ALHAMDULILLAH,selesai akhirnya. Habis exam,habis tahun 2.

Refleksi balik perjalanan tahun akademik saya, segalanya sekadar di tahap memuaskan. Sikap berlengah dan bertangguh menyeksa diri. Tiada guna. Padahnya di saat akhir menjelang peperiksaan.

Baru-baru ini, pernah terbaca dalam blog seorang rakan berkenaan exam. Peluang untuk analisa diri dan bermuhasabah. Ye la, banyak masa kita berseorangan . Dari berangan baik tinjau diri.

MUMTAZ: SATU PERSOALAN

Duduk-duduk bersembang dengan C(bukan nama sebenar), tiba-tiba terpacul dari mulutnya, “Penting ke dapat Mumtaz ni?”.

Kami masing-masing berpandangan. “Nak kena pelempang ke apa ni? Study macam nak rak, tanya soalan camni.”bisik hati.

Walaubagaimanpun jika diselidik balik,adalah tidak adil untuk mendakwa yang terbaik dalam pelajaran adalah bergelar Mumtaz.

Dan juga tidak adil jika mereka ini disanjung-sanjung dan yang gagal dijuihkan bibir kepada mereka.

Meniliti kehidupan seorang mukmin yang dituntut baginya adalah usaha yang sebaik mungkin bagi menggapai kejayaan. Si mukmin itu yakin bahawa yang diganjari oleh Allah adalah usahanya bukan pangkat CGPA 4.0, jua Mumtaz dan seangkatan dengannya.


Saya petik apa yang dimuatkan oleh Imam Syafie kitabnya Ayyuhal Walad berkenaan murka Allah terhadap hambanya ;

“Wahai hambaKu! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia terhadap dirimu,tapi tidak pernah engkau peduli akan tepat pandanganKu walupun hanya satu saat.”

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kita-kita medik, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.

ALLAH!