Merenung dan memperhatikan.......
Assalammualaikum anak-anak, hari ini ummi ingin melihat rahsia kejadian alam, bilamana kita ambil pengajaran darinya maka kita akan jumpa benda yang tersembunyi yang boleh diambil sebagai tamsil untuk merasai akan kebesaran Allah Taala dan boleh dikaitkan dengan diri kita.
Cuba lihat pokok Raspberri yang ditanam di hujung kepala kubur arwah ‘Ammar ia merupakan buah sulung yang dikeluarkan selepas 5 bulan di tanam.
Gambar ini diambil mengunakan kamera 1000D kesayangan Arwah, rupa-rupanya memang syok ya ada kamera yang berkualiti, MasyaAllah.........(tak dapat nak teruskan komen ttg kamera ini, sedih....)
Bila ummi tengok betul–betul gambar ini rupa-rupanya pokok ini mengeluarkan sembilan biji buah iaitu bersamaan bilangan keluarga ummi.Dahan bawah ada dua biji buah melambangkan ummi dan abah, dahan yang agak atas ada empat biji buah yang melambangkan empat orang putera yang ummi miliki dan dahan paling atas terdapat 3 biji iaitu melambangkan tiga orang puteri. MasyaAllah, itulah kejadian Allah yang bila manusia itu melihat dan mereka berfikir dan merenung maka ia akan melihat satu keajaiban dan kagum dengan ciptaanNYA bila digabungkan dengan kehidupannya.
Sebenarnya ini tiada ada kena mengena dengan sebarang kejadian, cuma ummi nak ingatkan diri ini bila lihat sesuatu lahirkanlah hubungan hati dengan Allah, rasa kebersamaan denganNYA, kekuasaanNYA, kekayaanNYA dan keagonganNYA.
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, serta perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.” Surah al-Baqarah: 164
Marilah kita melihat salah satu jalan dalam menemui keimanan kepada Allah Ta’ala.
MERENUNG DAN MEMPERHATIKAN
Ketika melihat sesuatu yang menarik perhatian dan mengusik kalbunya, seseorang yang sehat imannya akan cuba memerhati sehingga menemui hakikat sesuatu kejadian yang Allah jadikan.
(Menyaksikan apa yang dilihat + memikirkan akan apa yang dilihat = hakikat ilmiah)
Pasti kita akan temui hakikat yang kita cari, kemudian sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mengenalnya tanpa rasa penat lelah, maka kita pasti akan mengenalnya, dan InsyaAllah kita akan rasa puas dengan penemuan ini. Begitu jugalah keazaman kita sebagai hamba untuk mengenal Penciptanya dan pasti kita juga akan merasa puas selepas mengenal Penciptanya dan mengenal KeagunganNya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” Ali-Imran: 190 – 191
Jelaslah kepada kita bahawa setiap penciptaan ada hubung kait dengan Penciptanya, mari kita lihat dan fikirlah adakah diri kita hebat tanpa pengantungan padaNYA setiap saat gerak kerja kita:
• Adanya makhluk menunjukkan adanya Khaliq
• Adanya hikmah, membuktikan adanya Al-Hakim
• Adanya ilmu, menunjukkan adanya Al-Alim
• Adanya rezeki , menunjukkan adanya Pencipta yang memberi rezeki
• Adanya kehidupan dan kematian, menunjukkan adanya Pencipta kehidupan dan kematian
• Adanya keindahan yang menawan, menunjukkan adanya Pencipta Yang Suka Keindahan
• Adanya rahmat, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Rahim
• Adanya pemeliharaan, menunjukkan adanya yang Maha Memelihara
• Adanya kekuasaan, menunjukan adanya Penguasa yang Maha Melindungi
• Adanya hidayat, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Memberi Hidayat
• Adanya kekuatan, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kuat
• Adanya guna dan mudarat, menunjukkan adanya Pencipta yan Maha memberi guna dan Mudarat
• Adanya kekayaan, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kaya
• Adanya kelangsungan dan keabadian, menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Kekal dan Abadi
• Adanya tauhid, menjadi saksi adanya Pencipta yang Maha Esa.
Bila diamati kembali kehidupan kita ini, tiada suatu pun di dunia ini memiliki sifat-sifat seperti di atas, malah ini menjadi saksi bahawa mesti ada Pencipta yang memiliki sifat-sifat ini, dan dengan sendirinya kita akan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ummi menyeru pada diri ini sendiri ingatlah bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya dan kita mesti kuat untuk menghadapinya dan kembalilah semua yang tersurat itu adalah kehendakNya, kuatkan hatimu, tahanlah air matamu dan biarlah airmatamu tertumpah kepada Penciptamu kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memberi Rahmat dan Menjagamu.
Ya Allah! sebagai hambuMu kami dambakan doa ini padaMu dengan rasa rendah hati.
“Ya Allah! Perbaikilah agama kami yang ianya menjadi ’pemeliharaan segala urusan kami’, perbaikilah hal keduniaan kami yang ianya menjadi ‘tempat urusan hidup kami’, perbaikilah hal ahkirat kami yang ianya menjadi ‘tempat kembali kami’, perbaikilah hubungan dan pergaulan kami serta perjinakkanlah hati di antara kami, jadikanlah hidup ini untuk kami menambah segala kebajikan serta jadikanlah mati itu sebagai tempat kerehatan kami dari segala macam kesusahan (kejahatan).”
“ Ya Allah! Ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah kedudukannya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah ia dengan air, air batu dan air sejuk. Sucikanlah ia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian yang putih daripada kotoran. Gantikanlah ia negeri yang lebih baik daripada negerinya, ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Dan masukkanlah ia ke dalam syurga dan palingkan ia daripada seksaan kubur dan kesusahannya dan daripada seksa api neraka.”
Ameen....
Wallahu’alam
13 Responses to Merenung dan memperhatikan.......
salam..ummi..sy doakan ummi sekeluarga sntiasa di bwah tarbiyyah dan pimpinan Allah Taala~
Salam dabeizzz, ameen dan ummi doakan anti juga sentiasa dilindugi dan rahmat Allah jua hendaknya.
Salam...
MasyaAllah, tersentuh hati melihat pohon yg begitu subur tumbuhnya...
Moga2 arwah Ammar sentiasa aman dan tenang di sana...
salamalaik mak cik. Mak cik sihat? Salam Aidil Adha yang dah terlepas. ^_^ Adik-adik semua sihat ke? Sampaikan salam pada Athirah. Semoga dalam peliharaan Allah selalu. Tolong doakan kejayaan dan kekuatan saya dan kawan-kawan di sini. jazakillah... Amirah Ab. jalil
T.kasih ummu 'ammar n keluarga sudi menghadiri kenduri anaknda juwairiyyah yang merupakan teman sepermainan dan usikan 'ammar masa kecil.
mudah2an allah mencucuri 'nur 'Nya pada ilmu yang kita pelajari. Pastilah setiap yang terjadi dapat kita renungi tamsilannya ye.
Emelkan gambar tempohari ye.
Tengoknya kamera tu , mulala sebak hati ni.
internet di umah baru sat ni pulih sejak kenduri tempohari.
salam ummi. syukran blog ni byk prkongsian dn manfaat.truskan pnulisan ummi. pnulisan yang lahirnya dari hati juga akan smpai ke hati insyaALlah.
Subhanallah...
tiada kalam agung selain memuji kebesarannya...
bila segalanya dilihat dengan kaca mata iman...kita akan rasa betapa besarnya keagungan dan hikmah disebalik penciptaan dan kejadian..
Moga usaha ummi sentiasa Allah berkati dan dktkan kmi(pembca) dgn Allah...
moga Allah syg kita smua
Salam semua, syukran atas komen yang diberi, alhamdullilah atas sokongan dan doa antum.
Kpd:
nur_nj: ameen
Puteri: Alhamdullilah makcik sekeluarga sihat. Memang selalu doakan anak-anak bumi Mesir dan anak-anak yg mengenali arwah dan juga mengenali blog arwah sihat dan sentiasa di lindungiNYA, dan selamat berjaya dalam menuntut ilmu, insyaAllah.
Miz: sama-sama, Allah izin kelapangan masa dan kesihatan bolehlah sampai ke sana tempoh hari.
Munadhia: Afwan, Insyaallah.
Sinar islami:ameen.
Wallahu'alam
salam....alhamdullilah...ada peningkatn dalam penulisan umi..teruskan perjuangan umi....trasa pengisian ini dari hati ke hati...tpi bkan umi cakap nak tulis bnda lain kali ni dalam post umi...
salam.....angah ikhwan tak menulis juga ke?
x kot mak cik misra..tpi tringin gak..tgk la bila2 nak start mnulis...
salam ummi,
moga ummi dan keluarga dirahmatiNYA
to:
Angah yg baik jgn ditangguh, tapi biarlah berwawasan yg dekat juga jauh.....
neem, syukran dan semua yg selalu mendoakan ummi, ameen....
Alhamdullilah nikmatNYA.
Subhanallah kekuasaanNYA
Allahu akbar akan keagunganNYA
Lihatlah sekeliling anda apa nikmatNYA.......
"Cetusan ESQ training masih hangat dan peringatan utk ummi jadikan kehangatan itu sampai bila-bila.."
Something to say?