ia menerima semuanya itu dengan penuh kesabaran dan penuh pujian ,maka Aku merasa malu pada hari kiamat untuk menimbang amalnya,serta membuat perhitungan kepadanya.”
(HR. Ibn a’di)

Hasan Basri bercerita: Ada seorang lelaki yang merasa sangat sedih kerana kematian anaknya, lalu memberitahukan hal itu kepada Hasan, maka Hasan berkata kepadanya: Dalam kehidupan sehari-hari, pernakah anak kamu pergi darimu? Maka lelaki itu menjawab: Pernah! Apakah perginya itu lebih lama dari adanya dari rumahmu? Lelaki itu menjawab: Ya! Maka Hasan kembali berkata: Anggaplah pada saat ini ia sedang pergi darimu! Ketahuilah olehmu, sesungguhnya tidak ada pemergian yang lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pemergiannya pada saat ini. Maka lelaki itu berkata: Wahai Hasan, sesungguhnya kamu telah banyak meringankan beban kesusahan hatiku kerana kematian anakku itu.


Bersama-sama diabadikan gambar kenangan keluarga bersama-sama arwah ‘Ammar semasa beliau pulang berhari raya di sini pada tahun 2008 dan dilapangan terbang KLIA sebelum pulang ke Mesir.







Ummu seorang yang lemah dan cuba menyakinkan diri bahawa orang yang bertakwa akan selalu mendapat jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya masalah yang sedang dihadapi seperti firman Allah yang bermaksud:

............. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.........”

( At-Thalaq : 2-3)

 


Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli


Umi rasa terpanggil ingin berbicara dalam blog anakanda tersayang Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli ini dengan rasa ragu-ragu dan was-was untuk menceroboh blog ini kerana kemampuan menulis umi ini tidak sama dengan kebolehan anakanda tersayang.

Umi rasa mahu berbicara dalam blog ini kerana ingin berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Allah izin umi telah ditarik nikmat tidur yang dirasai selama ini maka cemburu rasanya pada semua orang sekeliling yang nyenyak tidur dibuai mimpi.

Tidak mengapa umi dan pakcik serta keluarga redha dengan pemergian ini kerana kami yakin terhadap firman Allah SWT bermaksud:

Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhannya, dan meraka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah: 156 – 157)

Firman Allah SWT bermaksud:

Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

(At-Taghabun:11)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullulah saw bersabda: "Allah Taala berfirman:

"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapat syurga."

(Riwayat Bukhari)


Ya, Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengkabulkan doanya, inilah sumber kekuatan kami sekeluarga.

Kekuatan umi datang setelah ketibaan jenazah anakanda, umi tidak rasa untuk menanggis teresak-esak cuma-cuma kadang-kadang tertitis mutiara-mutiara jernih diatas pipi tapi umi mampu bercakap walaupun penantian cukup lama iaitu selama 3 hari menunggu barulah kunjung tiba dan jenazah anakanda tersayang yang singgah hanya sebentar sahaja dirumah iaitu tidak lebih dari 1 jam. Umi yakin ini kurniaan Allah kerana doa dan sokongan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, sahabat-sahabat Arwah dari jauh dan dekat yang telepon dan sms. Cerita lanjut bolehlah lihat di sini.

Pengalaman ini telah menjadi sumber kekuatan kepada adik-beradiknya supaya lebih peka, menjaga ukhuwah antara keluarga, rasa tanggungjawab untuk meneruskan dan melalui proses tarbiyah seperti yang abang mereka lalui dan mereka yakin beliau merupakan tokoh kelurga serta menjadi qudwah kepada kami semua. Pesanan-pesanan beliau kepada adik-adiknya telah menjadi sumber aspirasi dalam menjalani hidup ini seperti berikut:

· Dengar cakap abah dan umi.

· Baca quran selalu.

· Baca mathurat.

· Solat dhuha.

· Belajar rajin-rajin

· Berdoa

· Untuk adik perempuan: jaga aurat dengan terbaik.


Walaupun sudah 5 hari pemergiannya rumah umi sekeluarga masih dikunjungi oleh jiran tetangga, kaum keluarga dan sahabat handai dan rasa ukhuwah yang terjaling dengan berlakunya peristiwa ini.

Dengan izin Allah jenazah anakanda tersayang sampai diiringi oleh seorang bonda angkatnya iaitu Ustazah Fatahyah, beliau merupakan pensyarah INTEC , UiTM Shah Alam yang juga mentor arwah. Umi kenal ustazah ini hanya namanya sebelum ini kerana satu sms yang diterima 3 tahun lepas sebelum anakanda bertolak ke Mesir yang mana arwah telah menunjukan kepada umi isi kandungan sms yang dihantar oleh ustazah. Umi mengingatkan kembali kepada ustazah tentang sms itu maka beliau berhajat supaya kandungan sms ini dimuatkan dalam blog ini yang berbunyi lebih kurang seperti berikut;


“ Sejuk perut ibu dan ayah Ammar kerana melahirkan anak yang soleh”.


Ustazah dan umi telah pergi ke masjid dan Allah izin hanya dapat berada diluar dan melihat dari jauh lalu mendapati ramai sungguh jemaah yang hadir. Solat subuh hari itu diimani oleh Ustaz Ammar Rosidi yang memang dikenali bacaan qurannya amat sayu dan menyentuh hati jemaah apabila mendengarnya.

Selepas habis doa solat jenazah kami terus ke kawasan perkuburan dan ramai sungguh kaum keluarga , sahabat handai, ibu-ibu, kakak-kakak dan guru-guru MATRI dari jauh dan dekat hadir semasa pengkebumian. Tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahim.

Alhamdullilah dengan rasa bersyukur kepada Allah taala kerana memberi ketabahan kepada umi untuk menghadapinya semua ini walau pun sebenarnya dalam hati kecil ini rasa kehilangan dan amat rindu kepadanya yang teramat sangat kerana tiada lagi sms daripada Ammar berada dalam peti masuk telepon umi.


“Ya Allah perkuatkan hati ini dalam menghadapi hari-hari mendatang dan tinggkatkan iman kami sekeluarga agar dapat mendidik adik-beradiknya agar dapat menjadi anak soleh sepertinya”.

Ya Allah bagiMu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari kiamat itu benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad saw adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.

Ameen


Bolehlah layari ke blog ini tentang kisah beliau semasa kecil - mizjana.blogspot.com/