Mengingati 10 hari Kematian Allahyarham 'Ammar
Alhamdullilah Allah bagi kekuatan Ummu untuk kembali berkongsi rasa dan sebagai wadah untuk berkongsi ujian yang ALLAH telah berikan kepada ummu sekeluarga. Hari ini merupakan genap 10 hari arwah ‘Ammar telah kembali bertemu ALLAH Yang Maha Esa, terasa seperti kelmarin berbual dengannya.
Dalam ruangan kali ini ummu ingin berkongsi rasa kegembiraan balasan pahala bagi orang kematian seorang anak sebagai satu motivasi kepada diri ummu sendiri atau sesiapa yang telah merasainya.
Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:
“ Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.”
(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)
Anas bin Malik pula berkata, bahawa Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:
“ Bila aku telah menimpakan musibah atas hambaKu, baik kepada badannya, atau kepada hartanya, atau kepada anaknya, lalu ia menerima semuanya itu dengan penuh kesabaran dan penuh pujian ,maka Aku merasa malu pada hari kiamat untuk menimbang amalnya,serta membuat perhitungan kepadanya.”
(HR. Ibn a’di)
Hasan Basri bercerita: Ada seorang lelaki yang merasa sangat sedih kerana kematian anaknya, lalu memberitahukan hal itu kepada Hasan, maka Hasan berkata kepadanya: Dalam kehidupan sehari-hari, pernakah anak kamu pergi darimu? Maka lelaki itu menjawab: Pernah! Apakah perginya itu lebih lama dari adanya dari rumahmu? Lelaki itu menjawab: Ya! Maka Hasan kembali berkata: Anggaplah pada saat ini ia sedang pergi darimu! Ketahuilah olehmu, sesungguhnya tidak ada pemergian yang lebih baik dan lebih bermanfaat daripada pemergiannya pada saat ini. Maka lelaki itu berkata: Wahai Hasan, sesungguhnya kamu telah banyak meringankan beban kesusahan hatiku kerana kematian anakku itu.
Bersama-sama diabadikan gambar kenangan keluarga bersama-sama arwah ‘Ammar semasa beliau pulang berhari raya di sini pada tahun 2008 dan dilapangan terbang KLIA sebelum pulang ke Mesir.
Ummu seorang yang lemah dan cuba menyakinkan diri bahawa orang yang bertakwa akan selalu mendapat jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya masalah yang sedang dihadapi seperti firman Allah yang bermaksud:
“............. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.........”
( At-Thalaq : 2-3)
26 Responses to Mengingati 10 hari Kematian Allahyarham 'Ammar
betapa ummi seorang ibu yang tabah....
ya Allah, berkati ibu ini
semoga ketabahan ummi saya dapat contohi...
ummi..
terima kaseh..
=)
tidak mengenalinya namun hati ini begitu tersentuh dengan pemergiannya..beruntunglah ummi sekeluarga punya mujahid muda..
Alhamdulillah.. teruskan menulis Ummi... ana akan terus membaca..
dan saya nak kongsi ayat ni..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [2:286]
Insya Allah. Semoga ummi terus tabah. teruskan mencoret sesuatu untuk tatapan kami, sbg peringatan bersama. Jazakillah.
Salam..semoga Allah memberikan kekuatan hati dan kesabaran kepada ummu Ammar & ahli keluarga - dalam menempuh ujian ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Ummu sangat tabah,
dan Allah tahu Ummu sangat tabah,
pasti Ammar sangat bangga melihat Ummunya begitu tabah lantas berdoa buat Ummu secara terus dihadapan Tuhannya..
Ummu sangat bertuah! Subhanallah!
segala puji bagi Allah krn tlh meneguhkan jiwa n iman ummi seteguh kedudukkan almarhum ammar dirahim ummi wkt ketika dulu...
kesabaran ummi nie menyebabkan almarhum ammar menerima puji2an dr para malaikat di alam bazarkh tue krn mempunyai seorg ibu yg solehah n redha atas ujian tuhannye...insyaallah.
Alhamdulillah..
ana doakan laman ini terus mekar dgn sentuhan ibu sperti ummi..
teruskn mencoret..kami anak2 perantau menginginkan..
Assalamualaikum...
teruslah menulis untuk blog ini.
moga ia terus hidup dengan tazkirah2
dan catatan2 pengalaman ummi mendidik Allahyarham Ammar. Moga bermanfaat untuk panduan generasi muda kita mendepani cabaran abad ini..
melahirkan ramai lagi mujahid2 pembela ad-Deen Islam seantero dunia..InsyaAllah
Ummu 'Ali
Salam ummi.. Semoga ummi terus tabah meniti hari-hari yang mendatang.
Ummi, teruskan menulis.
Mudah-mudahan ia dapat mendidik hati-hati kami ini. InsyaAllah..
Waalaikumussalam semua,
Kepada semua yang respon dan memberi semangat untuk Ummu menulis, jazakillah. Mudah-mudahan Allah akan memberi ana kekuatan dan istiqamah untuk berada di blog ini.
Kepada sinar-islami,
Ummu ucapkan jazakillah kepada keluarga kerana sudi menziarahi kami sekeluarga dan juga buah tangannya, mudah-mudahan ini merupakan terbentuknya ikatan ukhuwah di atas pemergian 'Ammar yang ummu amat sayangi yang benar-benar memberi kesan dari segi ukhuwah dan hidup ummu. Pemergiannya banyak perkara yang telah mengubah hati ummu........... nanti syer dalam blog seterusnya.
Wasalam.
Assalamualaikum...
blog ini akan dijadikan tazkirah dan santapan minda kepada kami yang kadang kala lalai dengan urusan dunia,pemergian Allahyarham cukup memberi kesan kepada kami kerana Allahyarham adalah ikon untuk dina dan hazim, catatan2 pengalaman serta kejayaan ummi dan abg zul mendidik Allahyarham Ammar dan 6 lagi cahayamata akan kami jadikan contoh,panduan dan ikutan dalam mendidik anak kami,teruskan menulis kerana kami adalah pengujung setia kalam-puncak...jasni/irma
Khas BUAT blogger teggar yg hasad pd arwah:
Arwah Ammar merupakan anak harapan dan kesayangan kedua org tuanya...
Bukan seperti org itu yg x disenangi oleh kedua org tuanya...........
Arwah Ammar disayangi oleh ribuan manusia...
bukan seperti org itu yg hasad terhadap Ammar dan di benci oleh ramai org termassuk sahabat2nya sendiri....
Demi Allah andai kau mati, x kan ku bazirkan air mataku n masaku utk bercerita tentangmu....
Sedarlah wahai org yg d benci.....oleh ramai manusia........
Khas BUAT blogger tegar yg hasad pada arwah:
Hmm...Seperti yg aku jangka...
anta x pernah berubah walaupun telah beralih kpd bidang penulisan...
sentiasa merasakan diri lebih baik daripada org lain....
Merasakan org lain salah dan anta sahaja yg betul...
Itulah sebab n punca UTAMA anta di benci kawan dan lawan...
Dri dulu sampai sekarang....
Memang indah gaya bahasa anta menulis mengenai sahabat, ukhwah dan kasih syg kerana Allah...
tetapi itu hanyalah pada persepsi anta sahaja...
Anta "syok sendiri" sahaja...
Sesungguhnya ramai dikalangan sahabat/kawan n kenalan anta yg x senang dgn anta...
hatta ibubapa dan adik anta sendiri...
Mereka x pernah menyayangi anta sepenuh hati...
Anta x pernah di kasihi sepertimana arwah Ammar di kasihi oleh kawan2/sahabat/kenalan2/guru2 dll...
Andai anta mati sekalipun...
X akan ada org yg bersedih utk anta sepertimana org2 yg bersedih atas pemergian arwah AmmarZ..
Moga Allah memberikan pada ana kekuatan utk mengashi anta KERANA ALLAH...
ni apehal plak 2 komen kt atas ni...
berbaur "perselilihan n perpecahan" jer...
Dah la x dedahkan identiti....
Jgn bt kacau kt cni....
Harap ummu Ammar delete 2 komen d atas....
salam...
speechless~
xtaw nak menggambarkan betapa hebatnya pujukan Allah yang telah berjaya menenangkan hati Ummi+ keluarga.
Kami juga ingin menjadi sehebat ini!
Allah~
salam ukhwah buat Ummu 'Ammar
Salam...
Tahniah dan terima kasih buat Ummu mengambil alih blog yang Ammar tinggal. Insyallah,dengan komitmen dan ikhlas Ummu terus menulis dan memberikan nasihat kepada kami,ana doakan ia menjadi ladang pahala jua buat anak tersayang disana.
Teruskan menulis dan mendidik. Ana mahu kongsi tips dari Abu Saif jika mahu menjadi penulis yang bagus
Membaca
Mengkaji
Memahami
Lebih ramai "Ammar" menunggu sentuh Ummu dalam melahirkan mujahid-mujahid muda.
Seeru Ala Barakahtillah
p/s: Dah elok pun article ini.Boleh tu menulis..keep it up
Ya Allah..ummi sungguh redha menerima ketentuan ini. Sebagaimana arwah Ammar berjaya melaksanakan amanahnya di muka bumi ini, saya yakin ummi juga telah berjaya di dalam ujian Allah ini. Alhamdulillah. Teruskanlah menulis ummi..moga memberi manfaat untuk kita semua.Didiklah kami juga ummi biarpun secara maya.
Tahniah dan terima kasih Ummi.. terubat rindu kepada seorang yang dihormati tatkala melihat blognya masih hidup..walaupun beliau telah pergi.. apalagi melihat rakaman tazkirah beliau.. Kalau ummi tak kesah.. hajat sangat nak copy@download rakaman ini.. satu pengisian yang hidup dan menghidupkan..
Salam sayang,
Anak di rantauan UK
Assalamualaikum WBT Ummu dan keluarga, serta para pembaca.
Bismillahirrahmanirrahim.
Riwayat Abu Musa al-Asy'ari tentang sabda Rasulullah:
" Ketika mati anak seorang hamba, Allah bertanya kepada para malaikat, 'Kalian cabut nyawa anak hamba Ku?'. Mereka menjawab, 'Ya'. Allah kembali bertanya, 'Apa yang dikatakan hamba Ku?'. 'Ia memuji dan berserah kepada Mu'. Maka Allah berfirman, 'Dirikanlah sebuah syurga untuk hamba Ku ini. Dan namailah rumah itu Rumah Pujian (baytul-hamd)" -HR Tirmidzi.
Rasulullah ketika menghadapi kematian anak-anak lelaki Baginda berkata..
" Air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi lisan hanya boleh mengucapkan yang membuat Allah redha. Kami sungguh bersedih atas kematianmu, wahai ..... (Baginda menyebut nama anak2 Baginda)"
Saya pasti Ummu dan keluarga redha dengan pemergian arwah Ammar kembali mengadap Allah, kekasih yang Agung.
Sekadar berkongsi hadith diatas utk membesarkan hati Ummu dan keluarga. InsyaAllah akan ada lagi perjumpaan kalian dan kita semua di Syurga Abadi. Ameen ya Rabbal Alameen.
Ummu dan keluarga serta para pembaca yg diberkati Allah, mari kita buru ganjaran Syurga itu.
Semoga Arwah dilimpahkan rahmat di alam sana. Dengarlah doa penduduk bumi ini Ya Allah..Ameen.
Salam sayang buat ummu.
Love,
Deela.
Assalamu'alaikum w.r.th buat Ummu Ammar sekeluarga dan semua pengunjung setia blog ini.
Sekadar nak berkongsi, saya terjumpa gambaran syurga dalam sebuah Hadis Qudsi petikan dari Kitab Imam al-Ghazali al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah.
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai manusia,kenapa kamu gemar terhadap dunia yang fana yang akan hilang serta kehidupan yang sementara. Sesungguhnya orang yang taat itu akan memasuki syurga melalui lapan buah pintu.
Di dalam setiap syurga itu terdapat 70 ribu buah taman. Pada setiap taman itu terdapat 70 ribu istana daripada permata dan 70 buah ribu mahligai yang dibuat daripada zamrud. Pada setiap buah mahligai itu ada 70 ribu buah rumah yang dibuat daripada emas yang berwarna merah. Pada setiap buah rumah ada 70 ribu buah bilik daripada perak berwarna putih dan pada setiap buah bilik ada 70 ribu hidangan yang dihidangkan dengan pinggan daripada permata yang disertai dengan 70 ribu jenis makanan.
Di sekitar bilik itu ada 70 ribu buah katil yang dibuat daripada emas dan di atasnya ada hamparan daripada sutera. Di sekitar setiap katil itu ada 70 ribu batang sungai daripada air sejuk, susu, madu dan khamar.Di tengah-tengah sungai itu ada 70 ribu jenis buah-buahan.
Di dalam setiap istana itu ada 70 ribu buah khemah daripada urjuwan dan di atas setiap buah istana itu juga terdapat 70 buah kubah-kubah yang mana disediakan 70 ribu hadiah daripada Allah yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak terlintas di dalam hati, buah-buahan, daging-daging burung dan apa yang mereka pilih dan inginkan.
Para pelayan dan bidadari yang cantik seperti permata yang putih melepak dan bermata jeli laksana permata yang tersimpan. Demikianlah ganjaran terhadap apa yang mereka kerjakan di dunia, mereka tidak akan mati, tidak merasai kesusahan, tidak berdukacita, tidak berpuasa, tidak sembahyang, tidak sakit, tidak buang air dan kecil di dalamnya. Mreka juga tidak akan keluar daripadanya selama-lamanya.
Maka barangsiapa yang menuntutnya dan yang mengingati kemuliaan, kemurahan dan nikmatKu, hendaklah dia menghampiriKu dengan bersedekah, memandang rendah dunia dan merasai cukup terhadap benda-benda yang sedikit'
Subhanaallah, begitu menakjubkan gambaran syurga Allah.
Marilah kita sama-sama menghayati dan merenungi kata-kata arwah "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat .Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
Moga perkongsian ini dapat membahagiakan hati Ummu dan Abu Ammar. Arwah Ammar sedang berbahagia di sana. Menanti ummi dan abahnya menyertainya satu hari nanti. Giliran kita pula semua beramal seikhlas hati, berubudiah hanyasanya kepadaNya. Moga kita juga menjadi insan pilihan yang dapat merebut redhaNya. Ameen. Ya Rabbal'alamin
Ummu 'Ali
assalamualaikum ummi..takziah sy ucapkan..sesungguhnya ummi ibu yg sgt tabah.bersabar ats dugaanNya...Allah lebih menyayangi ammar..sy tk mengenali ammar cume mengenalinya stlh mbaca surat khabar..tp ble dh bace blog nie..terasa seolah2 sy sgt mengenalinya..dgn keperibadiannya..betapa disenangi semua...sy doakan ammar selamat di sana..dan buat ummi..tabahlah
slm...benar kate akh 'kalampenerus'...
sape yg nk wat perpecahan tu?
sape blogger tegar yg hasad kat ammar?
hidup kite terlalu singkat utk semue tu..
same2 baiki diri..
ya allah, kumpulkan kami d syurgaMu..
Kata2 blogger tegar bagaikan merujuk pada saya..(betul2 terasa),
walaupun kata2 blogger tegar merujuk pada dirinya sendiri...
Kami hasad dgn Arwah 'Ammar..
tapi apa usaha kami untuk mengatasinya?
al-Fatihah
Something to say?