Nak Balik Dah...
Sedar tak sedar, sudah mahu pulang semula ke Mesir. Tak sampai 3 hari, saya akan berada di atas pesawat Emirates terbang membelah awan menuju ke barat. Entah sampai bila perkelanaan di bumi anbiya' ini akan diteruskan.
Bila sedar rupanya tak berapa hari saja akan pulang, terus senak perut.
"Aduh nak balik Mesir dah!"
Balik kali ini, terasa ingin sahaja pulang tiap-tiap tahun kalau tidak duduk mengulang peperiksaan. Best bebenor, kata orang perak. Memang seronok. Jumpa kawan-kawan lama, makan masakan umi, shopping baju yang ada saiz empunya diri, turut serta berprogram dan macam-macam lagi. Segalanya membina gelojak diri untuk terus berkampung di Malaysia. Mahu saja minta JPA tukar buat medik di Malaysia. huhu..
Tapi, kerana sudah teramanah pada diri untuk menuntut ilmu kedukunan di bumi Mesir, juga kerna jutaan pengalaman dan ilmu yang akan diraih di sini, angan-angan itu ditepis jauh-jauh.
Syiddu Hellak!
Buntu sebenarnya untuk kemas kini blog dengan idea yang lebih segar. Ditambah lagi dengan pertambahan hobi baru baru-baru ini yang meragut banyak masa untuk terus menerus update Dalam Jiwa Hamba. Salah 1000d atau salah saya? Oh, tak mengapa. Saya mohon maaf pada pembaca, lagi-lagi Kak Diana yang menunggu post berkenaan Fiqh Perubatan Semasa, satu seminar yang saya hadiri 2 minggu lalu. Bukan tidak berkesempatan, tapi Istiqamah saya dijerat oleh kemalasan.
Oh lupa, hampir seminggu berlalu Eid Mubarak. Saya kira masih punya kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada umi dan abah, adik-adik, kaum kerabat, sahbat-sahabat, rakan-rakan di Mesir juga Malaysia serta umat Islam sekalian alam. Moga Allah ganjari usaha kamu dalam mencapai objektif Ramadhan yang lalu.
Petikan ucapan Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbahnya;
"Jadilah kamu hamba Rabbani, usahlah menjadi hamba Ramadhani".
2 Responses to Nak Balik Dah...
Selamat berangkat, dik...
Memang amat berat nak kembali berjauhan dari family pas berdampingan sekian lama. Tapi core bussiness kita kena teruskan jgk.. Mmg begitu lumrahnya hidup.
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan.." (Imam As-Syafie)
Berindu2an le nanti... ('o')v
BTW, xpe, understood ketidaksempatan (kemalasan?!=)orang yang 'beraya'. Nama pun Raya, memang time Allah bagi untuk enjoy (dalam kesyukuran). Tp bukan post/ entry untuk fiqh perubatan, tp cerita/ kongsi pengalaman (utk slot student) untuk dimuatkan dlm As-Syifa' (buku faculty, nak edar sempena Fiqh Perubatan 28/10/08). anyway, xpe2... =) apepun tq byk2 atas handouts yang dikongsi =)
n akhir kalam untuk kalam-puncak... SELAMAT KEMBALI KE 'SEKOLAH'!! =) Selamat kembali belajar di sekolah kehidupan...
(^-^)v
naper susah sangat guna lightroom......
Something to say?