Alasan lagi
Malam ini tiba-tiba saya terasa mahu melihat Dalam Jiwa Hamba. Itupun selepas hampir satu jam belayar di laman maya ini ke sana sini. Masalah internet yang terputus ditambah lagi dengan desktop saya yang rosak, seolah-olah mahu dilupakan tugas yang terabai...Dalam Jiwa Hamba.
Bila diperhatikan rupa-rupanya ada sapaan di shoutbox dari pengunjung lama blog ini. Rupa-rupanya ada yang ingat pada saya Eid-Adha ini. Hoho. Memang lama benar tidak diserikan dengan bicara Dalam Jiwa Hamba yang baru.
12 November, entri saya yang terakhir. Hampir sebulan tanpa update!
Tidak ingin saya jadikan blog ini sekadar catatan diari kisah hidup saya atau tempat saya luahkan segala isi hati saya. Saya tidak mahu jika Dalam Jiwa Hamba ini sekadar menjadi wadah berkongsi cerita perihal pelajar perubatan dalam rutin hariannya yang tipikal ataupun hikayat jejaka melayu di bumi afrika bernama Mesir.
Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.
Kerana itu, Dalam Jiwa Hamba wujud dan terus beroperasi.
Operasinya adalah meraih sebesar mungkin Redha Allah. Kerana itu, modus operandinya harus konsisten rentaknya, bersih jalannya, teguh tapaknya dan yang penting dan paling susah Istiqamah. Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan.
Kemampuan tidak menyebelahi saya barangkali. Susunan Tuhan, dalam komitmen yang pelbagai, komputer meragam. Sudah ditekan punat on pun, malu-malu pula nak menyala monitor tu. Internet pula merajuk dengan kami satu rumah. Lalu, saya berikan alasan-alasan ini sebagai lapik-lapik ayat sebab tidak kemas kini blog. Moga pembaca-pembaca sekalian memahami dan maafkan saya. Betul ini, tak tipu!
Pos kali ini sekadar booster untuk saya kembali aktif dalam kancah penulisan blog. Saya ada terget dan agenda, dan saya tidak mahu ia gagal lagi. Doakan saya.
2 Responses to Alasan lagi
Agak tercuit membaca entry arwah ammar kali ini. Arwah mmg bersemangat untuk terus menulis.. Namun, Dia telah mengambilnya dulu...
Arwah kata, Dalam Jiwa Hamba wujud sebab mahu ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya (arwah) terutamanya, serta pembaca sekalian.
Alhamdulillah, walaupun arwah dah takde, blog ni still bolh dimanfaatkan dan Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan.
ya...stiap kata2nya tetap hidup...blog yg tetap hidup....
memberi siraman jiwa seorang hamba pada semua yang membacanya...
Allahuakbar....
Alfatihah utk arwah Ammar...
Moga redhA Allah bersamamu..
Something to say?