Setahun telah berlalu, muhasabahlah terus muhasabah...
Assalammualaikum semua, mudah2an dilindungi Allah dan diberikan kekuatan iman dan dalam rahmatNya hendaknya. Syukur kehadrat Illahi dengan nikmat Nya kita dapat hidup aman dan damai di dunia ini, tidak seperti sahabat2 kita di Palestin yang berada dalam keadaan daif pada pandangan kita, tapi iman mereka mungkin sebaliknya.
Hari ini merupakan genap setahun anakanda ‘Ammar telah kembali ke hadrat Illahi yang dia telah merasai segala-galanya apa yang dijanjikan Allah dan beliau telah merasai bagaimana malam pertama di alam kubur. Yang telah pergi tetap pergi meninggalkan kita walau pun kita tidak mahu berpisah dgnnya, pokoknya apakah persediaan diri yang telah dilakukan untuk kembali kepada Allah. Bila seorang anak Adam meninggal dunia bukan kita sedih atas apa yang dia tinggalkan di dunia ini tetapi dalam fikiran kita apa yang dia bawa “bekal” untuk dipersembahkan nanti setelah kedatangan malaikat.
Inilah tempat kita semua akan dikembalikan, so dah ada rumah besar-besar nanti janganlah kita lupa "rumah" ini kerana inilah tempat kita sebelum dibangkitkan semula.
Masuk saja bulan Jun sekali lagi ummi dikejutkan dengan kematian seorang remaja berusia 19 tahun, anak seorang shbt ummi yang juga lepasan Matri. Selang 3 hari kemudian dikejutkan lagi kematian 3 orang remaja adik-beradik yang berusia 22, 20 dan 14 tahun yang juga terlibat dalam kemalangan yang ada juga persaudaraan dengan ummi. Mereka dikebumikan dalam satu liang, juga di tanah perkuburan Taman Bertam Indah yang berdekatan dengan pusara arwah ‘Ammar.
“ Ya Allah kau ampuni mereka dan jadikan kubur mereka seluas-luas taman syurgaMu dan tempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman.”
Dengan kematian ini, seorang hamba keluar dari dunia menuju syurga atau neraka. Tidak ada yang harus dikhuatirkan dalam kematian. Ia adalah pintu yang setiap seorang akan pasti akan memasukinya. Tetapi yang menjadi persoalan, apakah yang terjadi selepas kematian? Persoalannya apakah persediaan kita untuk kembali kepada Allah?
Inilah pusara arwah 'Ammar genap 1 tahun, dengan kunjungan ke pusara ini menyebabkan hati ini rasa lebih sensitif akan kematian, benarlah kematian adalah sebaik-baik peringatan...
Oleh itu ummi ingin memperingati diri sendiri dan semua, marilah kita hidup di dunia seperti jiwa-jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, sehingga kita merasai hidup akhirat ini sebenar-benar kehidupan dan berusaha menjadi insan yang bertakwa.
Firman Allah dalam surah An-Nahl yang bermaksud:
“Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa." (30)
Mengimbas kembali kehidupan anakanda ‘Ammar yang usianya lebihkurang 20 tahun 10 bulan 16 hari (27 Julai 1988 – 11 Jun 2009)
Kelahiran nya telah diceritakan dalam post blognya pada bulan julai
Beliau telah dibesarkan di Pulau Pinang sehingga pada Jun 1990, selepas itu kami sekeluarga telah dipindahkan ke USM, Kelantan. Banyak kebaikan yang ummi dapat melalui kehidupan di Kelantan ini, kerana banyak sekolah rendah dan tadika yang lebih islamik boleh di dapati dengan mudah. Alhamadullilah, ummi telah menyerahkan kepada sahabat ummi untuk menjaga mereka (Mizjana) dan beliau telah didedahkan sejak kecil lagi kecintaan kepada Allah Taala dan kelebihan Rasullulah saw dan konsep keimanan.
Gambar kenangan arwah ketika berusia 1 tahun 10 bulan
Alhamdullilah, Allah beri peluang untuk ummi mengikuti model lengkap kursus Ibubapa Efektif (Parenting). Dari sini konsep yang dipelajari di aplikasikan dengan bersungguh2 (anak sulungkan) dan pengharapan yang tinggi diletakan untuk beliau mencapai tahap akhlak (http://kalam-puncak.blogspot.com/2008/08/sebuah-rumah-syaksiah.html), iman dan akademik yang tertinggi. Teringat lagi kata-kata shbt ummi “ Dia ni, nakkan anak dia dapat semua yang terbaik.” Ummi pun menjawab: “Insyaallah, kerana dia merupakan anak sulung yang mana akan menjadi contoh kepada adik-adiknya nanti.”
Bila teringat perbualan ini kembali, rasa sebak juga dan bersyukur kepada Allah yang telah memenuhi cita-cita seorang ibu ini yang cita-citanya sangat tinggi, ya Alhamdullilah memang benar dia benar-benar menjadi idola adik-adiknya selain meletakan Allah dan Rasul sebagai ikutan.
Mula-mula memang berhajat menghantar beliau di sekaloh Maahad Tahfiz Pulau Chondong, tetapi beliau tidak berjaya kerana bilangan pelajar diperlukan kalau tak silap hanya 30 orang dan bukan anak Kelantan hanya 1 kuota, maka beliau telah gagal. Takdir Allah lebih baik di aturkan maka beliau telah di hantar belajar ke Matri.
Berikut adalah gambar-gambarnya semasa di Matri, Alhamdullilah di sinilah bermulanya pembentukan akhlak dan ilmunya terhadap deen.
Perjumpaan ibubapa dan guru
Sejak kegagalan masuk ke situ, ummi telah tanamkan semangat kepada dia supaya belajar sungguh-sungguh suatu hari nanti along mesti masuk Darul Quran (DQ). Akhirnya alhamdullilah dia berjaya masuk DQ hanya selama 6 bulan sahaja kerana dapat tawaran ke Mesir.
Kenangan di DQ
Di Mesir
Alhamdullilah masanya hanya dihabiskan menuntut ilmu tanpa kerehatan yang panjang seolah-olah beliau tahu umurnya tidak panjang.
Memang kehidupan kita di dunia ini di janjikan oleh Allah dalam kesusahan seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).”
(Surah Al-Balad: ayat 4)
Mudah-mudahan kematian ini membuka minda kita supaya sedar dan sentiasa beringat bahawa kematian boleh datang bila-bila saja.
Marilah kita hadiahkan al-fatihah untuk anakanda dan mudah-mudahan Allah tempatkanya bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Ameen, Ya Allah.
Wallahu'alam.
10 Responses to Setahun telah berlalu, muhasabahlah terus muhasabah...
Moga Allah rahmati ruhnya..
dan kita terus persiapkan berkal..
Moga ummi dan keluarga terus tabah hadapi hari muka..
kenangan bersama arwah masih segar dlm ingatan..HQ selama 3 tahun inilah banyak merapatkan hubungan kami, hikmah Allah, supaya ana dapat mengenali arwah dan keluarga dgn lebih dekat, berpisah ketika tamat spm, namun ingat lg ketika arwah nk ke mesir, dtg ke KLIA, pemergiannya amat dirasai, kpulangan hari raya dirai bsama dgn nasi dagang kegemaran arwah mgkn, last cntct via ym, 2 minggu sblm arwah pergi, menegur ana, meminta agar slot tntg Palestin perlu diadakan dlm KMK 14..hanya 2 3 ayat..krna arwah sibuk utk exam..semoga arwah ditempatkan bersama para mujahidin..yang syahid dlm perjuangan yang diredhoi Allah swt..
setahun telah berlalu.. Allahu Akbar.. pantasnya masa berlalu..
merenung kembali dalam diri..
sejauh mana diri sanggup berkorban utk dakwah dan tarbiyyh dalam masa setahun ni?
ya Allah.. malu rasanya dengan Allah =(. kadang2 berkira-kira dengan Allah, padahal Allah tak pernah 'kedekut' dengan kita..
dan kematian adalah tazkirah terhebat untuk hati.. menyedarkn dari lena, membatasi angan2 yg panjang
terima kasih ummi, moga kita sentiasa dlm lindungn rahmat kasih-sayangNYA.. moga Allah mencucuri juga rahmatNYA pada arwah dan shbt2 yg telah 'pergi'
-bakal menyusul pergi-
Assalamualaikum kak...sudah genap setahun kita melihat pemergian almarhum ammar ke alam bazarkh...sy rase cam bru semalam je almarhum meninggalkan kita...
sy de tergerak ati utk menukil entri genap setahun setelah pemergian ammar...tp sy sentiasa kesibukan mase w/pn dlm keadaan cuti pjg skrg nie...
bru2 ni ayahnada sy tlh kembali keramahtullah...rasenye sy rase pe yg akak rase dlm kemelut emosi yg x menentu setelah kehilangan org yg tersayang...
erm al-fatiah buat almarhum ammar n sekaliah muslim n muslimat yg tlh mendahului kita ke alam bazarkh.
al-fatihah... sy masih rindu kn ama.. da staon da kn ummi.. =(
salam umi...setahu sekejap saja..pejam2 celik..dah setahun along pergi..moga diltekkan rohnya dalam golongan orang yang beriman..
salam umi..moga sihat-sihat sahaja..sudah setahun rupanya berlalu, tapi saya rasa seakan-akan peritiwa itu baru sahaja berlaku..terkenang gelak tawa Arwah, semangat Arwah untuk islah diri dan biah rumah kami..setiap kali terkenang arwah, sedar akan betapa "pendek"nya umur ni,ALLAH boleh cabut roh kita bila2 masa saja..adakah kita bersedia?, soalan yang sering bertandang dan membawa pada kesegaran untuk beramal..terima kasih Arwah, terima kasih kepada insan yang melahirkan arwah, terima kasih kepada ALLAH yang mentakdirkanku bertemu dengan arwah..
Ummi to sinar:
Ameen, ameen,ameen...
Jazakillah doakan ummi dan marilah kita memantapkan persediaan utk bekalan di sana..
Ummi to Abu:
Jadikan kenangan itu sebagai jambatan utk memperkuatkan diri serta thabat dijln ini.
Ummi doakan Abu juga tabah dengan dugaan yang mendatang, mudah2an Abu berjaya dunia dan akhirat
Ameen, ameen,ameen...
Syukran Abu.
Ummi to Hawarij:
Memanglah masa itu kita rasa terlalu pantas sehinggakan bila muhasabah balik apakah kita lakukan hari demi hari utk memperkuatkan iman kita, muhasabah terus muhasabah.
Ameen, ameen,ameen...
Syukran Hawarij.
Ummi to nagaliar:
Waalakummusalam cikgu.
Jazakallah cikgu kerana sudi bertandang di sini dan hajat cikgu utk mengingati arwah, mudah2an Allah saja yg dapt membalas niat baik cikgu itu.
Akak ucapkan takziah atas kembalinya ayahanda ke rahmatullah, mudah2an Allah tempatkan beliau dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh.
Ameen, ameen, ameen...
Ummi to creistz:
Ya kita semua rindukan dia, doa teruskan berdoa utk dia dan kita agar sentiasa berada dijln yg diredhai Allah dan terus muhasabah...
Ummi to angah:
Ameen, ameen, ameen...
Masa berlalu cepat dan begitulah kita kena kejar masa itu agar bila dipanggil Allah nanti ada bekalan utk di bawa...
Ummi to Ikmal:
Salam Ikmal, Alhamdullilah sihat.
Ikmal marilah kita jadikan kenangan yg dilalui bersama-samanya walaupun sekejap tetapi ianya sebagai satu tarbiyah dalam kehidupan kita semua. Kebaikan2 yg dia lakukan mudah2an dilihat Allah sebagai bekal di alam sana...
Syukran masih mengingati kebaikan2nya dan syukur Alhamdullilah atas nikmatNya ...
Assalamualaikum Ummi,
Rasa tersentuh dan menitis air mata membaca post2 dlm blog ini.
Sesungguhnya Ummi bertuah melahirkan ulama` seperti Ammar.
Dan terfikir sejenak, alangkah indahnya memiliki bonda seperti Ummi.
Perginya seorang Dai` seperti Ammar tidaklah hanya terhenti di sini.
InsyaAllah masih sempat adik2 Ammar untuk terus memperjuangkan islam dgn meletakkan Allah dan Rasul sbg ikutan spt mana yg Ummi nyatakan.
Semoga Ummi sentiasa tabah dlm mengharungi setiap saat kehidupan ini.
Ulama` Ummi sentiasa diiringi doa kita semua.
InsyaAllah Ulama` Ummi akan ditempatkan di tempat orang2 Yang Soleh.
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem Ya Ummi.
Salam.
Something to say?