Pesanan untuk diri dan anak-anak sempena hari Ibu
Selamat Hari Ibu Sedunia khas untuk ibu-ibu semua, walaupun tarikh hari ibu telah berlalu sebenarnya tapi ummi baru nak ucapkan. Selalunya anak-anak yang mengucapkan selamat untuk ibu tetapi ummi sebagai seorang ibu pula menulis, tak apalah biarlah ummi buat sesuatu yang luar kebiasaan.
Secara semulajadi seorang ibu mestilah cita-citanya untuk mendapat anak yang baik dan mendengar kata serta mempunyai pekerjaan yang baik untuk masa depan. Tapi wahai ibu-ibu adakah ini sudah cukup untuk bekalan kita mendapat darjat yang tertinggi di sisi Allah Taala? Marilah kita semak balik apa matlamat kita dalam mendidik anak-anak kita dan kemana nak dibawa mereka? Khas untuk anak-anak marilah kita muhasabah diri adakah cukup menjadi anak yg baik dan bijak dalam pelajaran?
Marilah kita sama-sama terus muhasabah wahai ibu-ibu dan anak-anak, khas untuk diri ummi dan anak-anak ummi sendiri.
Gambar kenangan anak-anak ummi yang merupakan amanah yang perlu di tarbiyah supaya menjadi insan yang soleh dan musleh (ini merupakan satu amanah yg cukup berat yg perlu dipikul oleh ibubapa)
Firman Allah dalam surah Lokman yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya.”Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik ) kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Lukman berkata ), “Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit, atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Mahahalus, Mahateliti. Wahai anakku! Laksanakan solat dan suruhlah manusia berbuat yang makhruf cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan jangalah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yan sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanakan dalam berjalan dan lunakkan suaramu, Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”
(Surah Lukman 31: 13 – 19)
Oleh itu anak-anak marilah kita tanamkan keimanan yang sebenar-benarnya kepada Allah Taala dan merasai kesyumulannya. Iman ini bukan khayalan atau perhiasan tapi iman itu merupakan keyakinan dalam hati dan dibenarkan dengan amal.
Ibnu Qayyin dalam menjelaskan hakikat kesyumulan iman dengan mengatakan bahawa:
“Iman mempunyai unsur lahir dan batin. Zahirnya adalah perkataan lidah dan amal anggota tubuh. Batinnya adalah pembenaran hati, kepatuhan dan kecintaannya. Tidak ada gunanya zahir jika tidak disertai batin, sekalipun ada jaminan terhadap darah, harta dan keturunannya. Batin tidak akan mendapat pahala selagi tidak ada zahirnya, kecuali jika ada alasan yang masuk akal seperti tidak mampu, dipaksa atau takut. Tidak adanya amal secara zahir padahal tidak ada penghalangnya, merupakan bukti kerosakan batin atau kerana di dalamnya tidak ada iman. Kekurangan dalam amal menunjukan kekurangan iman dan kekuatan amal menunjukan kekuatan Iman. Iman merupakan hati dan inti Islam.”
Marilah anak-anak jadilah anak-anak yang soleh dan musleh dan binalah segala kebaikan dan kekuatan dalam diri atas dasar iman kepada Allah taala dan juga berusaha mengajak orang lain untuk mengenal Allah agar kehidupan kita akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Wahai ibubapa janganlah kita digelar derhaka kerana mengabaikan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak (majalah Solusi 16). Ingatlah wahai ibubapa kita mungkin gagal mendidik anak-anak mengikut cakap kita, tetapi mereka mungkin tidak gagal mengikut sikap kita. Mendidik anak merupakan amanah yang besar dan perlu kepada proses mujahadah (melawan hawa nafsu) pada diri kita dalam masa yang panjang dan berterusan.
Contohnya bila kita hendak suruh anak melakukan solat tetapi kita masih menonton TV, maka proses ini tidak akan berjalan kerana ada perbezaan antara mengajar dan mengajak. Maka sebagai seorang ibu kita merupakan insan yang penting untuk untuk mendidik anak-anak menuju keredhaan Allah Taala, kita meletakan keseluruhan hidupnya di bawah peraturan al-Quran dan as-Sunnah, Insyaallah
Sama-samalah kita proses diri kita kerana sebagai seorang ibu, kita sentiasa melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak dan ummi menyeru kepada anak-anak supaya sayangilah ibubapa anda semasa hayatnya dikandung badan kerana jika mereka telah pergi hanya kerinduan dan penyesalan akan menerpa dalam diri. Khas untuk ibu-ibu marilah kita gunakan peluang menjaga amanah Allah taala ini dengan sebaik mungkin, sayangilah mereka kerana Allah, jika mereka pergi dulu meninggalkan kita, Masyaallah amat sedih sekali tidak dapat digambarkan, hanya Allah saja yg mengetahui ……
Anakanda yang pergi dahulu meninggalkan kami sekeluarga, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosanya dan diletakan bersama-sama orang yang diredhai Allah dan kuburnya seluas-luas taman-taman syurgaMu,Ya Allah. Ameen....
Sentiasalah bermuhasabah ibu-ibu dan anak-anak kerana kita semua tidak sempurna dan marilah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain agar mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ingatlah bahawa hidup kita ini tanpa muhasabah akan mendapat musibah.
Wallhu’alam
6 Responses to Pesanan untuk diri dan anak-anak sempena hari Ibu
=)bukan senang nak jadi ibu...
namun bagi ana, ummi ana sudah cuba yang terbaik untuk mendidik kami...
tak mampu nak balas jasa ummi ana...
InsyaAllah ummi siti pun begitu...
Tanpa kalian, siapalah kami...
Selamat Hari Ummi(^_^)
Jazakillah Sinar.
Mudah-mudahan kita semua yg bergelar wanita akan menjadi ibu yang mencapai standard yg ditetapkan oleh Al-quran dan Hadis.
Selamat maju jaya dalam peperiksaan yg akan dtg ataupun sedang berjalan.
Jazakillah kerana masih setia meninggalkan kesan di sini.
Salam anak-anak yang dikasihi, Cemburu mama apabila ummi mampu mencoretkan isi hatinya dan berkesempatannya untuk memeberi nasihat-nasihat bernas dan memepunyai ramai anak-anak melalui blog ini. Sama seperti Ummi ,Mama juga seorang ibu kepada 5 orang anak. Keinginan mama sama seperti keinginan ummi, doa mama sama seperti doa ummi. Cuma mama tak dapt nak bayangkan bagaimana kerinduan seorang ibu terhadap anak yang pergi buat selamanya..sungguh kalaulah ianya berlaku kepada mama tentu sekali mama tidak sekuat Ummi. Mama berbangga dengan kekuatan iman ummi yang menghadapi segalanya dengan tabah. Insyaallah mama yakin ummi seorang pendidik yang baik dan telah berjaya mempersiapkan diri anak ummi sebelum dia pergi meninggalkan ummi. Mungkin Allah sedang mempeersiapkan sesuatu untuk ummi disana bersama-sama anak ummi yang telah pergi terlebih dahulu. Sempena hari ibu ini juga mama juga ingin berkongsi nasihat dengan semua anak-anak. " Kasihilah dan berbaktilah sepenuh hati kkepada ibu anak-anak selagi ibu masih ada didunia ini kerana setelah dia pergi tidak ada seorang pun diatas dunia ini yang boleh dipanggil ibu sebenar-benar ibu. Kita mungkin tidak merasa keujudannya semasa dia masih ada tapi anda tak akan dapat bayangkan kerinduannya apabila dia telah tiada. Selamat Hari Ibu. MAMA..
Assalamu'alaikum Ummi...
Moga Ummi dan keluarga sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah..ameen
Selamat hari Ibu buat Ummi :-)
Jazakillah khair diatas perkongsian Ummi yang amat bermakna ini..
Doakan kami Ummi, moga kami semua yg bergelar wanita akan menjadi ibu yang mencapai standard yang ditetapkan oleh Al-quran dan Hadis, InsyaAllah..Ameen Ya Rabb
Jaga diri dan kesihatan ye Ummi...Moga Allah beri kesempatan dan rezeki untuk bersua dengan Ummi lagi di bumi Malaysia itu nanti...ameen
Sayang Fillah dari bumi UK:
-Faiza-
To mama (salam perkenalan),
Menitis air mata ummi membaca apa yang ditulis oleh mama, mudah-mudahan Allah akan memberi yang terbaik atas apa yang berlaku ini kepada keluarga kami, Insyaallah.
Terima kasih mama atas tambah nilai yang diberi mudah-mudahan dengan nasihat ini akan membuka minda kita semua dan terus muhasabah...
Jazakillah kerana sudi memberi komen di sini.
Waalaikummusalam Faiza,
Salam ziarah dari ummi, dan jazakillah atas ucapan hari ibu utk ummi.
Insyaallah sama-sama kita doakan agar dikurniakan Allah mempunyai hati yang sedar dan kefahaman yang jelas untuk mendidik diri dan anak-anak yang diamanahkan olehNya.
Insyaallah, balik Malaysia datanglah ziarah ke Penang...
Something to say?