Masih Ada Waktu
Sedikit rasa kekesalan terpalit pada diri. Saya berkira-kira perjalanan Ramadhan saya kali ini, jauh bezanya. Kalau Ramadhan itu orang, serasa saya dia akan malu pada si Ramadhan tahun lepas. Oh, seharusnya saya malu pada diri saya sendiri.
Jika diimbau tahun lalu, saya melalui Ramadhan dalam kondisi yang betul-betul eager untuk memanfaatkannya semaksima mungkin. Mungkin kerana di Mesir, Ramadhan disambut dengan meriah dan penghayatannya begitu mendalam di kalangan masyarakat.
Bermula daripada tarawih, saya sendiri ghairah ke sana sini merasai nikmat solat di masjid famous sekitar Kaherah. Dari Masjid Amru di Misr Al-Qadimah ke Masjid Sayeda Zainab. Pernah bertandang ke Masjid Fatimah di Abbas Aqqad, Masjid El-Fath di Tahrir juga ke Masjid Salam di Hayyu El-Asyer. Kadang-kadang ke Majid Pasha di Manyal dan Masjid Azhar di Husein. Ditawaf masjid-masjid ini, menghayati bacaan para imam. Saya terlepas peluang untuk ke Masjid Rawwas di Abu Rish yang dikata orang enak dan sayu bacaan imamnya.
Sungguh mudah juga untuk melihat orang membaca Al-Quran. Di dalam tremco, metro di perhentian bas, apatah lagi di masjid-masjid, bahkan tidak keterlaluan dikatakan di mana-mana sahaja ada yang memegang Al-Quran. Wujud suasana berlumba-lumba untuk membacanya. Tambahan pula, orang-orang Arab, secara automatik menjadi baik. Seolah-olah disuluh cahaya Ramadhan yang basah dengan iman. Anda akan dapati mereka akan mudah mendoakan kita, memberi juadah berbuka puasa dan banyak juga hadiah akan diperolehi.
Di jalan-jalan akan direntangkan banner-banner meraikan Ramadhan. Merentangi blok-blok rumah dari kiri ke kanan, penuh di jalanan. Tambahan pula, jualang tanglung-tanglung Ramadhan yang seakan-akan mewarnai kota Mesir yang serba koko ini. Ada juga didirikan khemah-khemah untuk hidangan berbuka puasa dikenali sebagai Maidah Rahman yang akan penuh dengan marhaen tak kira bertaraf sederhana juga miskin serta masyarakat pelajar yang sememangnya bermalasan untuk masak.
Pendek kata, meriahnya Ramadhan di Mesir kerana Ramadhannya sendiri. Tetapi di Malaysia, meriahnya Ramadhan kerana persepsi masyarakat kita yang merayakan Eidul Fitri lebih dari Ramadhan.
Yang penuh, bazar Ramadhan dan shopping complex. Masjid penuh di awal Ramadhan sahaja, itupun setakat 8 raka'at.
Oh, rindunya Ramadhan di Mesir.
Rindu benar untuk Qiamullail di Masjid Amru. Bayangkan ramainya manusia hinggakan pada jam 3 pagi, akan bersesakan orang untuk menggunakan tandas seolah-olah pada waktu itu solat Jumaat! Walaupun puluhan tandas tersedia tapi ia tetap tidak mampu menampung hampir ribuan jemaah yang hadir terutama di penghujung Ramadhan.
Tanyalah mereka yang pernah berada di Mesir pada bulan Ramadhan. Apa istimewanya malam ke 27. Kalau mendirikan Terawih pada malam 27 anda terpaksa hadir selepas asar untuk mendapatkan tempat di dalam masjid. Jika tidak, anda terpaksa solat di bawah bumbungan langit malam. Kedatangan Syekh Jibril sebagai imam ditunggu-tunggu oleh masyarakat Mesir. Walaupun doa Qunutnya dibaca selama lebih sejam, tapi itulah yang melahirkan rasa keinsafan dan lahirnya kesungguhan untuk beramal. Semuanya berebut untuk mendapatkan ganjaran Ramadhan yang tidak ada pada bulan lain.
Kalau ikutkan hati, terasa enggan pulang ke Malaysia pada Ramadhan. Peluang meraikan Ramadhan di Mesir tidak datang selalu. Rugi rasanya tidak diraih peluang ini sebaiknya.
Tinggal 6 hari lagi berbaki. Masih ada waktu untuk mara lebih laju. Peluang meraih Lailatul Qadr masih ada.
"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)."Bak kata Taqeyyabella, "Jom cari lailatul qadar sape jumpe dia menang!!"
Al-Qadr; 1-5
3 Responses to Masih Ada Waktu
tapi kat bandar2, ramadhan dah makin meriah.. ada je org buat iktikaf pada 10 mlm terakhir, dan mmg meriah la mesjid2 kat sini... kat masjid negara, masjid2 negeri dll.. org bawak satu family beriktikaf..
suasana dah berubah...
tapi still, pasaraya lagi meriah.
baguih la gitu..
tapi bad,point dia terasa ramadhan bkn setakat dekat masjid je..
tapi suasana di banyak tenpat jg dirasai..
entah r,sebenarnya post kali ini sebagai keluhan diri,
yang tak proaktif hidupkan ramdhan..
Moga Allah berkati kamu..
kullu sanawat waantum tayyib
moge Allah temukan lagi kita dengan madrasah yang akan dtg!
Something to say?