"Aduh, mana pula perginya kasut aku ni? Tadi ade je kat sini. C%*@$& mana amik ni!"

Istighfar panjang saya petang tu. Mula-mula tersembul juga sumpah seranah. Mana tidaknya. Elok-elok selesai solat Asar, bila dijenguk di rak kasut, sudah ghaib kasut Adidas Superstar saya warna putih berjalur hitam 3 calit. Walaupun kasut itu kasut bundle dari Irbid, tapi ia tetap istimewa dan disayangi.

Bila dipujuk hati agar bersabar dan kembali tenang, hakikat itu dapat ditelan. "Biarlah. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik".

Orang buta yang Allah ganti dengan pandangan hati yang lebih suci

SEGALANYA PINJAMAN

Namun bila difikir-fikir kembali, dalam kehidupan kita memang tiada yang kekal menjadi hak milik diri kita. Kasut itu, duit biasiswa, kamera SLR, komputer, handset dan macam-macam lagi segalanya hanyalah kompenen alat-alat yang Allah pinjamkan supaya dapat digunakan dalam ubudiah kepadaNya. Kata Gusti Allah ;
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
QS. Ibrahim: 34
Hidup di dunia ini segalanya macam loan bank. Cuma loan bank, kalau pinjam kena bayar nilai yang sama dan sedikit bunga, jika tidak guna perbankan Islam. Tapi pinjaman dari Allah, dek kerana RahmahNya, hutang Allah dibayar dengan tunduk dan patuh kepada sistem Syara' yang Dia tetapkan. Ambil Islam dalam kehidupan, baru terlunas hutang piutang tersebut!

Mudah bunyinya bukan? Tapi untuk pada setiap masa merasai bahawa yang dalam poket anda itu bukan wang anda, hampir-hampir mustahil sama sekali.

Kalau tidak, tidak mungkin akan dimaki hamun bila barang hilang. Tak mungkin akan dijuihkan bibir pada peminta sedekah yang datang mengemis. Malahan, tidak mungkin sama sekali akan buat-buat tidak tahu bila panggilan Allah datang, mengajak beramal.

Oh, manusia!

Semalam, bila sudah dilihat-lihat wang di dalam akaun terasa terlebih pula biasiswanya. Huhu. Harus diatur mana pergi aliran wang ini. Kalau tidak bonus yang diterima langsung tiada nilainya di sisi Allah.

Walau berapa nilai budgetnya, walau USD 100, USD 50, LE 100 atau apa-apa sahaja nilainya, tak kira kecil atau besar, pastikan ia sudah awal-awal sekali diasingkan. Bukannya budget beli motor,upgarde lens atau komputer, tapi budget Infaq!

Salam Infaq.

Give a Little - Dawud Wharnsby Ali