"Biarpun tubuh seolah mustahil menjejak Palestin, biarlah titisan darah ini jadi bukti tubuh ini menyumbang kepadamu wahai Gaza."Saya pergi semalam bersama Jackster ke tempat program derma darah anjuran Pertubuhan Pengamal Perubatan Arab di Qasr El-Aini. Benar-benar mendapat sambutan yang menggalakkan. Kata orang yang pergi awal hari, ramainya orang hingga hampir bosan menunggu giliran. Gamaknya bila pikir Palestin, biar ajalah sesak pun.
Berbahagialah kamu, Umar dan Golok kerana menyumbang. Moga disisiNya dianggap sebagai penambah berat di timbangan kebaikan kelak.
Sedih sebenarnya. Bukan tuah badan. Kata si tabib tu, tekanan darah saya tidak cukup tinggi. Disuruhnya pusing-pusing minum jus, kemudian datang kembali. Alang-alang bawa senapang kontot terus menembak gambar-gambar di sekitar program.
Program derma darah ini akan berterusan sehinggan esok hari, 7 Januari 2009. Sesiapa yang mahu menyumbang, tidak cukup dengan wang, maka dialu-alukan ke sini. Kalau akhawat kita sanggup berbondong-bondong datang walaupun direject kerna tidak layak, malulah kita warga jantan yang maskulin kununnya.
Pos ini adalah yang terakhir sebelum pepeiksaan. Subjek pertama Pathology bakal dihadapi 17 Januari depan. Doakan saya, juga sekalian warga pelajar di sini.
Salam sensitiviti.
4 Responses to Paket-Paket Darah Yang Diisi
hebat tembakan anta~
moga Allah pandang amal anta untuk Ghazzah dari sisi yang lain..
walaupun bukan darah, sentuhan pena apa kurgnya ~ mampu suntikkan kesedaran..
salam imtihan
tembak dgn 1000D..
masyuk.:D
harapnya begitulah..moga yang terlaksana dikira sbg amal yg bernilai di sisi Allah.
aku dapat wat dlm truck.. xde la dok bwh pokok~ hehe
Ahsantum.
Molek benar. Teruskanlah berkongsi darah nah.
Something to say?