Logo anakanda Ammar yang sentiasa ditulis dibuku notanya

Syukur Alhamdullilah kepada Allah Subhanahu Wata’ala, Empunya kerajaan langit dan bumi dengan limpah kurniaNya kita masih boleh merasai nikmat kehidupan ini dan mudah2an kita semua berada dalam lindungan dan rahmatNya. Selawat dan salam keatas Junjungan nabi Muhammad SAW yang telah membawa islam keseluruh alam sehingga kita semua berada dalam nikmat islam yang sebenarnya.

Alhamdullilah pada kali ini ummi dapat berkongsi lagi dengan anak-anak semua agar hati ini lebih tenang dan sama-sama untuk kita muhasabah diri ini, dimana kita, kemana hati kita dan adakah ilmu yang kita ada selaras dengan realiti kehidupan kita? Marilah kita fikirkan..., mampukah kita menghadapi ujian di dunia ini, kuatkah kita menghadapi ujian yang telah diberi oleh Nya, mampukah kita menghadapi ujian mendatang?

Teringat satu kisah yang diceritakan seorang sahabat beliau menceritakan bagaimana orang-orang palestin di sana mereka bukan bercakap mengenai mengingati mati, tetapi mereka bercakap syurga mana mereka akan masuk? Muhasabahlah di mana diri kita berada.......

Adakah kita bersedia bila dijemput Allah untuk kembali kepadaNya, adakah keimanan kita bertambah dari hari kehari? Selalulah bermuhasabah akan keimanan ini supaya apabila roh kita di ambil, akan dipanggil oleh Allah SWT dengan panggilan yang amat mesra. Roh itu akan keluar meninggalkan jasad dengan keadaan gembira dan Allah SWT yang menyambut roh itupun dalam keadaan gembira. Ahkirnya roh tersebut akan ditempatkan di kalangan orang soleh di alam barzakh seperti firman yang bermaksud:

“Hai jiwa (roh) yang muthmainnah (yang tetap yakin. Kembalilah engkau kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai (ia senang dan Tuhan senang pula menyambutnya). Masuklah dalam golongan hamba-hambaKu yang soleh. Masuklah ke dalam syurgaKu.”
(Al-Fajr: 27 – 30)

Di alam barzakh, manusia akan hidup mengikut darjat amalan yang dilakukan di dunia ini, ini menunjukan bahawa keputusan ahkirat bergantung kepada apa yang dilakukan di dunia.

Sabda Rasulullah SAW:

“ Pada hari kiamat, seorang tidak akan terlepas dari empat pertanyaan tentang umurnya, untuk apa dipergunakan tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan. Tentang ilmunya untuk apa ilmu itu digunakan. Tentang tubuh (tenaga atau kekuatannya) untuk apa sahaja yang digerakkannya.”

Berbalik kepada ayat di atas, kita perlulah redha pada setiap ujian yang telah diberikan oleh Allat Taala semada ujian kehilangan orang yang dikasihi, redha terhadap semua suruhanNya dan laranganNya dan marilah kita belajar meredhai segala-galanya apa yang telah di tentukan oleh Yang Maha Esa. Marilah kita semua merasai redha ini dan kita sabar akan atas dugaannya ini, nanti Insyaallah akan ada kemanisannya.

Yang paling utama kehidupan kita ini adalah mendapat keredhaan Allah Taala, marilah anak-anak dan pembaca semua kita jangan melakukan perkara-perkara ini iaitu mensyirikan Allah Taala kerana Nabi Muhammad saw diturunkan membenarkan akidah dan mentauhidkan pada Allah.

Pokok yang kedua iaitu kita kembali kepada Allah dengan redha yang diberikan secara total hanya pada Allah, menerima syariat islam dan semua cara hidup islam di amalkan dalam kehidupan kita semua baik dari segi berakhlak dengan Allah dan manusia, menyayangi sesama manusia, tiada perasaan negatif sesama kita dan yang penting kita bersatu atas dasar satu akidah dan bersabar dengan segala dugaan.

Selalu perkataan sabar.... ini akan kita dengar bila datang ujian yang menimpa diri atau untuk melakukan pekerjaan yang berlawanan dengan nafsu kita. Mari kita tengok apa itu sabar agar kita akan berusaha mencapainya dan akan lahir kemanisan seperti yang telah dijanjikan oleh Allah Taala seperti firmanNya yang bermaksud:

“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

(At-Taghabun:11)

Sabar di dalam Al-quran membawa maksud iaitu menahan diri (berhati teguh) di atas apa yang dibenci untuk mendapat (mencari) keredhaan Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“ Dan orang-orang yang bersabar (berhati teguh / menahan diri) kerana mencari keredhaan Tuhannya”
(Surah Ar-Ra’d: 22)

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sabar itu adalah separuh daripada iman.”
Nabi bersabda bahawa sekurang-kurang yang diberi pada diri kita ialah keyakinan dan kesungguhan sabar, dan barangsiapa yang diberi sifat ini maka ia tidak peduli apa yang luput daripadanya dan engkau sabar apa yg menimpa diri adalah lebih aku sukai, dengan amalan yang kita lakukan.

Ahkirnya kesabaran kita untuk menanti sesuatu yang diharapkan akan dicapai jika diletakan pada yang Maha Kuasa maka akan kita nikmati ahkirnya, seperti ummi yang menanti ketibaan barangan anakanda ’Ammar ahkirnya dapat juga ditatapi walaupun bukan tuanya yang pulang, syukur Alhamdullilah. Jazakkumullah untuk semua yang terlibat untuk menghantar barangan tersebut, hanya Allah yang dapat membalas semuanya, Insyaallah.


Terima kasih En. Mohd Fauzi yang membawa pulang beg Ammar


Pakaian Ammar yang tinggal kenangan


Pakaiannya


Buku-bukunya yang kebanyakan dalam bahasa arab


Kami semua rindu kemesraannya



“ Ya Allah! Ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah kedudukannya, dan jadikan kuburnya seluas taman-taman syurgamu ya Allah.”

Ameen.

Wallahu’alam