Ummu Allahyarham ‘Ammar berbicara
Umi rasa mahu berbicara dalam blog ini kerana ingin berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Allah izin umi telah ditarik nikmat tidur yang dirasai selama ini maka cemburu rasanya pada semua orang sekeliling yang nyenyak tidur dibuai mimpi.
Tidak mengapa umi dan pakcik serta keluarga redha dengan pemergian ini kerana kami yakin terhadap firman Allah SWT bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhannya, dan meraka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Baqarah: 156 – 157)
Firman Allah SWT bermaksud:
“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
(At-Taghabun:11)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullulah saw bersabda: "Allah Taala berfirman:
"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapat syurga."
(Riwayat Bukhari)
Ya, Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengkabulkan doanya, inilah sumber kekuatan kami sekeluarga.
Kekuatan umi datang setelah ketibaan jenazah anakanda, umi tidak rasa untuk menanggis teresak-esak cuma-cuma kadang-kadang tertitis mutiara-mutiara jernih diatas pipi tapi umi mampu bercakap walaupun penantian cukup lama iaitu selama 3 hari menunggu barulah kunjung tiba dan jenazah anakanda tersayang yang singgah hanya sebentar sahaja dirumah iaitu tidak lebih dari 1 jam. Umi yakin ini kurniaan Allah kerana doa dan sokongan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, sahabat-sahabat Arwah dari jauh dan dekat yang telepon dan sms. Cerita lanjut bolehlah lihat di sini.
Pengalaman ini telah menjadi sumber kekuatan kepada adik-beradiknya supaya lebih peka, menjaga ukhuwah antara keluarga, rasa tanggungjawab untuk meneruskan dan melalui proses tarbiyah seperti yang abang mereka lalui dan mereka yakin beliau merupakan tokoh kelurga serta menjadi qudwah kepada kami semua. Pesanan-pesanan beliau kepada adik-adiknya telah menjadi sumber aspirasi dalam menjalani hidup ini seperti berikut:
· Dengar cakap abah dan umi.
· Baca quran selalu.
· Baca mathurat.
· Solat dhuha.
· Belajar rajin-rajin
· Berdoa
· Untuk adik perempuan: jaga aurat dengan terbaik.
Walaupun sudah 5 hari pemergiannya rumah umi sekeluarga masih dikunjungi oleh jiran tetangga, kaum keluarga dan sahabat handai dan rasa ukhuwah yang terjaling dengan berlakunya peristiwa ini.
Dengan izin Allah jenazah anakanda tersayang sampai diiringi oleh seorang bonda angkatnya iaitu Ustazah Fatahyah, beliau merupakan pensyarah INTEC , UiTM Shah Alam yang juga mentor arwah. Umi kenal ustazah ini hanya namanya sebelum ini kerana satu sms yang diterima 3 tahun lepas sebelum anakanda bertolak ke Mesir yang mana arwah telah menunjukan kepada umi isi kandungan sms yang dihantar oleh ustazah. Umi mengingatkan kembali kepada ustazah tentang sms itu maka beliau berhajat supaya kandungan sms ini dimuatkan dalam blog ini yang berbunyi lebih kurang seperti berikut;
“ Sejuk perut ibu dan ayah Ammar kerana melahirkan anak yang soleh”.
Ustazah dan umi telah pergi ke masjid dan Allah izin hanya dapat berada diluar dan melihat dari jauh lalu mendapati ramai sungguh jemaah yang hadir. Solat subuh hari itu diimani oleh Ustaz Ammar Rosidi yang memang dikenali bacaan qurannya amat sayu dan menyentuh hati jemaah apabila mendengarnya.
Selepas habis doa solat jenazah kami terus ke kawasan perkuburan dan ramai sungguh kaum keluarga , sahabat handai, ibu-ibu, kakak-kakak dan guru-guru MATRI dari jauh dan dekat hadir semasa pengkebumian. Tazkirah ringkas juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahim.
Alhamdullilah dengan rasa bersyukur kepada Allah taala kerana memberi ketabahan kepada umi untuk menghadapinya semua ini walau pun sebenarnya dalam hati kecil ini rasa kehilangan dan amat rindu kepadanya yang teramat sangat kerana tiada lagi sms daripada Ammar berada dalam peti masuk telepon umi.
“Ya Allah perkuatkan hati ini dalam menghadapi hari-hari mendatang dan tinggkatkan iman kami sekeluarga agar dapat mendidik adik-beradiknya agar dapat menjadi anak soleh sepertinya”.
“Ya Allah bagiMu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari kiamat itu benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad saw adalah benar.
Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.
Ameen
Bolehlah layari ke blog ini tentang kisah beliau semasa kecil - mizjana.blogspot.com/
34 Responses to Ummu Allahyarham ‘Ammar berbicara
ه اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Semoga Ummur Ammar tabah dan sabar. Ana sangat kagum dengan kesabaran Ummu Ammar yang sungguh luar biasa.
InshAllah, semoga arwah akan ditempatkan di kalangan mereka yang Soleh, Syuhada' dan para Siddiqin.
Amin.
Bertuahlah Umi dikurniakan anak yang soleh lagi taat.
Ana selalu mendengar cerita-cerita guru-guru MATRI dari sahabat ana juga pelajar-pelajar MATRI yang baik budi lagi kuat tarbiyahnya. Semoga ALLAH memberi kekuatan pada diri ana untuk mendidik anak-anak kelak sepertimana Umi/ummu Ammar berjaya mendidik anak-anak. Amin.
Assalamualaikum, kepada Ummu Ammar / Mak Ndak.
Kami sekeluarga sememang kagum dengan ketabahan Mak Ndak sekeluarga. Pemergian 'Ammar, adalah tarbiyah daripada Allah SWT untuk kita semua. Sebagai titik tolak untuk berubah dan meningkat dari satu tahapan ke satu tahapan. Allah SWT sayang kepada 'Ammar dan memilih pemergiannya dgn jalan yang suci dan murni.
Marilah kita hubungkan peristiwa yang sayu dengan hakikat keimanan kepada Allah SWT. Menjadikan kematian sebagai pendidik jiwa yang sangat berkesan kepada hati. Jiwa-jiwa manusia akan terdidik dan tersentuh dengan pemergiannya. Inilah ketentuan dan keizinan Allah SWT.
Doa kami sekeluarga untuk ruh Allahyarham 'Ammar. Amin
BroHamzah
http://www.brohamzah.com
assalamualikum wth. wbkt., takziah dan terima kasih kepada ummu Ammar kerana melahirkan insan mulia ini. Dapat juga kami menerima tempias-tempias kebaikan diri arwah. Smoga dengan segala kabaikan yg telah dilakukan di dunia ini ALLAh ganti dengan ganjaran Syurga yang abadi. Walaupun masih ingin hidup bersama arwah, kami tahu ALLAH itu lebih sayangkan arwah. Alhamdulillah.
pembetulan link mungkin http://mizjana.blogspot.com/
Moga dipermudah segala urusan insyaAllah
assslamu'alaikum wrt
Moga Allah swt sentiasa memberi kekuatan kepada ummu ammar dalam menghadapi ujian dari Allah swt ini. Namun ana yakin dengan membaca lembaran demi lebaran blog2 yang ditulis oleh sahabat2 arwah ammar dan luahan hati dari ummu ammar sendiri ana yakin anti telah mampu melaluinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Masa kan tidak, anak yang soleh hasil didikan dari ibu dan ayah yang soleh... Dan insya'allah ana dapat melihat kesolehan itu dalam didikan ummu ammar.
Salam takziah dari ana. Insya'Allah roh arwah bersama mujahid. Di sebalik musibah ada hikmah yang hanya diketahui oleh Allah swt. Kita yang masih bersisa ini yang harus terus meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah ini....
ummu adib
bumi anbiya' 2009
salam...buat insan mulia,,,bernama ummi...yng mengandungkan,,,melahirkan,,,meysyuakn dan membesarkan...tabhkan hati ummi atas pemergian anak tersayang ummi...ana juga merupakan sahabt perjuagan arwah ktka kami di bumi barakah darul quran dahulu...ummi...kami mendoakan cagaran jaanatun firdaus ALLAH buat arwah...amin..
This comment has been removed by the author.
Ana sgt merasai pemergian arwah...
latar belakang pendidikan kami hampir sama...
SRI Aman -> MATRI ->DARUL QURAN ->MESIR (berlainan Universiti Tetapi kursus yg sama)...
Namun....Potensi dan kemampuan luar biasa yg di kurniakan oleh Allah SWT kpd arwah x akan mampu ana tandingi walau ana mengorbankan seluruh khidupan ana utk mengatasi arwah...
Dia seorng yg pintar dari kecil, berkeyakinan tinggi, fikrahnya jelas dan jernih, wawasannya jauh dan tinggi, kefahamannya mendalam, petah berpidato, suaranya lemah lembut dan menyenangkan, tazkirahnya cukup menyentuh hati, nasihat2nya penuh hikmah dan matang, daie yg penyabar, sahabat yg baik, anak yg soleh, seorg pemimpin yg berkaliber, dan byk lg...
Alhamdulillah sekalipun ana x lah sehebat arwah, namun tempias2 kebaikan darinya sempat sampai kpd ana...
Banyak benda yg dapat ana belajar daripada arwah....
he has inspired me a lot...
Aku ingin menjadi sepertinya...
AHMAD 'IMRAN BIN MOHAMED
Peringat, Kota Bharu Kelantan...
salam ummi. sgt terkesan dengan penulisan ummi. insyaAllah kalau diizinkan Allah, ingin sekali bersemuka dan berkongsi pengalaman dengan ummi. semoga ummi dan keluarga terus tabah dengan ujian Allah ni.
serikandiislam,
australia
Salam ummi...
"..Sejuk mata memandang, sejuk lagi perut yang melahirkan anak yang soleh wahai ammar..kesejukan yang mendamaikan sekeping hati mama dalam menumpang kasih anakanda.." Sms tiga tahun yang lalu yang masih segar diingatan..
Wahai ummi...
Patutlah anakanda Ammar menjadi begitu soleh dan mulia akhlaknya, kerana anakanda dilahirkan oleh bunda yang begitu tinggi imannya..dilahirkan oleh ayahanda yang begitu kukuh pimpinannya..dilahirkan dalam keharmonian sebuah keluarga yang begitu kuat ketabahannya..
Betapa hebatnya ummi melayari dugaan allah dengan penuh keimanan dan keyakinan..kehebatan yang tiada ungkapan dapat menghuraikannya..kehebatan yang tidak mampu diri ini menghadapinya..
Terima kasih di atas keizinan ummi membenarkan mama Ammar menumpang kasih anak soleh.Moga ummi akan terus bangun berjihad mendidik anak-anak soleh dan solehah..
~S.Fatahiyah INTEC, UiTM~
This comment has been removed by a blog administrator.
Subhanallah!!! Blog ini benar-benar hidup. ana terbaca entri yg sblmnya dlm 'Alasan Lagi'
"Tidak ingin saya jadikan blog ini sekadar catatan diari kisah hidup saya atau tempat saya luahkan segala isi hati saya. Saya tidak mahu jika Dalam Jiwa Hamba ini sekadar menjadi wadah berkongsi cerita perihal pelajar perubatan dalam rutin hariannya yang tipikal ataupun hikayat jejaka melayu di bumi afrika bernama Mesir.
Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.
Kerana itu, Dalam Jiwa Hamba wujud dan terus beroperasi.
Operasinya adalah meraih sebesar mungkin Redha Allah. Kerana itu, modus operandinya harus konsisten rentaknya, bersih jalannya, teguh tapaknya dan yang penting dan paling susah Istiqamah. Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan".
Moga blog ini dimanfaatkan dengan baik...biarkan ianya hidup dan terus hidup sampai bila2. Hidup dengan roh-roh iman dan ketekunan dalam dakwah!
Salam,
Kepada Abg zul dan Kak Timah....kami sekeluarga berasa bangga mempunyai anak buah seperti arwah...walaupun jumpa sekali sekala saja tika raya namun kami kenali dia sbg seorang yg lain dari yg lain.. kami harap abg zul n kak timah sekeluarga sabar hadapi dugaan dari ALLAH. Kami tak sempat balik...sempat luangkan masa jumpa abang johari dekat putrajaya on the day jenazah sampai di Kargo LCCT....InsyaAllah...ada kelapangan kami akan ziarah abg zul n kak timah......wassalam.
Mohd Khairani (anak pak tam di Alor Setar)
assalamualaikum ummu ammar.ketabanmu kekuatan kami.
This comment has been removed by the author.
Kata2 ummu ammar...sumber inspirasi kami juga..
Moga Allah kuatkan makcik, pakcik dan adik2 agr terus thabat dijalan ini..
begitu kagum dengan ketabahan Ummu AMar..
ibu mana yang tak sejuk hatinya..
bila anak yang dikandung..syahid dalam memperjuangkan agama ALLAH
salam taaruf, ana kagum dgn ketabahan ukhti, ingin rasanya berkenalan dgn lebih lanjut..
terima kasih umi kerana kuat..kekuatan umi menjadi inspirasi kami..
terima kasih umi kerana melahirkan insan sehebat 'Ammar..umi adalah inspirasi utk menjadi ibu yg mithali dan solehah
mendidik anak2 sehebat 'Ammar..
إن لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فلتصبروا ولتحتسبوا
Takziah diucapkan kpd keluarga Muhammad `Ammar bin Zulkifli rahimahullah.
* Sedikit pembetulan:
"Hadis Rasullulah SAW bersabda bermaksud:
“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.”"
Sebenarnya ini bukan hadis, tapi ayat Quran, Surah At-Taghaabun, ayat: 11.
Sekian.
Salam takziah buat Ummu Amar..
Walaupun sy tak pernah kenal siapa Ammar dan keluarga, sy turut berasa sedih dgn pemergian beliau.. negara kekurangan seorang lg bakal doktor..
Mudah-mudahan Allah berkati hidup Ammar dan merahmati pemergiannya..
salam.sy adalah seorg lg hamba Allah yg x pernah bersua muka dgn arwah,x pernah knl arwah smasa hayat hidupnya.hanya mengetahui kisah beliau slps beliau pulang menemu Allah.tp,membacakn blog shbt2 beliau,sy kagum dgn arwah,sy yakin arwah adalh antara org yg Allah pilih sbgai askar Islam-x jemu membantu agama.sy doakan ummu ammar diberi kekuatn,sahabt2 ammar diberi kekuatan,teruskan perjuangn peninggalan ammar.insyaAllah.
salam ukhwah dr new zealand.
Assalamualaikum...
doa ana, moga ummu Ammar sekeluarga, juga sahabat2 'Ammar di mana2 pun, akan sentiasa tabah dalam mengharungi mehnah ini..
moga allahyarham 'Ammar mendapat tempat bersama golongan yg beriman di sisi Allah..
salam ummi..takziah..saya doakan ummi tabah...semoga allahyarham ammar tenang di sana....
Saya mewakili pelajar2 Medik di Ireland ingin mengucapkan takziah buat ummi sekeluarga.. kehilangan yg ummi rasakan sama seperti kehilangan yg kami rasakan.. kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu perubatan, walaupun kami tidak pernah bertemu dgn anak ummi itu.. diharapkan ummi sekeluarga tabah menghadapi hari2 yg mendatang.. semoga roh Ammar dicucuri rahmat Allah SWT..
salam takziah ummi..
moge dirimu sentiasa tabah..
dan semoga Ammar dalam lindungan Allah disana..
anak yg hebat memiliki ibu yg hebat..mabruk!
ameen~
Assalammualaikum,
Jazakallah semua yang telah memberi nasihat dan semangat untuk kami sekeluarga untuk sabar, insyaallah kami cuba untuk positif, tetapi semakin hari rupanya semakin perit.
Mungkin ini dikatakan ujian, bukan senang untuk mendapat syurga Allah, perlu kesabaran dan hati yang hanya berserah padaNYA.
Ummu Arwah 'Ammar.
assalamualikum ummi..
semoga ALlah merahmati ummi sekeluarga dan arwah 'ammar,serta mmberikan ketabahan kpd ummi sekeluarga menghadapi ujian ini..sy xpernah kenal arwah 'ammar, xpernah tahu pn kewujudan seorg mujahid agama ini..hnya mngenali beliau mlalui seorg rakan yg dahulunya mnuntut di DQ, 1 batch dgn arwah, selepas arwah bertemu dgn PenciptaNya..tp sy mengikuti blog2 sahabt2 'ammar..setiap kali sy bca blog2 mereka, air mata pasti menitis..tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..smoga ummi tabah! bila membaca kalam ummi, sy sgt2 terkesan..sy sgt2 berharap dan berdoa pada Allah supaya dpt berkenaln lebih rapat dgn ummi,sekiranya ummi x keberatan, dan juga bertemu dgn ummi suatu hari nnt..kata2 ummi sgt mnyntuh hati sy,dan sy rasa spt mndapat kekuatan slps mmbacanya..sy amat kagumi ketabahn serta keteguhan iman ummi dan keluarga..insyaAllah ummi, 'ammar sedang tenang di sana, bertemu dgn RabbNya! tahniah buat ummi dan pkck zukifli kerana telah berjaya mendidik anak dgn baik shngga mnjadi seorg yang soleh! benarlah kata 'jiwa yang hebat lahir dari insan yang hebat!'
tabahkan lah hatimu wahai ummi yang disayangi! semoga Allah memberimu kekuatan, ketabahan, kesabaran serta mempermudahkn urusanmu utk memperoleh syurgaNya!
sekian..
~alfaqirilallah,nadiah suleiman, UIAM~
Innalillahi wainna ilaihi rajiouun...
Takziah buat Ummi,seluruh ahli keluarga arwah, saudara mara serta seluruh sahabat handai arwah dimana saja anda semua berada...Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh...Ameen
Saya berdoa semoga Ummi dan keluarga terus kuat, sabar serta tabah dalam menghadapi ketentuan dari Allah SWT ini...Semoga keluarga Ummi sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah SWT
AL-FATIHAH buat Allahyarham Muhammad Ammar
Salam Takziah dari bumi Preston,Lancashire UK
Salam ummi..
saya minta izin copy paste bacaan ini. Jazakillah..
Ya Allah bagiMu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari kiamat itu benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad saw adalah benar.
Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.
Waalaikummusalam,
Apa-apa saja disini boleh di copy kerana ini merupakan ilmu yang boleh dikongsi bersama.
Wasalam
assalamualaikum..
ummi,mmg semakin hari kita akan rasa semakin perit..terbayang2 di depan mata...sy memahami,kedua org tua telah pergi meninggalkan sy baru2 ni..berat sgt..tp yakinlah setiap kejadian ada hikmahnya..mg ummi tabah,beruntungkan ummi pemergian ammar dpt menyentuh byk hati yg selama ini alpa dan leka dgn dunia yg semmentara..ammar sedang bergembira di sana,di kg abadi yg kita juga akan ke sana..
al-Fatihah
Something to say?