Hari Al-Quds Sedunia
Posted In:
Al-Quds
,
Luka Rakyat
.
By Kalam Puncak
Semalam awal pagi saya dapat sms dari seorang sahabat di Mesir bunyinya begini:
"Salam, 21 August, rememberance of al-Quds day. Lets reflect on our awareness of it! Make al-Qudsas our issue today. Ana bihibbu Falatini!"Oh, hampir lupa saya. Hari yang sepatutnya mereka yang tumpang rasa derita mereka di sana. Mereka yang telah menginfaqkan bukan sahaja diri mereka malah keturunan mereka dalam mempertahankan bumi Paletin.
Tidak mengapalah walaupun sehari terlewat. Ada baiknya saya kongsikan juga peristiwa yang tersirat di sebalik tanggal 21 Ogos ini. Namun penulis asal artikel ini tidak pula saya ketahui.
Maka saya sisipkan bersama dalam entri kali ini emel yang menghuni inbox saya hari ini;
Al Aqsa di bakar pada 21 ogos...
Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Persidangan Pertubuhan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerananya. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.
Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.
0 Responses to Hari Al-Quds Sedunia
Something to say?