Muhasabah diri.....
Hari ini merupakan hari yang ke – 26 Arwah “Ammar meninggalkan kita , marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada beliau.
Kelmarin ummu dan keluarga telah meletakan batu nisan di kuburnya, perasaan pilu dan sayu tidak dapt dibendung lagi kerana ummu menjangka bahawa batu nisan ini sepatutnya diletakan oleh beliau kepada ummu dan abahnya. Tetapi itulah ketetapan Allah yang sesiapa tidak dapat lari jika masanya telah tiba.
Benarlah ayat Allah seperti firmanNYA:
“........Dan sekali-kali tidak dipanjangkan seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lawh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi ALLAH adalah mudah.”
(Surah Fatir ayat 11)
Kita kena yakin dan hendaklah merasai ini satu peringatan ALLAH kepada kita dengan mengambil orang yang kita sayangi. Ummu menyeru semua yang membaca blog ini marilah kita semua jangan leka hidup di dunia ini dan jadikanlah dunia ini sebagai ladang ahkirat seperti yang di jadikan motivasi pada diri anakanda ‘Ammar iaitu “Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.”
Inilah balasan ALLAH untuk mereka yang mencari kehidupan akhirat di dunia ini seperti firman ALLAH yang bermaksud:
Keadaan orang-orang mukmin di Syurga
“(40) Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum. (41) Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan. (42) Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. (43) Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran. (44) Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (45) Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya. (46) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (47) Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (48) (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (49) (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. (50) Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). (51) katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? (52) Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? (53) (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)? (54) Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang. (55) Dia pun (menempelaknya dengan) berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. (56) Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab). (57) (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi. (58) Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa? (59) Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. (60) Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)”.
“Surah As-Saffat ayat 40 – 60”
10 Responses to Muhasabah diri.....
Al-fatihah..
Moga kita semua trus beramal utk akhirat sana..
(31:8-9).“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka mendapat syurga yang penuh dengan kenikmatan. Mereka kekal di dalamnya, sebagai janji ALLAH yang benar,dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
2:153). “ Wahai orang-orang yang beriman, Mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH itu bersama-sama dengan orang yang sabar”
Wallahu3alam..
allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..allahumma adkhilhu jannatal firdaus..amiin ya rabb.
Al-Fatihah.
Semoga saya dan juga kawan-kawan diberi kekuatan untuk menjadikan dunia ini sebagai ladang ahkirat.
Cemburu rasanya dengan arwah ammar. Umurnya masih muda, tetapi pemergiannya benar-benar membuat saya berfikir dan insaf.
Sungguh kehidupan akhirat itu kehidupan hakiki..
Salam kak,
saya nak mintak sedikit nasihat cara2 didik anak dari kecil supaya jadi mcm arwah amar. terima kasih
Al-Fatihah buat Allahyarham.
Semoga ummu dan keluarga terus tabah. ALlahyarham benar2 memberi inspirasi pada pembaca semua dengan akhlaqnya yang baik. Tidak pernah saya baca keburukan yang diceritakan oleh sahabat2 beliau selain kebaikan beliau. Alhamdulillah, hasil didikan ummu dan abahnya juga.
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh solehin serta mujahid. Ameen.
tulisan ummu 'ammar meredakan kerinduaan y xbertepi ini. Air mata terus mgalir bla tkenang n rindu padanya. bgitu cpt 'ammar pegi ye. trasa bagai kelmarin bsamanya bkejar..bgelunsur..terjun kolam di taman sri bunut. Baru ptg marin ke rumah 'ammar ...sembang2 ...memerhatikan 'ammar main Lasy.....
ya..la....kertas ujian Allah utk kte berbeza ya , sahabatku..namun marilah kta saling menggalas n menyokong meringankan beban jiwa nan rindu...mujahid syahid.
Salam buat Ummu Ammar serta Keluarga..
Subhanallah, betapa sayangnya sahabat-sahabat pada Ammar.. SubhanaLlah, betapa melimpahnya sayang Ummi pada Ammar.. SubhanaLlah, betapa tak terhitung kasih dan sayang Allah pada Ammar.
Seronok tengok semangat Ummi, keluarga dan sahabat untuk teruskan perjuangan Ammar.. Semoga Allah berkati kalian dan memberikan Ganjaran yang sebaik-baiknya buat kalian..
teringin saya nak kongsi sebuah sajak karangan Syed Qutb buat renungan kita yang masih hidup..
~Sajak Syed Qutb~
Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutb-1966
p/s : semoga dia sedang melihat kita dari jendela akhirat..
Wassalam..
anak ummi jugak..=)
Mohd Faizal Bin Mahyuddin
Alhamdullilah atas kata-kata semangat antum,
Mudah2an Allah bagi kekuatan dan semangat untuk menulis. Banyak lagi untuk dikongsi tapi masa terlalu cepat berlalu.
Kepada gonggong019 kak tak rasa ummu yang terbaik untuk mencoret cara mendidik, tapi kak yakin ini adalah anugerah Allah terhadap keluarga kami. Allah anugerah dia sifat terbaik ayah dan ummunya disatukan dalam jiwa hamba 'Ammar dan dgn jalan biah solehah yang dia alami di nursery (mizjana), di bawa ke program2 ilmu sejak kecil, sekolah rendah di sekolah Sri Aman kemudian ke MATRI dan disana beliau pandai memilih mutiara-mutiara jernih yang digenggam, dihadam dan ditelan sehingga melahirkan jiwa yang suci dan ikhlas dan pengabdian hanya pada Allah maka lahirlah akhlak Muhammad 'Ammar seperti yang diperkatakan oleh shbt2 beliau.
Wallahu'alam.
Salam semua pembaca,
Sekadar nak menambah atau nak memperkukuhkan lagi apa yang ditulis oleh Ummu Ammar. Perlu ada tiga perkara yang menjadi prasyarat kepada pembentukan pribadi Muslim Mukmin yang soleh/ solehah iaitu:
* 'aqlun zaki - akal yang
cerdas dan pintar
* qalbun salim - jiwa yang
suci dan bersih
* biah solehah - suasana
sekitar yang baik
Nampakya semua faktor di atas ada pada diri Ammar. Moga arwah menjadi
qudwah kepada generasi muda Muslim hari ini.
Terbukti hanya Tarbiyah Islam sahaja yang boleh melahirkan insan soleh walaupun di tengah-tengah gelombang arus jahiliah yang sangat kuat dan pekat ketika ini.
Moga ummu Ammar dan keluarga terus bersabar dan berjihad di jalan Allah s.w.t.
Ummu 'Ali
semoga dicucuri rahma Allah
mois2009.blogspot.com
Something to say?