Hari lahir mu.........
By Kalam Puncak
|
Assalammualaikum semua syukur dikurniakan oleh Allah kesihatan dan kekuatan, hari ini 27/7/09 merupakan hari ulang tahun kelahiran anakanda ‘Ammar yang ke-21. Pada hari kelahirannya yang ke-20 ummu telah menghantar sms yang berbunyi seperti berikut:
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 20. Mudah2an angka 2 menyebabkan along lebih matang dalam iman dan takwa"
Tetapi pada hari kelahiranmu kali ini nak, apa yang boleh umi ucapkan adalah doa ini anakku yang amat umi kasihi dan rindui, InsyaAllah nak kita jumpa di sana.
“YA ALLAH KAU AMPUNI DOSAKU DAN DOSA ANAKKU MUHAMMAD AMMAR DAN YA ALLAH KAU JADIKANLAH KUBURNYA SEBAHAGIAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA DAN TEMPATKAN DIA DIKALANGAN ORONG-ORANG BERIMAN”
Memang benar anakku iman dan takwa adalah penting dalam kehidupan ini supaya kita kembali kepadaNYA dalam keadaan yang diredhai, ummi bangga dengan mu nak, wahai anak-anak ummu marilah kita ambil islam cara hidup, kita teguhkan iman dalam hati kita, teruskan istiqamah dalam tarbiyah islam. Akhlak yang baik itu lahir daripada kefahaman iman yang sebenar dan menghasilkan insan yang bertakwa, tidak ada nilai iman jika tidak disertai oleh akhlak .
Ini seperti dibayangkan oleh Rasullulah SAW dalam sabdanya: sewaktu beliau ditanya
“Apakah deen itu?”Beliau menjawab dengan sabdanya: “ (Deen itu) adalah akhlak yang baik.”
(Hadis riwayat Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi secara mursal)
Akhlak merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat . Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnya tidak akan dipercepatkan hisab.
Rasullulah SAW bersabda:
“Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.”
Hadis riwayat Abu Daud dan Thirmidhi daripada Ad-Darda dan Thirmidhi berkata: Hadith ini: Hasan sahih
Kalau kita nak nilai akhlak, dia merupakan intipati untuk beribadat dalam islam, jika tidak ada akhlak maka ibadat itu hanya adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar.”
Al-ankabut :45
Ummu ingin berkongsi dengan beberapa sms daripada berpuluh-puluh sms yang telah diterima oleh kami sekeluarga semasa permergian anakanda agar dapat menjadi pendorong dan semangat untuk kembali mengambil islam sebagai cara hidup kerana kita tidak akan rugi jika akhlak islam dijaga semasa hidup Allah akan memuliakan kita jika kita membantu dalam memuliakan agama Allah dimuka bumi ini.
Sms ini masyaAllah amat memberi semangat dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini, di antaranya seperti berikut:
1.Hrp semuanya telah selesai dgn sempurna. Hati Along asyik teringat kat kak siti. Doa along sekeluarga, arwah d temptkn bsama kekasih2Nya. Yakinlah kak siti, ammar adalah syuhada yg telah dpilih oleh Allah. Tabahkn hati. Dugaan yg amat besar ini telah Allah janji ganjaran yg amat besar. Salam Sayang dr along, nik dan nurin buat k siti, abg zul dan anak2.
2.Slm mkcik, pkcik,sy …… juni0r akhi ammar. Takziah mkcik, pkcik. Akhi ammar pegi dl kdaan mulia. Sume org myebut2 kbaikan beliau d dunia. Moga beliau mjadi bualn pduduk lngit jga. Allah hndak mgingtkan kte yg lupa. Namunwatak utamanya bknlah calang2 org.Moga Allah mnempatkan beliau d syurgaNya
3. Salam pkcik. Sy kwn ammar. Sy sgt mgenali dia. Dia mrupakan seorg yg peramah, b’tnggunjwb dan fikrah yg matang. Insya Allah dia pergi sbgi seorg yg syahid dunia. Hrp pakcik tabah mnerima berita ni. Sy nmpk wajah seorg yg tenang di wjh ammar sblm dia dimandikn. Sy pasti akn rindu sahabt yg baik sepertinya.
4.Salam ukh.Fatimah, moga setabah ibu syuhada’. InsyaAllah, anaknda trcinta tu tlah Allah kurnia syahid mnuntut ilmu.Anti juga Allah bri ganjaran besar, telah mndidik rijal yg Allah redhai. Slm takziah dr kami d johor.
5. Mg umi sekeluarga trus ditingkatkn drjt dcc Allah melalui smua prcturanNya Yang Maha Sempurna. Bl bc blog yg ummi tulis, sy jdi terkesima. Maha Hebat Allah yg menjadikn ummi skeluarga setabah itu. iAllah ummi, redha+ksh syg Allah bkn shj pd y tlh pergi,ttp buat mereka yg sbar dlm ujian...
6.Pemergian arwah ammar yg kita semua kasihi sememangnya mberikn satu perubahn hati dan minda kpd sy dlm mnjdi insan yg diredhai allah...terima kasih sekali lgi ummi...salam
7.Mg terus istiqamah dlm jln ini, dipinjamkan khgtan jiwa Allahyarham utk terus memburu ahkirat,trima ksh ammar, krn melaluinya sy bljar pelbagai perkara, salam ukhuwah fillah.
8.Salam ummu ammar, minta maaf banyak2 kerana saya menghantar msge ini tanpa umi mengenali saya .. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada umi dan juga seluruh ahli keluarga di atas kembalinya arwah ammar ke rahmatullah …semoga umi terus kuat , sabar serta tabah dengan ketentuan dr Allah SWT ini… saya teramat kagum dengan kekuatan dan ketabahan umi. Saya kagum dengan cara umi mendidik arwah ammar…, saya ingin sekali mengenali ummi
9.Umi, saya tak pernah mengenali dengan arwah ammar, namun semenjak dapat tahu berita ammar di internet dan juga blog arwah… saya kagum dengan budi pekerti arwah..umi, saya juga mahu seperti arwah ammar walaupun saya seorang wanita dan masih menuntut ilmu di bumi England ini…penulisan umi dan juga arwah serta sahabat2 arwah yg lain diblog benar memberi kesan kepada saya umi..
10.Saya berdoa semoga umi dan keluarga sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah SWT.. amen..saya ingin menjadi seorang wanita yang solehah umi… laksana anak-anak akhirat…doakan saya wahai umi yg saya kagumi dan kasihi..jaga diri baik2 umi…
11.Saya akan lakukan yg terbaik utk islam dan juga pada ibu dan ayah…. Walaupun saya tak pernah kenal dgn arwah Ammar, namun hati saya sangat2 tersentuh hingga mengalir air mata, ummi sungguh besar pengaruh arwah pada saya … saya berdoa semoga ummi terus kuat dan tabah … terima kasih banyak2 wahai ummi yg amat saya kasihi… jaga diri ummi baik2
12.ummi xknl izh tapi selalu bce cter ttg arwah, izh hrp umi dpt tlg izh m’jd gadis solehah, izh bkn dlm golongan gds2 yg pndi ttg agama tp m’bce ape yg umi tls n story about arwah, buatkan izh ingin b’ubh. Hpfly umi sudi menjadi pendorong izh..
13.Termakbul sdah dpa2 kite sjk ‘mujahdi ammar’ kecil. Keletahannya yg sentiasa mdebarkan hati2 kte masa kecil, kita sering mpanggilnya mujahid. Panggilan yg tidak pernah lekang dr ummu ammar n rakan taulan. Ku tahu, dearian airmatamu wahai ummu ammar …deraian jernih y druangi rasa bahgia dan bangga serta puas kerana kau tahu menjalankan spenuh amanah ‘titipan Allaha’ ini. Sesungguhnya aku rasa bangga dpt bkongsi kasih dgn ammar masa msa mujahid ini kecil dulu.Terima kasih kerana ummu ammar meruangkan aku antara insan yg mbelai ammar dalam pjlnan ammar meraih syahid.Aku bangga spt bangganya ummu ammar . Wahai ummu ammar, kau telah bjaya bjual beli dgn Allah. Kau telah mendpt hasil pulangan y plg mahal …Senyuman kembali pd kekasihnya y menanti diiringi titisan hujan rahmat dr langit dd subuh yg hening…ya di saat hdirnya ke dunia dlu, bgtu jua saatnya ammar di semadikan … kau ummu ammar hebat…tamanmu melahirkan mujahid syahid. Aku hayunkan lg pena ini buat catatan n inspirsi generasi kte n seluruh alam..
14.Salam ukh. Fatimah, moga sntiasa dlm rahmat n redha Allah. Dari jauh ni JB dpt k.ani rasai…, anti tabah dgn ketentuan Allah Maha Suci. Allah yg mganugerahkan rijal deen yg tlh dredhaiNya n pulang mempersembahkan cinta abadi seindah yg diperolehi al-khansa’ dgn syahid putra2nya
15.Salam . Bersabarlah sesungguhnya sabar itu cantik. Semoga Allah gantikan apa yg luput dgn yg lebih baik. InsyaAllah ruhnya berada jln kebenaran.
16.Barang siapa yg beriman dan menerima hakikat bhw Allah x mnjlnkan qada’ dan takdirNya dgn sia-sia, tenteramlah hatinya dan yakinlah disebalik sesuatu yg menyusahkan ada sesuatu yg hanya diketahui oleh Allah Dan mungkin mempunyai kebaikan yg banyak. Omar al telmesani.
17.Aslm, takziah dr ….. didoakan semoga Allah SWT memberi kesabaran, ketabahan utk anti sekeluarga dlam menghadapi ujian dariNya jua, sesungguhnya yg kita ada adlah pinjaman dr Allah swt jua.
18.Takziah pakcik dan makcik akhi ammar pergi dlm keadaan mulia, semua org menyebut2 kebaikan beliau di dunia, moga beliau menjadi bualan penduduk langit juga. Allah hendak mengingatkan kita yang lupa, namun watak utamanya bukanlah calang2 orang. Moga Allah menempatkan beliau di syurgaNya, Ameen
19.Salam pakcik saya kawan Ammar, saya sgt mengenali dia. Dia merupakan seorang yg peramah, bertnggungjawab dan fikrah yang matang. InsyaAllah dia pergi sebagai seorg yg syahid dunia. Harap pakcik tabah menerima berita ini. Saya nampak wajah seorang yang tenang di wajah Ammar sebelum dia dimandikan. Saya pasti akan rindu sahabat yang baik sepertinya.
Wallahu’lam
19 Responses to Hari lahir mu.........
This comment has been removed by the author.
ama hepi besday buddy...
i think we can clbrate our besday tgthr like what we planed..
but ALLAH's plan is much better than us.. so buddy take a god care yah..
i miss u ama..
(speechless) ~
hey ama just now (evening)
i visited u n put a flowers on ur grave..
thts a present from me to u..
take care yah ama... =)
salam ummi,
semoga ummi dan keluarga terus tabah.
"Mati awal itu anugerah untuk ammar.
Allah tamatkan ujian dunia awal untuk dia"
semoga kami semua terus istiqamah dalam tarbiyah islam..
Buat para mujahid & mujahidah luar sana...
Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan
Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara
Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah
Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu
Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini
Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh
..The Zikr..
Salam Ummu...
Semoga Ummu serta keluarga sentiasa berada dibawah pelihara serta rahmat Allah SWT...Ameen
Walaupun, arwah Ammar telah pergi, namun perjuangannya akan tetap diteruskan...
Semoga arwah Ammar digolongkan di dalam golongan orang2 yang beriman serta yang beramal soleh disisi Allah SWT...Ameen
Perjuangan Ammar akan diteruskan Ummu...Doakan kami semua wahai Ummu yang dikasihi...
Jaga diri baik2 Ummu...
Salam dr Preston,Lancashire UK:
-Faiza-
i don't even know you but MasyaAllah, how you touched me is truly amazing and my prayers are not just for you wonderful person but also to your magnificent family :)
happy birthday~
Terima kasih semua atas komen-komen yang diberikan dan doa-doa yang dipersembahkan kepada Illahi moga ini akan memberikan umi ketenangan dan terubat rasa rindu yang amat sangat pada anakanda.
Mudah-mudahan ALLAH akan memperkuatkan lagi keimanan ummu serta keluarga dan anak-anak dan marilah kita berada dalam naungan tarbiyah islam. Oleh itu untuk mengenal islam yang sebenar mari kita kenal jahiliyyah dahulu (boleh baca di web langit illahi)dan bolehlah kita pertingkatkan diri menuju kepada islam sebenar dan keimanan yang mantap.
Mudah-mudahan anak-anak berada dalam lindungan illahi selalu, INSYAALLAH.
Wasalam.
trime kasih krane doakan kami juga ummi.. harap ummi slalu sht..
kami pon sntiase rindu kan ama TT
Wajah mujahid y dipaparkan amat mencuit rasa..Ah!....rupanya keletah 'ammar tidak pernah berubah sejak kecilnya...periang dan meriangkan alam sejagat. Sahabatku, kau ibu yang beruntung...kau dikurniakan dengan kelebihan yang banyak olehNya...kau dapat mujahid syahid. Biarlah kau terus berselimut dengan kerinduan pdnya..sebab selimut itu sentiasa menghangatkan perjuangan....
bergenang air mata ini...
Benar perjuangan harus diteruskan.
Mendaulatkan deen Allah s.w.t.
Ummu sekeluarga dan sahabat-sahabat Ammar sekelian. Sekalah air mata kerinduanmu kpdanya. Teruskan apa yang ditinggalkannya. Ana yakin dia akan lebih berbahagia kalau kematiannya menyalakan obor iman dan nyala jihad di hati kita semua. Yakinlah Ummu Ammar, perpisahan ini sementara cuma. Kita semua akan menyusulnya satu waktu nanti. Yang saat dan detiknya hanya ada dalam ilmu Allah s.w.t. sahaja.
Jika hatimu digamit rindu, bacalah ayat-ayat Allah smoga lantunan ayat-ayat suci dapat menenangkan dan mendamaikan hatimu.
Jadikanlah diri kita anak-anak akhirat yang hangat cintanya mencari akhirat.
Wassalam.
Ummu 'Ali
Jazakummullah kedua2 sahabatku,
MasyaAllah memang kerinduan terubat bila membaca ayat2 Allah, sebab kita yakin dalam ayat2 Allah memang dijanjikan kenikmatan kepada hambanya yang beriman dan sentiasa berada pada jalanNYA.
Memang 'Ammar melihat kita dari jendela ahkirat melalui pembacaan ana dalam buku ROH tulisan Ibnu Qayyim, penterjemah Syed Ahmad Semait.
InsyaAllah Ummu akan berkongsi pada entri seterusnya agar memberi motivasi kepada kita supaya sentiasa berada pada jalan Allah. Rupanya dia lebih "advance" daripada ummunya.
Wallhu'alam.
Sungguh kita tak tahu dengan pasti kualiti diri seseorang itu, hatta anak-anak darah daging kita sendiri.
Masyaallah, sehari demi hari hakikat diri Ammar (kualiti iman, ilmu dan taqwanya) mula terserlah pada kita semua. Dan juga hikmah pemergiannya semakin lama, semakin difahami. Yakinlah Allah swt sebaik-baik pengurus dan pengatur hidup kita. Tidak ada sesuatu pun yang berlaku dengan sia-sia, tanpa hikmahNya yang begitu luas tak terjangkau oleh aqal fikiran kita yang sangat-sangat terbatas.
Maha Suci Allah Rabb Semesta Alam.
salam...for criest...am speechless wen i used to read ur comment n wishes fer ama besday...:""( anyway...be strong!!!!:( we shall pray fer him...n may ALLAH give him lght n peace in his grave n a gft of jennah amin..
for ummu ammar:..:""""( only tears can xplain ma feelings...i cant think of any simplen werds to say out...may ALLAH give ummi a gift of jenna ferdous..amin
salam...ummu ammar, saya tidak pernah mengenali ammar,dan tidak pernah mahu mengenalinya, namun kenapa pemergiaannya amat memilukan hati ini,air mata mengalir tanpa dapat ditahan,kerinduan padanya tertahan-tahan di hati.ingin berjumpa dgnnya.kenapa yea ummu ammar? rasanya ALLAH juga menanti kepulangan hambanya ini.
Salam,
Ummu yakin ini adalah anugerah Allah kepadanya, semua orang merinduinya walaupun tidak mengenalinya, atau mengenali sedikit2, malahan yang amat mengenalinya apalagi keluarganya, kami semua merinduinya, tetapi ummu yakin Allah menganugerah kepadanya satu keberkatan kerana ada orang mencintai islam selepas kematiannya dan insan itu amat yakin akan kematian itu boleh datang bila2 dan beliau telah menjadi seorang yang lebih menjaga auratnya apalagi ingin mendalami islam.
Wallahu'alam.
slm ummu.. tiada ape yg dpt saya coretkan di sini... sy hanyalah insan biasa.. keluarga sy, walaupun semua bersekolah arab, tp jiwa kami tak sehebat jiwa keluarga ummu... sy sndiri sudah berusia 21 tahun, tp masih tak mampu menjadi pemimpin sprt ammar... masih malu2 nk berdakwah... sy malu pd semua.. keluarga sy jg tak mengamalkan 'usrah' sprt yg diamalkan oleh kebanyakan pelajar...maksud sy, usrah seperti mengikuti haluan, pas atau jim.. tp sy amat syngkan islam.. sy amat inginkan syurga allah... tp jiwa sy kurang 'rajin' utk mengikuti usrah krn stiap kali cuti semester, sy lebih suke menjenguk ibu dan ayah di kampung..pd pendapat ummu,apakah sy berdosa?
Salam Tasnim,
Ummu bukanlah orang yang layak untuk memberi hukum dosa ataupun tidak.
Menjenguk keluarga di kampung adalah satu tuntutan yang mesti kita tunaikan. Kita mestilah sayang dan cinta kepada kedua ibubapa dan keluarga disamping cinta kita kepada Allah dan rasul yang utama.
Mengenai berada pada jalan tarbiyah juga dituntut, tiada cara yang paling baik untuk mendekati Allah dan rasul iaitu melalui jalan ini. Marilah kita melihat dan mengikuti generasi awal yang mereka ini dididik kekuatan iman oleh rasullulah dan al-quran menjadi panduan yang utama.
"Kami adalah satu kaum yang dianugerah iman sebelum dianugerahkan alquran"
"Ibnu Ummar RA"
Generasi ini dididik dgn iman, bila ayat alquran diturunkan mengenai pengharaman arak maka arak yg berada didlm mulut mereka diluahkan dan yg berada dlm tempayan mereka pecahkan dll.
Kita nak didik diri kita (ummu juga masih lemah) supaya peka dengan perintah dan suruhan Allah, maka marilah kita berada bersama-sama sahabat2 yang boleh saling ingat mengingati.
Wallahu'alam.
syukran kathir ummu. insya allah selagi ade peluang, sy cube baiki diri. sejak 'kehilangan' ammar, sy rase hidup sy lebih 'terpandu' ke jalan allah. ape jua yg sy lakukan, sy sntiase sedar diri sy semakin menuju ke akhir usia. sy jg dpt rasekan hidup semua org sekarang lebih tertumpu ke daerah sane. dan sejak kehilangan itu, sy jg lebih sayang pada semua.
sy betul2 bimbang andai kate sy tidak layak ke syurga allah. sungguh, sy amat takut pd seksa-Nya. walaupun sy sedaya upaya telah menjauhi maksiat, tp sy takut andai kate dosa sy yg menggunung adalah kerana sy 'tidak menegur' kesilapan kawan2. sy lemah, ummu. sy hanya tegur bile sy telah rapat dgn mereka. sy jg bukanlah org yg bermulut manis, pandai berkata2, tp sy amat syngkan semua, dan sy ingin bersama2 mrk di syurga kelak.
maafkan sy, ummu.. ini sekadar luahan sy, insan yang lemah.
Something to say?