Mumbai ke Dubai?
"Ish, sejuknya air ni. Takkan dah masuk sejuk kot?"getus hati bila nak bersuci pagi tadi.
Keluar sahaja rumah ke kuliah seawal jam 7 pagi, angin dingin mengusap-usap kulit. Terus receptor menghantar isyarat sejuk ke otak. "Sejuk giler..".
2 bulan pulang bercuti, kini kembali ke bumi Mesir. Lega rasanya musim panas yang menyebabkan tidak boleh tidur malam akibat rumah yang berkuap, sudah berlalu. Selesa cuaca begini, siang harinya tidak terlalu terik. Tak pijar.
Rupanya sudah masuk tahun 3. Kalau tahun 3 di USIM disebut tahun profesional, tak tahu la kenapa kena profesional. Sejak kaki dijejak ke kelas 2 hari lalu, sebetulnya saya agak terkejut. Ilmu baru yang tak dapat diproses, diterima bertalu-talu. Lalu ia terlonggok dan terus tensi. Mungkin mindsetting yang tidak jelas serta pelajaran-pelajaran tahun lalu yang habis terlupus menyebabkan ini terjadi. Moga Allah bantu untuk saya kembali bertapak di bumi Mesir ini.
Perjalanan baru-baru ini untuk kembali ke Mesir memang menyeronokkan. Saya bersama 3 rakan saya berpeluang untuk transit di Dubai. 3 jam asalnya. Tapi setelah dimohon untuk stop over, 36 jam masa yang kami ada untuk menjelajah Dubai.
Dubai merupakan salah satu negeri daripada UAE, merupakan negara yang mempunyai 90% orang asing. 42.3% % daripadanya adalah India, 17% adalah Filipina selebihnya Orang Putih, Bangladeh dan Pakistan. Terus terang saya beritahu, Dubai hampir kelihatan seperti Mumbai. Anda akan mudah untuk melihat orang India di jalanan, di tempat-tempat peranginan, kedai-kedai makan, salesman, surat khabar dan majalah Tamil serta macam-macam lagi.
Dubai oh Dubai. Kerana terlalu obses untuk memodenkan bangunan habis diimportnya pendatang-pendatang ini untuk bekerja di sana. Harapnya di Kuala Lumpur, tak terlambak pekerja-pekerja asing di sana.
Alhmdulillah Burj El-Arab, Burj Dubai, The Palm sudah dilawati. Kagum tapi hampa. Kecewa kerana kekayaan sebegini tidak dilaburkan pada saudara-saudara Muslim yang amat memerlukan bantuan. Palestin yang menderita tidak ditolong, duit sahaja terlabur untuk pembangunan material yang tidak ke mana. Begitulah kesan kapitalisme di negara-negara Arab oleh barat, dipecah-pecahkan negara lalu disuntik pula doktrin Nasionalisme. Lalu yang mereka peduli hanyalah suku kaum sendiri, kenyang perut anak beranak serta kembung dan berat uncang duit. Inilah yang dapat kita lihat bila Islam itu tidak lagi menguasai alam.
Cukup 36 jam, masa dah tiba untuk pulang. Sekali lagi kejutan. Flight was overboard! Kerana masalah teknikal, kami pula jadi mangsa.
Kami terpaksa untuk tinggal sehari lagi di Dubai. Harus diakui, sebenarnya saya tersengih bila diberitahu kami harus bermalam di Dubai. Lega tak perlu balik awal ke Mesir. He he.
Emirates akan menyediakan hotel, serta kupon makanan percuma di sana. Sebagai pampasan, kami diberi tiket percuma yang bertempoh setahun. Ke Dubai lagi! Rezeki kami. Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan.
Apapun, sekarang sudah masa untuk merancang. Merancang dan merencana. Diri ini perlu pergi lebih jauh supaya sifat mukmin yang sentiasa memperbaiki diri, dapat dipenuhi. Pelajarannya, persatuannya, DnTnya, kesihatannya dan macam-macam lagi harus dikehadapankan. Moga Allah mudahkan.
Masa untuk mengorak langkah!
5 Responses to Mumbai ke Dubai?
menarik r hidop ko...
go amar go!
wahh..u hv nice life there..lame x jumpe..really miss u brother..hope we cn meet nxt time..-4 skawan, sri aman-
hope u hv nice life there
salam 1 addeen
semoga ape jua yang telah akh ammar lakukan hanyalah untuk mendapat redha ALLAH s.w.t.
semoga kuburmu menjadi taman dari taman - taman syurga. syahidnya seseorang di jalan ALLAH nescaya dia tidak mati di sisi TUHANnya bahkan hidup.
takbir3x
Something to say?