Ukhuwah Fillah
Syukur pada Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNYA kita dapat hidup aman dan damai di alam yang fana ini serta selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Berkat kurniaNYA dan rahmatNYA ummi mampu dan masih boleh menulis lagi pada kali ini.
Apa khabar iman anak-anak semuanya, dengan rasa kasih dan sayang dan rindu pada anak-anak semua, ummi gagahkan juga untuk singgah sebentar untuk menulis di sini. Ummi rasa tidak mampu lagi untuk menulis di sini tetapi bila teringatkan kembali bahawa tiada jalan yang lebih baik iaitu berkongsilah ilmu walaupun satu ayat agar kita dapat saling memperingati diri untuk menuju keredhaan Allah Taala.
Ummi teringat tulisan anakanda Ammar pada Alasan lagi yang berbunyi seperti berikut:
“Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.
Kerana itu, Dalam Jiwa Hamba wujud dan terus beroperasi.
Operasinya adalah meraih sebesar mungkin Redha Allah. Kerana itu, modus operandinya harus konsisten rentaknya, bersih jalannya, teguh tapaknya dan yang penting dan paling susah Istiqamah. Hasilnya, terus menerus roh perhambaan kekal mekar, segar menawan.”
Bila sebut saja istiqamah, membuatkan ummi gagahkan juga untuk menulis sebab istiqamah itu lebih hebat daripada karamah. Allah sangat cintakan istiqamah walaupun sedikit, iaitu orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang peroleh karamah.
Berikut adalah hikmah beristiqamah seperti firman Allah yang bermaksud:
‘Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Fusillat ayat 30)
Mari kita tanya pada diri kita sendiri, adakah kita beristiqamah dalam gerakerja kita setiap hari terutama untuk mendekatkan diri pada Allah: (dituju pada diri ini sebenarnya dan sama-samalah kita fikirkan).
Memang susah untuk kita beristiqamah bagi melakukan semua ini, tapi marilah kita berusaha dan terus berusaha walaupun sedikit agar kita lebih mendekatkan diri kepada Allah serta beramal bagi mendapat redha Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Hari ini merupakan genap 7 bulan pemergian anakanda Ammar yang merupakan anak sulung harapan ummi untuk memikul beban membawa islam bukan sahaja dalam keluarga tetapi untuk bangsa. Tempoh masa ini merupakan masa untuk pulih kembali setiap peristiwa yang telah berlaku pada diri kita untuk kembali kepada kehidupan manusia yang normal. Tetapi jika kita hubungkan kehilangannya pada alam yang fana ini dengan keimanan pada Allah ia akan tetap segar malahan akan menambahkan kekuatan iman pada diri ini, bahawa janji Allah itu benar. Anak-anak, marilah kita hubungkan kehilangan ini atas dasar keimanan dan ukhuwwah Fillah. Ummi rasa masih ada insan di sana yang masih merasai kehilangannya kerana mereka bersahabat atas dasar ini, maka kasih sayangnya akan berkekalan.
Rahsia Ukhuwah Fillah
Ukhuwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir daripada hati-hati mereka bila diizinkan Allah seperti firman Allah yang bermaksud dalam surah Al-Anfal:63:
“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Ukhuwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati yang diredhai Allah dan diiringi dengan keimanan. Nikmat ini akan kita rasai jika kita benar bersahabat secara ikhlas dan dilandasi dengan keimanan. Ummi tak boleh nak gambar dengan kata-kata nikmat ini, cuma orang biasa merasai akan tahu nikmatnya. Walaupun kita berjumpa pertama kali, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati, dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan ukhuwah. Jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwah fillah ini amat hebat, ia amat memberi kesan yang mendalam. Ukhuwah tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan sesuatu dan saling bertukar budi sahaja.
Oleh itu anak-anak, ummi ingin mengajak marilah kita bina persahabatan ini atas dasar keimanan dan ukhuwah fillah.
Di sini ummi ingin mencatat kembali surat yang dicoret khas untuk anakanda Ammar oleh sahabat beliau yang amat disayangi atas dasar ukhuwah fillah pada 4 tahun lepas yang tidak dapat menghantar beliau ke Mesir.
Sahabat
Seberapa pantas untuk kau kutunggu
Sebagai teman kala perjuangan
Mungkin saja jasad berjauhan
Mungkin saja mata tak kelihatan
Mungkin saja suara tak kudengarkan
Namun hati seteguh batu
Rasa berdekatan dengan roh keimanan
Bangganya
Hanya kau tempat kuandalkan
Segala kelemahan dalam berjuang
Tika putus asa semakin hampir
Kau mengingatkanku kehadiran Tuhan
Allah yang Maha Pengasih
Allah yang Maha Penyayang
Ku adukan kepadamu
PERJUANGAN INI PAHIT
Kau balas ucapanku
BUKANKAH SYURGA NANTI MANIS?
Tenangnya
Hanya kau yang pantas kehadapan
Bila permasalahan mengamit kehidupan
Tiada kau lari meninggalkan teman
Tika sakit kau ziarahi
Tika duka kau tenangi
Tika papa kau sokongi
Tika kaya kau senangi
Bila berjuang kau tergagah mempertahan
Segala badai dan rintangan
Kau dihadapan membuka jalan
Memudahkanku teman
Kasihnya
Aku cinta padamu
Berdasar iman bertiang takwa
Rasa ukhuwah merasuk jiwa
Bila kita akan ketemu?
Hanya tunggu keizinan RABB
Untuk berjumpa berpelukan hangat
Menyapa pipi tanda sayang
Bersalaman tanda kasih
Alangkah indahnya
Bila kita berpimpin tangan
Melangkah ke syurga penuh tamanan
Meminggir neraka yang menyesakkan
Dengan jiwa dan setulus kalbuku
Moga impian ini akan jadi kenyataan
Selagi ada di hati kita hubungan
Jalinan hasil didikan langit
Menerobos angkasa hasad dengki
Membuai jiwa penuh perhati
Lafaz UHIBBUKA FILLAH
Sebagi janji
Semoga kutemu lagi
Jika tidak di sini
Nanti disana kita bersatu kembali
Denagan keizinanNYA...
“ Masya Allah..Itulah sahabat dunia akhirat..Memimpin kita menuju kepada ALLAH
Bila bersamanya sentiasa mengingatkan kita tentang ALLAH..Bila berjauhan membuat kita berasa indah tawakkal terhadap ALLAH..”
Marilah kita berdoa agar dikurniakan ukhuwah fillah yang berpanjangan:
“Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya ( yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini denagn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.”
Marilah kita menghadiahkan al-Fatihah kepada sahabat kita yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.
“ Ya Allah! Ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah kedudukannya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah ia dengan air, air batu dan air sejuk. Sucikanlah ia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian yang putih daripada kotoran. Gantikanlah ia negeri yang lebih baik daripada negerinya, ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Dan masukkanlah ia ke dalam syurga dan palingkan ia daripada seksaan kubur dan kesusahannya dan daripada seksa api neraka.”
Ameen.
Wallahu’alam
9 Responses to Ukhuwah Fillah
Salam Ummu Ammar
walaupun kita tak pernah bertemu (atau mungkin pernah bertemu waktu kukecil dulu)
namun untaian kata di sini bisa mengetuk jiwa hamba ini
Salam Ummu, semoga Allah swt rahmati dia setiap waktu, melapangkan hati Ummu sekeluarga.
Salam ukhwah..
Amin Ya Rabb...
Ketabahan Ummi dan sekeluarga memberi inspirasi dan kekuatan buat kami para syabab ..
Salam ziarah dari bumi KTD
Kepada:
Um Masyitah, salam ukhuwah mudah2an ini membuka minda kita untuk berukhuwah fillah agar dinilai oleh Allah yang Maha Esa. Syukran
Insan Biasa, jazakillah. Ameen, mudah2an kita semua dirahmati Allah.
Ya salam ukhuwah Abu Ridhuan, jazakallah. Ada masuk ke sini juga ke, malu juga ummi dengan tulisan yg tak seberapa ini.
Mudah2an amal kita semua akan dinilai oleh Allah, Insyaallah.
Syukran semua.
Alhamdulillah, ingatan yang sangat baik untuk jiwa kami. Sahabat2 Ammar. Mudahan ruh ukhuwah ini terus mengalirkan kerana ikatan yang kukuh iaitu ikatan Aqidah.
BroHamzah
KTD
salam...
alf mabruk ats istiqamah ummi dn sekeluarga.Bila cakap pasal ujian,hanya mereka yang melaluinya layak mengatakan 'aku redha'~
moga Allah sentiasa mengangkat darjat ummi dan sekeluarga di sisiNya.
Doakan kami anak2mu di sini.Ada rezeki insyaAllah kt jmpe di Malaysia ye:)salam ukhuwwah FILLAH
al-Fatihah untuk arwah Ammar.
Allah telah memilih ummi sekeluarga untuk dijadikan contoh kepada kami yang masih berkelana di muka bumi ini.
Terima kasih ummi atas segala ingatan.
Moga Allah merahmati ummi sekeluarga.
Doakan kami di sini.
lyanna
gen6-cairo univ
salam, ummu ammar
artikel kali ini mengetuk iman ana kembali~benarkan persahabatan kita selama ini iman tapaknya dan asasnya?
jika imanlah asasnya i-allah akan lahir buah2 iman kn?
indah sekali jika semuanya kerana Allah..
sama-sama muhasabah. syukran atas ingatan
salam dari barat lembah nil
Insyaallah Ali mudah2an ikatan ini akan kekal sehingga kita pulang padaNya.
To dabeizzz:
ameen.... syukran. Insyaallah ummi doakan agar anak-anak gen6 mampu meraih kejayaan yang luar biasa.
Datanglah rumah, nanti ummi buat mee kuah special.
To lynnayahaya:
syukran mendoakan ummi, ameen.... tiada istimewa pada diri ini, tapi setiap kejadiaan adalah tarbiyah untuk kita semua, kuatkanlah diri mencari redha Allah. Doa ummi khas untuk anti kejayaan dunia dan ahkirat.
To hood@sunny:
Salam sayang drp ummi, mudah2an apa yang kita buat bersandarkan atas keimanan pada Allah agar semua kerja ada kemanisan dan lahir keikhlasan sejati.
Wallahu'alam.
Something to say?