Dalam Jiwa Hamba
Mencari erti hina...hina sebagai hamba...hamba disisi Rabbi.

Muhasabah diri.....

By Kalam Puncak

Hari ini merupakan hari yang ke – 26 Arwah “Ammar meninggalkan kita , marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada beliau.



Kelmarin ummu dan keluarga telah meletakan batu nisan di kuburnya, perasaan pilu dan sayu tidak dapt dibendung lagi kerana ummu menjangka bahawa batu nisan ini sepatutnya diletakan oleh beliau kepada ummu dan abahnya. Tetapi itulah ketetapan Allah yang sesiapa tidak dapat lari jika masanya telah tiba.

Benarlah ayat Allah seperti firmanNYA:

“........Dan sekali-kali tidak dipanjangkan seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lawh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi ALLAH adalah mudah.”
(Surah Fatir ayat 11)







Kita kena yakin dan hendaklah merasai ini satu peringatan ALLAH kepada kita dengan mengambil orang yang kita sayangi. Ummu menyeru semua yang membaca blog ini marilah kita semua jangan leka hidup di dunia ini dan jadikanlah dunia ini sebagai ladang ahkirat seperti yang di jadikan motivasi pada diri anakanda ‘Ammar iaitu “Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”

Inilah balasan ALLAH untuk mereka yang mencari kehidupan akhirat di dunia ini seperti firman ALLAH yang bermaksud:

Keadaan orang-orang mukmin di Syurga

“(40) Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum. (41) Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan. (42) Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. (43) Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran. (44) Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (45) Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya. (46) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (47) Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (48) (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (49) (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. (50) Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). (51) katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? (52) Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? (53) (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)? (54) Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang. (55) Dia pun (menempelaknya dengan) berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. (56) Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab). (57) (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi. (58) Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa? (59) Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. (60) Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)”.
“Surah As-Saffat ayat 40 – 60”



 

Alhamdullilah Allah bagi kekuatan Ummu untuk kembali berkongsi rasa dan sebagai wadah untuk berkongsi ujian yang ALLAH telah berikan kepada ummu sekeluarga. Hari ini merupakan genap 10 hari arwah ‘Ammar telah kembali bertemu ALLAH Yang Maha Esa, terasa seperti kelmarin berbual dengannya.

Dalam ruangan kali ini ummu ingin berkongsi rasa kegembiraan balasan pahala bagi orang kematian seorang anak sebagai satu motivasi kepada diri ummu sendiri atau sesiapa yang telah merasainya.

Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.”

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)

Anas bin Malik pula berkata, bahawa Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila aku telah menimpakan musibah atas hambaKu, baik kepada badannya, atau kepada hartanya, atau kepada anaknya, lalu ia menerima semuanya itu dengan penuh kesabaran dan penuh pujian ,maka Aku merasa malu pada hari kiamat untuk menimbang amalnya,serta membuat perhitungan kepadanya.”
(HR. Ibn a’di)

Hasan Basri bercerita: Ada seorang lelaki yang merasa sangat sedih kerana kematian anaknya, lalu memberitahukan hal itu kepada Hasan, maka Hasan berkata kepadanya: Dalam kehidupan sehari-hari, pernakah anak kamu pergi darimu? Maka lelaki itu menjawab: Pernah! Apakah perginya itu lebih lama dari adanya dari rumahmu? Lelaki itu menjawab: Ya! Maka Hasan kembali berkata: Anggaplah pada saat ini ia sedang pergi darimu! Ketahuilah olehmu, sesungguhnya tidak ada pemergian yang lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pemergiannya pada saat ini. Maka lelaki itu berkata: Wahai Hasan, sesungguhnya kamu telah banyak meringankan beban kesusahan hatiku kerana kematian anakku itu.


Bersama-sama diabadikan gambar kenangan keluarga bersama-sama arwah ‘Ammar semasa beliau pulang berhari raya di sini pada tahun 2008 dan dilapangan terbang KLIA sebelum pulang ke Mesir.







Ummu seorang yang lemah dan cuba menyakinkan diri bahawa orang yang bertakwa akan selalu mendapat jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya masalah yang sedang dihadapi seperti firman Allah yang bermaksud:

............. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.........”

( At-Thalaq : 2-3)

video

 


Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli


Umi rasa terpanggil ingin berbicara dalam blog anakanda tersayang Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli ini dengan rasa ragu-ragu dan was-was untuk menceroboh blog ini kerana kemampuan menulis umi ini tidak sama dengan kebolehan anakanda tersayang.

Umi rasa mahu berbicara dalam blog ini kerana ingin berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Allah izin umi telah ditarik nikmat tidur yang dirasai selama ini maka cemburu rasanya pada semua orang sekeliling yang nyenyak tidur dibuai mimpi.

Tidak mengapa umi dan pakcik serta keluarga redha dengan pemergian ini kerana kami yakin terhadap firman Allah SWT bermaksud:

Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhannya, dan meraka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah: 156 – 157)

Firman Allah SWT bermaksud:

Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

(At-Taghabun:11)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullulah saw bersabda: "Allah Taala berfirman:

"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapat syurga."

(Riwayat Bukhari)


Ya, Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengkabulkan doanya, inilah sumber kekuatan kami sekeluarga.

Kekuatan umi datang setelah ketibaan jenazah anakanda, umi tidak rasa untuk menanggis teresak-esak cuma-cuma kadang-kadang tertitis mutiara-mutiara jernih diatas pipi tapi umi mampu bercakap walaupun penantian cukup lama iaitu selama 3 hari menunggu barulah kunjung tiba dan jenazah anakanda tersayang yang singgah hanya sebentar sahaja dirumah iaitu tidak lebih dari 1 jam. Umi yakin ini kurniaan Allah kerana doa dan sokongan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, sahabat-sahabat Arwah dari jauh dan dekat yang telepon dan sms. Cerita lanjut bolehlah lihat di sini.

Pengalaman ini telah menjadi sumber kekuatan kepada adik-beradiknya supaya lebih peka, menjaga ukhuwah antara keluarga, rasa tanggungjawab untuk meneruskan dan melalui proses tarbiyah seperti yang abang mereka lalui dan mereka yakin beliau merupakan tokoh kelurga serta menjadi qudwah kepada kami semua. Pesanan-pesanan beliau kepada adik-adiknya telah menjadi sumber aspirasi dalam menjalani hidup ini seperti berikut:

· Dengar cakap abah dan umi.

· Baca quran selalu.

· Baca mathurat.

· Solat dhuha.

· Belajar rajin-rajin

· Berdoa

· Untuk adik perempuan: jaga aurat dengan terbaik.


Walaupun sudah 5 hari pemergiannya rumah umi sekeluarga masih dikunjungi oleh jiran tetangga, kaum keluarga dan sahabat handai dan rasa ukhuwah yang terjaling dengan berlakunya peristiwa ini.

Dengan izin Allah jenazah anakanda tersayang sampai diiringi oleh seorang bonda angkatnya iaitu Ustazah Fatahyah, beliau merupakan pensyarah INTEC , UiTM Shah Alam yang juga mentor arwah. Umi kenal ustazah ini hanya namanya sebelum ini kerana satu sms yang diterima 3 tahun lepas sebelum anakanda bertolak ke Mesir yang mana arwah telah menunjukan kepada umi isi kandungan sms yang dihantar oleh ustazah. Umi mengingatkan kembali kepada ustazah tentang sms itu maka beliau berhajat supaya kandungan sms ini dimuatkan dalam blog ini yang berbunyi lebih kurang seperti berikut;


“ Sejuk perut ibu dan ayah Ammar kerana melahirkan anak yang soleh”.


Ustazah dan umi telah pergi ke masjid dan Allah izin hanya dapat berada diluar dan melihat dari jauh lalu mendapati ramai sungguh jemaah yang hadir. Solat subuh hari itu diimani oleh Ustaz Ammar Rosidi yang memang dikenali bacaan qurannya amat sayu dan menyentuh hati jemaah apabila mendengarnya.

Selepas habis doa solat jenazah kami terus ke kawasan perkuburan dan ramai sungguh kaum keluarga , sahabat handai, ibu-ibu, kakak-kakak dan guru-guru MATRI dari jauh dan dekat hadir semasa pengkebumian. Tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahim.

Alhamdullilah dengan rasa bersyukur kepada Allah taala kerana memberi ketabahan kepada umi untuk menghadapinya semua ini walau pun sebenarnya dalam hati kecil ini rasa kehilangan dan amat rindu kepadanya yang teramat sangat kerana tiada lagi sms daripada Ammar berada dalam peti masuk telepon umi.


“Ya Allah perkuatkan hati ini dalam menghadapi hari-hari mendatang dan tinggkatkan iman kami sekeluarga agar dapat mendidik adik-beradiknya agar dapat menjadi anak soleh sepertinya”.

Ya Allah bagiMu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari kiamat itu benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad saw adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.

Ameen


Bolehlah layari ke blog ini tentang kisah beliau semasa kecil - mizjana.blogspot.com/


 

Musy 3Aref A3mal Eh

Posted In: , , . By Kalam Puncak

Saya minta maaf terlebih dahulu. Mungkir janji. Kata sebelum ini sudah tidak mahu pos entri terbaru, tapi tak mampu tahan diri daripada update. Sekadar berkongsi Video nyanyian Tamer Hosni, Musy 3Aref A3mal Eh. Lagu yang agak menyayat hati berkenaan Palestin.


Musy 3Aref 3Amel Eh...I Don't know What To Do.

Lagu ini dalam loghat Mesir, bukan fushah. Agak lain macam bunyinya bagi mereka yang tidak pernah ke Mesir berbahasa pasar.

Tapi, sayang. Luahan hati dalam lagu ini menggambarkan kecelaruaannya tentang apa tindakan yang sepatutnya. Saya tidak ingin hurai panjang-panjang apa yang seharusnya kalian lakukan. Tepuk dada, tanya iman.

Di bawah ini adalah lirik lagu tersebut. Baris di atas adalah tulisan arab, di bawahnya adalah terjemahan dalam bahasa Inggeris. Baris terakhir adalah sebutan arab yang ditulis dalam rumi, untuk memudahkan sebutan.

ترابك يا فلسطين تاج على راسى .... امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى
"The sand of Palestine are a crown on my head, I am walking proudly among my families and relatives
trabek ya falsteen taj 3ala rasy wa amshy beh been ahly wa nassy

ترابك يا فلسطين تاج على راسى .... امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى
The sand of Palestine are a crown on my head, I am walking proudly among my families and relatives
trabek ya falsteen taj 3ala rasy wa amshy beh been ahly wa nassy

يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه

Oh my God! I don't know what should I do, Please God, Help them to overcome this adversity
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh

مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه
I can't do anything, I wish I could do something, as I watched my brother suffering and I am watching him
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag

محتاجين وقفه عربية لحل القضية ... باعلى صوت ارجوكوا اتحركوا

we need arabic stance to solve this issues, I'm saying it loudly...please do anything
mahtageen wa2fa la7al al adya ba3al sot argoko ta7arko

عارفين مش قصدكوا .. بس بردو محدش يقدر يسكت واخواته بتموت

We know that this it's out of your hand, but there is no one could be irresponsible and his siblings are dying
3arfeen mosh asdako bas bardo ma7desh ya2der yaskot wa a5wato betmoot

يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه
Oh my God! I don't know what should I do, Oh God..understand what they are going through
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh

مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه

I can't do anything, I wish I could do something, as I watched my brother suffering and I am watching him
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag

يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ... ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين
god make it easier the happniess and patience for years and be happy to iraq ground and palestine come bake to us
ya raby nawelha far7et saber al sanen wa nafra7 fe ardek ya iraq wa tarja3y lena ya falsteen

يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ... ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين

Oh God, grant us the joy for the patience of the year, When we celebrate the victory in Iraq and when we regain Palestine
ya raby nawelha far7et saber al sanen wa nafra7 fe ardek ya iraq wa tarja3y lena ya falsteen

يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه

Oh my God! I don't know what should I do, Oh God..understand what they are going through
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh

مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه
I can't do anything, I wish I could do something, as I watched my brother suffering and I am watching him
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag
Sumber dari sini.

 

Paket-Paket Darah Yang Diisi

Posted In: , , . By Kalam Puncak

"Biarpun tubuh seolah mustahil menjejak Palestin, biarlah titisan darah ini jadi bukti tubuh ini menyumbang kepadamu wahai Gaza."
Saya pergi semalam bersama Jackster ke tempat program derma darah anjuran Pertubuhan Pengamal Perubatan Arab di Qasr El-Aini. Benar-benar mendapat sambutan yang menggalakkan. Kata orang yang pergi awal hari, ramainya orang hingga hampir bosan menunggu giliran. Gamaknya bila pikir Palestin, biar ajalah sesak pun.

Anjuran Al-Ittihad At-Tubba Al-Arab cawangan Mesir

Ke kiri jika ingin menyumbang ke penduduk Gaza

Paket darah yang masih kosong kepunyaan Jackster.
Kempunan benar rasanya tidak dibenarkan menderma.

Thabur ya ikhwanna


Filling in the blank

Berbahagialah kamu, Umar dan Golok kerana menyumbang. Moga disisiNya dianggap sebagai penambah berat di timbangan kebaikan kelak.

Sedih sebenarnya. Bukan tuah badan. Kata si tabib tu, tekanan darah saya tidak cukup tinggi. Disuruhnya pusing-pusing minum jus, kemudian datang kembali. Alang-alang bawa senapang kontot terus menembak gambar-gambar di sekitar program.

Program derma darah ini akan berterusan sehinggan esok hari, 7 Januari 2009. Sesiapa yang mahu menyumbang, tidak cukup dengan wang, maka dialu-alukan ke sini. Kalau akhawat kita sanggup berbondong-bondong datang walaupun direject kerna tidak layak, malulah kita warga jantan yang maskulin kununnya.

Pos ini adalah yang terakhir sebelum pepeiksaan. Subjek pertama Pathology bakal dihadapi 17 Januari depan. Doakan saya, juga sekalian warga pelajar di sini.

Salam sensitiviti.