Mari berfikir sejenak.....
Assalammualaikum anak-anak bertemu kembali di alam maya ini mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan iman dan sentiasa istiqamah pada jalanNYA dan diberi kejayaan dunia dan ahkirat.
Sekali lagi Allah uji keluarga ummi dengan kematian, iaitu perginya ibu saudara Allahyarham ‘Ammar pada 17/11/09 iaitu Allahyarhammah Hamizan pada usia 45 tahun, genap 5 bulan 6 hari pemergian arwah ‘Ammar. Cukuplah kematian itu menyebabkan hati kita rasa dekat dengan penciptaNya, hati rasa bergetar dan insaf betapa umur ini bila-bila masa akan di ambil oleh Allah.
Allahyarham 'Ammar bersama abah dan adik-adik lelakinya
Allahyarhammah Hamizan ibu saudara Arwah yang telah kembali kepada Rabbnya pada 17 November 2009
InsyaAllah pada entri kali ini ummi ingin membawa tiga persoalan yang selalu dihadapi oleh umat islam, semenjak zaman dahulu sehingga sekarang (untuk bermuhasabah diri sendiri).
Tiga persoalan ini timbul dan mempengaruhi pemikiran kita dalam hidup ini, atau timbul persoalan ini apabila menghantar jenazah kekuburan.
Persoalan ini dalam tiga pertanyaan iaitu:
1. Siapakah yang mencipta manusia dan bagaimana manusia diciptakan?
2. Apakah hakikat kehidupan manusia?
3. Dan bagaimana ahkir manusia sesudah mati?
Tiga persoalan ini amat penting, jawapannya semua orang boleh beri tetapi hakikatnya adakah kita benar-benar merasai, dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa merasai bahawasanya hakikatnya ada Pencipta yang telah mencipta kita, hanya iman saja dapat membawa kita merasai hakikat ini.
Marilah kita lihat persoalan yang pertama iaitu Siapakah yang mencipta manusia dan bagaimana manusia diciptakan?
Jawapannya seperti firman Allah yang bermaksud:
Hai manusia! Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur) maka (ketahuilah) bahawasanya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan dan diantara kau ada yang diwafatkan dan (ada pula) diantara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, hingga tak dapat mengetahui lagi sesuatupun, yang dahulunya telah diketahuinya
(Surah Al-Hajj:5)
Firman Allah dalam surah Ar-Rum:20 yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang-biak.
Pernahkah kita terfikir asal kejadian diri kita ini bagaimana? Alangkah jauhnya perbedaan manusia dan tanah yang mati yang tidak punyai apa-apa indera penglihatan, pendengaran, akal fikiran, tidak mampu bergerak, tidak berkembang biak dan tidak memiliki ciri-ciri kehidupan manusia ini dan lain2. Jika seseorang yang berfikiran sihat beliau akan bermuhasabah tentang kehidupannya di muka bumi ini, bagaimana asal kejadiannya yang dijadikan dari tanah yang mati dan Allah meniupkan roh dan jadilah kita seorang anak manusia yang utuh dan sempurna. Jika kita berfikir akan konsep ini sedarlah bahawa diri kita ini tidak mempunyai apa-apa saham dan pilihan sedikit pun, maka amat wajarlah kita mengenal zat yang telah menentukan kehadiran dan kehidupan kita di alam ini, yang telah menciptakan dan memperindahkan bentuk rupa kita dan melebihkan daripada makhluk yang lain
Firman Allah dalam surah Al-Infithar: 6-8.
Wahai manusia! Apa yang telah membuat engkau sombong terhadap Rabbmu yang Maha Pemurah, yang telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang, dalam bentuk apa saja sesuai kehendak-Nya, Dia menyusun tubuhmu
Jika kita fikir diri ini diciptakan oleh oleh suatu Zat yang Maha Pencipta, sedarlah memang diri ini tercipta kerana kebesaranNya, kerana campur tangaNya, maka wajiblah kita mengenal zat yang ditanganNya terletak segala permasalahan kita, kehadiran kita di muka bumi ini bergantung kekuasaan dan kehendakNya, maka marilah kita mengenal Rabb kita yang telah menciptakan kita, kerana itulah tugas utama yang harus kita jalankan........ sehingga bertemu dengannya.
Marilah kita renungi diri ini dan tentang kehidupan ini, tentu secara jujur kita tidak mempunyai hak apapun terhadap diri kita sendiri, sebelum mengenal pemiliknya dan mendapat izin, sebelum mendapat petunjuk dan perintah melakukan tugasnya, firman Allah yg bermaksud :
Ingatlah, hak! Penciptaan dan pemerintahan hanyalah hak Allah, Maha suci Allah, Rabb semesta alam
(Al-A’raf :54)
Memahami hakikat inilah kita mestilah berkenalan bersungguh-sungguh dengan Rabb yang mencipta diri ini dan mengirim kita di dunia ini serta mengenal utusanNya yang dihantar untuk menyeru manusia kembali kepada Rabbnya.
2. Hakikat hidup kita, kenapa sebenarnya kita dihidupkan adakah untuk bersuka-suka dengan kesenangan dunia atau berkerja untuk diri dan keluarga sahaja, cari duit banyak-banyak dan buat rumah besar-besar, adakah ini sebenarnya matlamat hidup kita tetapi persoalan ini Allah telah bagi petunjuk jalan kenapa kita dijadikan seperti firman Allah yang bermaksud:
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku
(Adz-Dzariyat: 56)
Kita kena merasai bahawa kita ini hamba, kalau dilihat sudut hamba ini maknanya kita ini tidak boleh lakukan sesuatu ikut suka hati, Dia mesti ada undang-undangNya sendiri iaitu berdasarkan al-quran dan sunnah. Sebodoh-bodoh manusia adalah:
- kita tidak menyedari hikmah penciptaan diri sedikitpun
- kita juga tidak mengetahui apa guna hidup di dunia
- untuk apa, dan apa yang kita mahu dalam hidup ini?
- sudah lama kita hidup (bergantung pd umur) di muka bumi ini, menikmati segala yang ada, namun sejauh itu kita belum juga menyedari mengapa kita hidup?
- Kita juga tidak menyedari mengapa kita nanti akan mati?
Jika kita tidak mempunyai hikmah dalam penciptaan diri dan kehidupan kita maka kita adalah orang yang tidak berguna seperti firman Allah:
Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia), dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang dan api neraka adalah tempat bermukimnya mereka kelak
(surah Muhammad:12)
Perlulah diingatkan bahawa diri kita ini ada kewajiban dan salah satu kewajiban yang utama adalah mengenal Allah dan rasulNya...............!
Dan bagaimana ahkir manusia sesudah mati?
Sesetelah bebarapa lama kita hidup maka suatu waktu kita pasti akan tergolong dalam kelompok orang yang almarhum. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Di mana saja kamu berada, kematian akan menjemputmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh
(An-Nisa:78)
Bila tiba saat kematian itu menjemputmu, pergi meniggalkan dunia yang fana ini, tidak tawar menawar lagi walaupun sesaat. Ketika pagi hari kita bersama orang yang hidup, namun di petang harinya kita bersama-sama dengan orang-orang yang mati, begitulah hakikat kehidupan.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah hari terlaksananya ancaman (Qaf:190
Ingatlah, kita hanya sebentar saja di dunia ini, setiap hari selepas bangun tidur maka bertambahlah usia kita, dan setiap hari ajal semankin dekat.
Firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, akan datang menemui kamu, lalu kamu dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan (Al-Jumaah:8)
Marilah kita mempersiapkan bekal kita untuk bertemu Allah suatu waktu nanti yang kita tidak ketahui saat dan waktunya.
Muhasabahlah diri:
1. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri tentang hakikat perjalanan hidup ini?
2. Pernah kita bertanya pada diri sendiri , nasib apa yang akan menimpa diri kita kelak?
3. Sudahkah kita persiapkan bekalan diri ke alam baqa’?
4. Apakah kita tidak yakin akan adanya hari abadi ini?
5. Apakah kehidupan kita di dunia ini ada ada kaitannya di alam ahkirat?
6. Mana jalan keluar untuk menuju kemenangan hidup ini?
7. Siapa yang menyakinkan kita tentang berita ini?
Semua persoalan-persoalan ini akan terlerai jika ianya dibajai dengan keimanan pada Allah Taala.
Siapa yg ingin memperolehi kebahagiaan untuk dirinya dan untuk menyelamatkan umat manusia, hendaklah dimulai dgn keimanan.
Inginkan kehidupan dan amalnya yang baik – kukuhkan dengan keimanan, kerana amal yang soleh buah dari keimanan.
Ingin mencapai kebahagiaan hidup di ahkirat juga dgn keimanan.
Ahkir kalam sesiapa saja yang telah berjaya mendapat keimanan atas dasar pengetahuan dan pemahaman, maka hendaklah ia menjaga dan memeliharanya dengan memperbanyak amal soleh.
Keimanan itu menurut Nabi Muhammad saw adalah: “Berkembang biak dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan”.
Wallahu’alam
7 Responses to Mari berfikir sejenak.....
Salam alayk..
moga dipermudahkan urusan keluarga ummi, moga mkck Hamizan ditempatkan bersama2 arwah di kalangan mereka yang disinari cahaya ketenangan insyaAllah
wallahua'lam
satu perkonsian yang menarik umi..umi selalu tulis tntng prkara yng dapat memuhasabah diri dan hati kami yang lemah serta selalu menerima dugaan jahiliyah..
truskan penulisan ini agar kami tersedar dan istiqamah dalam rangka untuk mencapai mardhothillah dan membuat kerja islam..
rase dkt sgt ngn kematian..
12 nov lps sy bwu je eksident.. pas jtoh dr moto je tgk sbelah je kt muka ade tyr lori dia break emrgncy... slmt patah kaki kiri aje... huhuu~
To Jackster; ameen semoga sihat selalu dan selamat menghadapi peperiksaan, InsyaAllah keputusan yang baik diperolehi.
Angah, jgn lupa pesan ummi dekatlah diri dgn al-quran kerana itulah sumber kekuatan kita.
Ihsan semuga Allah izin cepat sembuh, kita perlulah bersedia selalu kerana ajal kita tak tahu bila.
Syukran semua atas komen antum dan memberi ummi semangat dan rasa terubat rindu.
Wallahu'alam.
cpt sguh masa berlari ye. Semasa membelek2 gmbr2 'ammar utk buat movie, mgira2 hari y telah ditglkan kte.. rupa2nya udh 5 bulan lbh...tp sglanya bgaikan bru kelmarin 'ammar tiada...
Tika movie 'ammar dityagkan smpena konva tadika pd 20hb nov y lalu , klihtn para tetamu & ibubapa sebak dan mgalir air mata. Ia ibubapa tadka y hmpir 90% adlh staf usm mmg mgenali keluarga 'Ammar.
Salam mahabbah dari perlembhn nil..
Moga Ruh Ammar dan Makcik Hamizan tenang di sana...
Moga Allah rahmati ummi sekeluarga..
Muhasabah dan trs muhasabah...
Persiapkan bekal ke negeri abadi...
Syukran ummi atas pekongsiannya...
To Ira, syukran kerana masih ingat lagi kat anak didik yg pertama drp nurseri yang sekarang telah menyerlah dan telah banyak mendidik anak-anak, Alhamdullilah. Ingat lagi zaman dulu kita selalu ikut program "Tarbiyatul Aulad" untuk memantapkan pendidikan anak2, InsyaAllah hasilnya Alhamdullilah.
To Sinar, insyAllah sinarlah nasihat-nasihat anti dengan sinar Allah Taala.Doakanlah ummi untuk sentiasa bermuhasabah agar kembali ke negeri abadi mendpt redhaNYA....
Something to say?