Apa yang dicari.....
London Tower Bridge
Parliament building
MasyaAllah, hebatnya London bila turun kaki saja ke kota London, dengan bangunan yang hebat binaannya, dengan penduduknya tinggi lagi putih-putih, lelakinya yang kacak dan wanita yang cantik. Setiap hari diteliti dan dilihat gaya hidup mereka yang sentiasa mengejar masa berjalan laju dan cepat sekali. Kerja mereka Masyaallah sangat effisien berbanding dengan cara kerja kita. Cara mereka menegur rakan sekerja “morning” dan bila nak pulang “bye, see you tommorrow” yang sentiasa tidak pernah lekang dari mulut mereka dan perkataan "thank you".
Kalaulah difikirkan patutlah British dapat menakluki negara kita kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal dan kesungguhan yang cukup hebat yang telah Allah anugerahkan kepada mereka.
Marilah anak-anak semua, kita cuba fikirkan kisah yang ummi nak bawakan di sini apakah kehebatan itu yang kita cari, mereka maju, mereka kuat, mereka hebat tetapi mereka tidak mengenal Allah, mereka lari dari peringatan Allah, mereka maju mengejar dunia tapi mereka mundur untuk ke alam ahkirat. Mereka menyapa manusia dengan bersopan dan mereka tidak berzikir kepada Allah, kesiankan kepada mereka, mudah-mudahan Allah bukakan hati mereka untuk mengenal Allah dan itulah yang mampu ummi doakan untuk mereka semua. Mereka semua baik-baik terhadap ummi dan ummi amatlah kasihan kepada mereka kerana mereka tidak mengenal Penciptanya.
InsyaAllah setinggi kesyukuran dengan izinnya dapat berada di bumi UK ini, bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru dalam pekerjaan (banyaklah kerja ummi nanti) dan juga dengan izinnya dapat berkenalan dengan anak-anak dan adik-adik di sini yang ikatannya atas dasar Ukhuwah fillah. Masyallah adik-adik dan anak-anak di sini, mereka cukup hebat ikatan ukhuwah, menyediakan makanan, bukan itu sahaja sekejap lagi dihulurkan kad Oyster (utk naik keretapi dan bas), ada yang memberikan sim telefon dan ada yang meminjamkan telefon bimbit untuk kegunaan ummi dan ada yang datang dari jauh untuk bertemu. Maysallah hebatkan mereka Allah izin (ummi amat terharu), Jazakumullahu khair untuk semua.
Maaf ya kali ini banyak masukan gambar sendiri sb anak2 kat rumah rindu kut...
Marilah anak-anak dan diri ummi juga kita mengerjakan kebaikan dan melakukan amar maaruf nahi mungkar agar perjalanan hidup kita diberkati dan diredhai Allah.
Semua manusia yang hidup di muka bumi ini sangat singkat umurnya dan kerja yang dilakukan di alam fana ini terhad, sedangkan keinginan kita kepada dunia tidak pernah putus-putus, manakala cita-cita dan harapan kita tidak terbatas.
Pernahkah kita terfikir bahawa kesudahan kita ialah kematian.
Kematian kita dengan hajat yang tidak tercapai, kematian kita yang kita tinggalkan dibelakangnya orang-orang dikasihi yang kita akan merasa sedih dan terharu bercerai dgn mereka dan mereka pula merasa sedih dan terharu meninggalkan kita.
Dengan demikian adakah kita dapat bertemu kembali dengan orang-orang yang kita sayangi dan rindui, marilah kita fikirkanlah apa usaha-usaha yang kita telah lakukan untuk mengapai cita-cita ini…
Kematian yang pasti kita mampu berdoa sahaja...
Marilah anak-anak kita fikirkan bahawa kita manusia ini selalu memerhatikan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita iaitu kebaikan dan kejahatan berjuang antara satu sama lain, kadang-kadang kejahatan itu mengalahkan kebaikan, dan keburukan mengatasi kemuliaan. Tetapi jika kita ada kesedaran hati, maka ia tidak akan sampai hati melihat kebaikan akan terus tersekat.
Dengan hati yang sedar dan I’tiqad kepercayaan kita tentang wujudnya Allah Taala Yang Maha Adil sudah tentu akan menbuatkan hati kita yakin bahawa balasan kejahatan kita jika tidak dapat dilaksanakan di alam yang fana ini , maka sudah semestinya terlaksana di alam sana iaitu alam akhirat…..
Persolan ketiga untuk kita sama-sama fikirkan iaitu kita telah memakmurkan bumi dan melakukan berbagai-bagai kebaikan di dalamnya sudah tentu hati kecil kita tidak mahu menerima kesudahan seperti seekor haiwan kecil yang tiada apa-apa. Allah telah memberikan kepada kita berbagai persediaan dan keistimewaan untuk mengendalikan dunia ini.
Apakah persoalan-persoalan ini belum cukup untuk menyedarkan hati kita bahawa kita tidak dapat lari bahawa mengakui adanya hari akhirat dan hari pembalasan, bahawa kehidupan kita ini tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan kerana kematian itu pasti dan semua amal kita akan dihisab oleh Allah subhanawataala.
Oleh itu Islam adalah agama yang sifatnya sebati dengan fitrah kemanusiaan dan ia menjadi salah satu rukun iman iaitu percaya kepada hari akhirat dan segala yang berhubungan dengannya.
Firman Allah Taala mengenai akhirat dalam surah Al-baqarah:177 yang bermaksud:
“ Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat……”
Jelaslah kepada kita bahawa percaya hari akhirat merupakan salah satu rukun iman seperti hadis berikut yang bermaksud:
Dari Ali r.a., katanya: Rasullah saw, bersabda: “ Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan menyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasullulah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah.”
Hadis riwayat Tirmizi (mastika hadis)
Marilah wahai diri ummi sendiri dan anak-anak kita tanamkan beriman kepada Allah dengan sungguh-sungguh kerana ia menentukan ma’rifat terhadap punca yang pertama yang terbit daripadanya alam seluruhnya, dan beriman kepada hari akhirat pula menentukan ma’rifat terhadap kesudahan yang berakhir kepadanya alam yang ada ini.
Suluhan ma’rifat ini merupakan punca yang menerbitkan segala-galanya dan kesudahan segala-galanya yang ada ini, oleh itu dapatlah manusia semua menentukan matlamat yang hendak ditujunya dan dapat mengariskan maksudnya dan kita akan menyediakan jalan dan cara-cara untuk mencapai matlamat itu.
Ingatlah kematian itu boleh datang bila-bila masa saja, marilah kita muhasabah terus muhasabah kerana ini adalah pasti akan datang kepada kita semua…
Kedatangan kita sesuatu tempat ke bumi Allah di dunia ini belum pasti, seperti diri ummi ini tidak pernah terfikir akan ke UK tetapi Alhamdullilah dgn izin Allah melalui pekerjaan, ummi telah ke sini.
Arwah 'Ammar yang berhajat hendak ke London tetapi Allah izin umminya yang sampai ke sini, inilah tanda-tanda kebesaran Allah..
Ya Allah, hambamu yang hina ini, ya Allah memohon restu Mu dan keredhaan Mu. Kau jadikan hati-hati kami sentiasa mengingati dan menyebut namaMu dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu… (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah kau ampuni dosa-dosa anakku Muhammad ‘Ammar dan kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dan jadikan kubur-kubur mereka seluas-luas taman syurga Mu, Ya Allah.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.
Ameen, ameen, ameen…ya Rabbul'alamin.
Wallahu'alam.
15 Responses to Apa yang dicari.....
Assalamu'alaikum Ummi...
Segala puji bagi Allah, sangat bersyukur kerana dengan izinNya, Allah telah menemukan faiza dengan Ummi di bumi UK ini...Sungguhlah perancangan Allah itu lebih pantas dan banyak hikmahnya...
Jazakillah khair Ummi...halalkan makan dan minum faiza selama berada bersama-sama dengan Ummi di London...
Terima kasih banyak2 diatas layanan,kata2 nasihat dan pedoman yg Ummi berikan...Terima kasih pada buku yg Ummi berikan, sangat bermakna buat faiza...
Doa faiza, moga Allah akan temukan kita lagi nanti Ummi...Ingin sekali menziarahi Ummi di Penang nanti, InsyaAllah...moga Allah mudahkan...
Moga Ummi selamat tiba di tanah air nanti...Moga Allah permudahkan perjalanan Ummi...Ameen...saya dah mula rasa rindu pada Ummi, pada nasihat dan perkongsian ilmu bersama Ummi...
Jaga diri baik2 Ummi...
Salam ukhuwwah fillah dr Preston, UK:
-Faiza-
=) Alhamdulillah...
Sangat indah susunan Allah sebenarnya...
kembara mampu mendekatkan diri dengan Allah...
hatta kematian juga mendekatkan diri dengan Allah...
MOga ummi diberkati Allah sllu dan moga2 diangkat darjah bersama golongan solehin...
To Faiza:
Waalaikumussalam, itu semua perancangan Allah yg kita tidak tahu hikmahnya..
Jazakillah juga drp ummi kerana sanggup datang ke London walaupun mengambil yg lama untuk sampai, mudah2an pergorbanan Faiza mendapat balasan drp Yang Maha Esa..
Ameen, kerana doakan ummi selamat pulang ke Malaysia. Hati ini dah rindu kepada semua org disana...
To Sinar Islami:
Ameen, ameen,ameen..
Jazakillah mendoakan ummi, dan ummi doakan kita semuanya berada dalam rahmatnya selalu.
Insyaallah kalau ada rezeki ummi akan kembara ke Mesir pula, sb kenangan disana amat banyak walaupun tidak pernah ke sana tetapi merasakan ada sesuatu di sana.....
Wallahu'alam.
salam ummi.
kami menanti ummi di Mesir.kalau ummi sampai Mesir nnti-teringin nak jumpa ummi-ummu ammar yang telah mendidik arwah Ammar hingga menjadi anak yang soleh dan disenangi setiap orang.
Moga ummi dan keluarga diberkati dan dirahmati Allah.=)
Salam drp ummi utk Lyannayahya,
Tak adalah pandai mendidik, ummi masih takut dan bimbang sb ramai lagi adik2 Ammar yang perlu dididik dan ditarbiyah. Hanya rahmat Allah jua yang dipohon....
Insyaallah doakan ummi agar ada rezeki ke sana sb kita hanya merancang Allah saja yg menentukan.
Jazakillah kerana sudi menanti ummi di sana.
Ameen, ameen, ameen...
Kalau ummi nak datang sini, jangan lupa inform ye =)
InsyaAllah ada rezki mesti sampai sini...
ramai yang menanti...
Salam Sinar,
InsyaAllah itu adalah pasti, tapi ummi kena menunaikan haji dulu barulah boleh berjaulah lagi...InsyaAllah doakan.
Syukran kerena sudi menanti...
salam ummi
azie juga setia menanti ummi ke kelantan..
Waalaikummussalam Azie,
Jazakillah kerana sudi juga menanti ummi, Insyaallah Kelantan selalu juga ke sana. Tahun ni dah 2x ke sana, Insyaallah kalau turun lagi ke sana kita berjumpa....
Salam wbt ummu Ammar.
Lama tak berkunjung ke blog ni. dah banyak post2 terbaru.
Tadi, peperiksaan ENT. Pilu tengok kerusi depan saya kosong.Setiap 2 bulan, waktu exam, peristiwa yang sama berlaku. Pihak pengurusan U tak update maklumat pelajar.
Copuk (syafiq mat moor) pun sedih bila tengok meja arwah kosong.(mesti copuk lagi pilu sebab dia satu rumah)
maaf ummu Ammar, melepas rindu di sini. Al-fatihah. Bahagialah engkau di sana sahabatku, Ammar.
Salam Hafzi,
Oh ya pihak Uni tak update lagi hampir setahun kejadian.
Sekarang tengah exam la, ummi ucapkan selamat berjuang untuk kejayaan seterusnya.
Memanglah sayu kalau tgk semua barang peninggalannya, apa boleh buat ini semua sudah takdir, mestilah teman serumahnya akan lebih merasainya.
Sama-samalah kita doakan kerahmatan Allah terhadapnya, mudah2an beliau tergolong dalam kalangan org2 beriman....
Syukran Hafzi kerana masih mengingati anak ummi dan mendoakannya.
Ameen, ameen, ameen.....
sebak lagi...
Allah, bantu ummi ini
bantu hambaMu ini juga ya Allah
Cukuplah Engkau sebaik-baik pembantu
Engkau tahu hikmah segalanya
Engkaulah segala-galanya
insyaAllah, menanti ummi juga bila tiba di mesir nanti
Assalamualaikum ummi..
Moga sihat disana.
Dah lama ingin mencoret komen, hari ini baru mempunyai kekuatan.
Setuju dengan post ummi kali ini. Hakikatnya kita masyarakat Islam kadang-kadang gah dengan masyarakt barat. Dengan teknologi mereka, dengan budaya mereka. Sehingga menjadi ikutan kita.
Tetapi pengalaman ana duduk bersama mereka hampir 3 tahun disini, ana sedar mereka ini kehilangan satu benda yang amat besar.
Dekat sini mereka tidak boleh hidup tanpa hiburan, judi, bola dan seks. Apabila hilang benda ini, hidup mereka dah tak ada apa. Walau pun sebenarnya mereka mempunyai harta dan ilmu yang banyak.
Nilai hidup mereka sangat rendah. Rugilah kita jika nilai-nilai sebegini yang kita kejarkan dalam hidup kita.
Sedangkan seorang mukmin itu sangat bahagia dengan nikmat iman dan islam...nikmat yang tiada gantinya. Banggalah kita dengan nilai hidup yang kita pilih ini. Iaitu nilai iman dan islam. InshaAllah..
p/s Moga ummi terus kuat dan tabah disana. Dan diberi peluang untuk ke Mesir...ramai dah tu rindu kat ummi :)
To Syamil,
Ameen, ameen, ameen...
Syukran kerana sudi komen di sini, Insyaallah ada rezeki dan umur panjang kita bertemu...jazakillah kerana sudi menanti ummi bolehlah kita ke Ain Sokhna, Insyaallah.
Waalaikummusalam wbt King's preacher,
Hebat nama ni, Alhamdullilah ada tambahan drp pembaca London, mudah2an dgn tarbiyah berada di sana akan menguatkan dan mendekatkan lagi kita kepada Allah.
Bersyukurlah kita dengan nikmat yang telah Allah anugerahkan....
Sekali lagi jazakillah dgn layanan dan susah payah melayan ummi yg memang tak larat nak jalan dgn org muda yg semua berjalan laju2....
Something to say?