Akhirnya Tiba Hari Nan Ditunggu
Posted In:
Coret Kisah
,
Santai
.
By Kalam Puncak
Hari ini harinya. Masa yang ditunggu sekian lama.
Saya sekarang berada di terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Baru Kaherah bersama 3 sahabat lagi. Sabar menanti kerenah burung besi itu yang degil, enggan hinggap di sangkar tepat waktunya. Barangkali lewat 3 jam dari waktu asal.
Sebenarnya waktu bertolak adalah 7.30 petang, waktu Mesir. 4 jam perjalanan, transit pula di Dubai. Kemudian 9 jam bersabar di situ, sebelum bertolak pukul 9.00 pagi waktu Dubai. Dijangka tiba pula di Bumi Bertuah Malaysia jam 11.30 malam. Hai, lama betul..
Cuba gagah-gagah pukul gambar guna komputer riba Nasrullah di Mathor Gadid
Doakan perjalanan kami sahabat-sahabat sekalian. Moga selamat tiba ke destinasi.
"Bismillahi tawakkaltu 3alallah la haula wala quwwata illa billahil
3alyyil 3azim"
2 Responses to Akhirnya Tiba Hari Nan Ditunggu
salam...
moga nta dh selamat sampai ke destinasi...hargai masa dgn family..
Rasulullah saw bSabda:
"sungguh unik keadaan seorg mu'min,semua urusannya adalah baik bila ia mendapat nikmat & itu adalah kebaikan baginya,sedangkan bila ia ditimpa musibah lalu bSabar & itu adalah kebaikan pula baginya.semua itu hanya dimiliki oleh seorg yg beriman."
salam ukhwah...ana cuma nak minta kebenaran utk ambil apa yg nta tulis sbg salah 1 rujukan ana yg lemah n kurang ilmu nie utk Jdkn penulisan sbg medan dakwah.mungkin sbg student medic,hasil tulisan nta lebih dekat utk sahabat2 ana...Klu ada link mana2 yg sesuai,harap dpt dikongsi...jazakallah..
-alFurqan,fakulti perubatan,m'sia
alfurqan_kalamullah@hotmail.com
faddal..setakat yang ana boleh kongsi, yang masih dlm linkungan mampu ana..ana dayakan. Kekurangan banyak tapi harap nta boleh saringkan. Moga di situ ada baiknya bagi kita bersama.
Ada beberapa link yang ana akan baca seharian..Di sini ana kongsikan;
http://saifulislam.com
http://harakahdaily.net
http://brohamzh.blogspot.com
http://palestinkini.info
http://muhtarsuhaili.wordpress.com
Ada lagi linknya, ada di tautan pada paparan sebelah kanan di blog ana.
Untuk bacaan, ana prefer buku. Ada zauqnya.=)
Moga hidup lebih bererti Dalam Jiwa Hamba!
Something to say?