Assalammualaikum anak-anak semua, setinggi kesyukuran kita panjat pada Allah Taala kerana nikmat dan rahmatnya kita masih lagi berada di alam ini, selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah saw.

Dengan kasih sayang Allah kita berada di bawah naungan Islam, mudah-mudahan kita akan bertemu dan bersolat bersama di Masjidil Al-Aqsa suatu hari nanti itulah kalam pertama yang diucapkan oleh Abu Ammar (seorang pejuang palestin). Kita mengharapkan suatu hari nanti kita umat Islam dapat menunaikan solat di sana kerana ia merupakan tanah suci umat Islam yang ke 3 selepas Mekah dan Madinah.

Kedatangan beliau bersama dengan Ummu Muhammad yang merupakan wanita yang berusia dalam 35 tahun yang suaminya syahid di Palestin.

Beliau menceritakan bagaimana suaminya syahid, iaitu pada suatu pagi Ahad iaitu tanggal 26/9/2004 beliau sedang menyediakan sarapan pagi dan suaminya bergegas hendak keluar. Selepas seketika suaminya keluar rumah beliau mendengar letupan diluar rumah rupa-rupanya kereta yang dinaiki oleh suaminya itulah yang meletup. Beliau bergegas keluar untuk melihat suaminya tapi tidak dibenarkan dan beliau terus masuk dalam rumah dan menunaikan solat 2 rakaat kerana bersyukur suaminya telah mati syahid. Beliau menegaskan bahawa beliau berkahwin dengan suaminya kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Sebelum suamiya syahid jiran-jirannya bertanya tentang rumahnya yang wangi, tetapi dia menegaskan beliau tidak memakai apa-apa minyak wangi. Setelah kejadian itu beliau tidak dapat tidur selama 3 hari dan beliau berdoa agar beliau dapat tidur dan mudah2an bermimpi untuk bertemu dengan suaminya. Akhirnya dengan izin Allah beliau dapat bermimpi dan melihat suaminya berpakaian putih dan beliau bertanya kepada suaminya semada beliau redha padanya maka dijawab suaminya “ya”. Begitulah apa yang boleh ummi kongsi serba sedikit tentang perjalanan hidup seorang muslimah yang kehilangan suami dan terpaksa meneruskan kehidupannya di alam yang fana ini dan bagaimana perasaannya mendapat suami yang meraih syahid.

Firman Allah yang bermaksud:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, “Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?”

(Surah Al-Ankabut29: 2)

Ya insaflah, mereka sahabat-sahabat di Palestin diuji dengan kesusahan,di uji dengan kematian keluarga tersayang dan banyak lagi ujian yang selalu kita lihat, tetapi mereka mencintai pejuangan mereka dan jihad adalah matlamat mereka.

Muslimah Palestin mereka mengganggap hari kematian anak-anak mereka seperti hari-hari perkahwinan anak-anak mereka (ini dikatakan oleh Ummu Muhammad)….mereka syahid, Masyaallah, pengakhiran begini yang kita kehendaki...

Mereka tidak memanggil untuk kita kesana melawan Yahudi, tetapi mereka perlukan sumbangan dan doa daripada kita sahaja, fikirkan ...

Di manakah kita?
Apakah sumbangan yang kita lakukan bagi membantu mereka untuk membebaskan tanah air Palestin?
Apakah kita akan jawab didepan Allah nanti dalam membantu saudara seislam kita yang ditindas oleh musuh islam?


Sumbanglah dengan ikhlas walaupun sedikit...

Marilah kita hulurkan sumbangan wang ringgit untuk membantu sahabat-sahabat kita di sana kerana Infak yang kita keluarkan, itulah sebenarnya simpanan kita di alam yang kekal abadi…..



Kutipan sumabangan orang ramai di Pusat membeli belah TESCO Sg. Petani

Firman Allah yang bermaksud:

“Perumpamaan orang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah: 261)

Berikut adalah sumbangan yang boleh ummi lakukan di sini bagi membantu sahabat-sahabat kita di Palestin dalam menyahut kempen LIFELINE 4 GAZA dalam masa yang terdekat ini.





InsyaAllah, sebarang sumbangan bolehlah disalurkan di sini http://www.lifeline4gaza.org/

Wallahu'alam