Muhasabah kematian.........
Salam Maal Hijrah 1431 semua mudah-mudahan hijrah kita kearah keredhaan Allah hendaknya dan mati kita dalam islam cita-cita utama kita, inilah tajuk yang dibincangkan di Masjid At-Taqwa sempena tahun baru hijrah ini.
Semua kita mestilah berusaha untuk mati dalam keadaan islam, jika cita-cita ini diletakan dalam hidup kita maka yang bekerja pasti akan bekerja sungguh-sungguh, yang belajar pasti akan belajar bersungguh-sungguh agar semua yang kita buat akan mendapat keredhaan Allah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (Al-Fajr: 27 – 28)
Sebagai muhasabah kematian dan menjadi pengajaran bagi menimbul rasa takut sakratul maut supaya kita selalu bersedia maka marilah kita fikirkan akan diri kita ini.
Bagaimana roh kita nanti
Jiwa yang beruntung:
Mengecap kenikmatan, ia bebas dan tiada yg menahannya dan boleh bertemu serta ziarah menziarahi. Ingat mengingat ttg apa yg dirasakan di dunia, dan tentang apa sedang berlaku pada penghuni dunia.
Jiwa yang rugi:
Sibuk dgn siksa yg dirasainya, maka tidak teringat utk bertemu dan ziarah menziarahi
Bagaimana menghadapi sakratul maut
Jiwa yang beruntung:
Dtg malaikat saktarul maut membawa sehelai kain sutera putih.
Jiwa yang rugi:
Dtg malaikat saktarul maut membawa kain guni yg kasar.
Seruan malaikat
Jiwa yang beruntung:
Malaikat menyeru , “keluarlah wahai roh yg bersih didlam keadaan redha lg diredhai kpd kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yg tiada murka.
Jiwa yang rugi:
Keluarlah roh yang jahat di dlm keadaan yg dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah
Bagaimana rohnya
Jiwa yang beruntung:
Rohnya berbau wangi dan terus dibawa ke pintu langit pertama sehingga pintu langit yg ke 7 oleh malaikat menemui Allah dan Allah memerintahkan ditulis namanya di Illiyin dan dibawa kpd roh-roh org mukmin, sdg mereka sgt gembira spt menyambut org yg baru pulang drp perantauan.
Maka mereka bertanya kpd roh itu, “apa yg dibuat oleh sifulan? Ketika itu malaikat menahan mereka seraya mengatakan: Birkanlah ia beristirihat dahulu, sebab dia baru shj terlepas drp keberatan dunia.
Jiwa yang rugi:
Maka roh itu keluar berbau busuk spt bau-bau bangkai, sehinggalah dibawa kepintu bumi, maka para malaikat mengatakan: alangkah busuknya bau roh ini, hinggalah dibawakan oleh mereka kepada roh-roh kaum kafir.
Banyak lagi nikmat dan azab yang akan kita terpaksa tempuhi bila ajal telah tiba, maka semua ini kita yang menentukan, fikirkanlah, fikirkanlah sebelum terlambat. Ummi menyeru pada diri ini taubatlah pada ALLAH sebelum kita terlambat, sempena tahun baru maal hijrah ini marilah kita bermuhasabah kematian kemana kita nanti........ marilah dengan rendah hati kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan hati yang hidup, hati yang sensitif akan azab Allah, hati yang sentiasa insar bila memerhati akan kebesaran Allah dan terbit rasa hati yang luhur yang kita ini hanya hamba yang memerlukan perhatian daripada Tuannya.
Ya Allah! ampunilah dosa di kalangan kami yang masih hidup dan di kalangan kami yang telah meninggal dunia, di kalangan kami orang-orang dewasa, dikalangan kami lelaki dan perempuan, dikalangan kami yang sama-sama hadir dan dikalangan kami yang tidak hadir bersama. Wahai Allah! sesiapa yang masih hidup di antara kami Engkau jadikanlah dia hidup dengan berpegang teguh kepada agama islam dan sesiapa yang Engkau matikan di antara kami maka Engkau matikanlah dia di dalam iman. Wahai Allah! dengan hak/ kebenaran junjungan kami Nabi muhammad saw serta ahli keluarga Baginda, maka janganlah Engkau seksa anakku Muhammad 'Ammar, ya Allah! Ya Allah! jadikan kuburnya sebuah taman daripada taman-taman syurga yang indah dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebuah jurang daripada jurang-jurang neraka yang mengerikan.
Ameen...
Sms yang ummi terima daripada seorang sahabat yg boleh kita fikirkan bersama....
Teman,
Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah.
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi.
Teman,
Menangislah kerana takut akan azab neraka jahaman.
Pabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.
Teman,
Menanggislah kerana keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya.
Teman,
Menanggislah kerana keadaan di dalam kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, Mungkar dan Nankir datang menyeru.
Sediakah kita dengan jawapannya?
Teman,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang.
Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa
Teman,
Menanggislah kerana mengharapkan keampunan Allah.
Menanggislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya
Menanggislah wahai teman kerana mata yang tidak menanggis untuk Allah itu adalah mata bagi orang yang hitam hatinya.
Wallahu'alam.
8 Responses to Muhasabah kematian.........
Salam Maal Hijrah Buat Umi sekeluarga...
Moga Allah tidak putus2 memberkati keluarga ini...
Salam Maal Hijrah juga untuk Sinar, mudah2an hijrah kali ini lebih bermakna dalam hidup mencari keredhaan Ilahi.
Ameen.........
Salam Maal Hijrah buat ummi...
Moga Ummi sekeluarga sentiasa di dalam lindungan-Nya...
Ummi,saya mohon kebenaran untuk copy paste SMS di hujung bicara ummi untuk diletakkan di blog saya.
Salam Maal Hijrah juga drp ummi sekeluarga. Ameen....
Ambillah, copylah, setiap yang baik sebarkan....
dah lame x lwt kubur ama... sgt rindu ka ama.. =,(
Salam Ihsan,
Jadilah rindu itu menambahkan kekuatan kita untuk mendekatkan diri pada Allah kerana kita yakin akan ada hari pembalasan dan hari ahkirat dan di sana kita akan bertemu kembali. Ummi menyeru pada diri ini dan Ihsan sempena dengan Maal hijrah ini kita berhijrahlah kepada keredhaan Allah . Tiada lagi hijrah selepas hijrah Nabi Muhammad saw, tapi hijrah kita zaman ini ialah jihad melawan hawa nafsu, marilah kita renungkan kelemahan diri dan apa telah kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah?
Wallahu'alam.
Salam ziarah pada ummi, Al fatihah buat jiwa yang telah pergi..Alhmdulillah, lama dah fiqh ikuti blog ini namun atas keizinan NYa jua, setelah memiliki blog sendiri, barulah yakin rasa di hati untuk berkongsi pengalaman diri, jauh bukan membangga diri, akan tetapi, berkongsi akan rahasia Illahi, pada setiap jiwa yang memilki, rasa bertuhan yang kekal abadi. Syukran ummi dan teruskan berdakwah, kerana dakwah ini kerja mulia, tinggi nilainya di sisi yang Esa.
Assalamualaikum ummi...trima kasih atas segala post ini....sy rasa begiru tersentuh,,,kerana sy blum pernah merasai kasih syg keluarga kandung sy sendiri,,dan tidak pernah dididik tntang ilmu agama oleh ibu dan ayah kandung sy sndiri,....dgn post ini juga,,sy terasa sayu dan terasa begitu bahagia,,kerana ada seorang ibu yang sanggup berkongsi dan mmberi ruang kepada org lain untuk bermuhasabah...kerana seorang ibu mmberikan semangat ibadah kpd Allah buat anak remaja....
terimakasih ummi....
Something to say?