Betulkan niat...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan.Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."
Assalammualaikum, syukur Alhamdullilah atas nikmat dan rahmatNya dapat kita merasai nikmat berada di bumi ini. Adakah Kita merasai diri kita ini lalai terhadap tuntutan dan tanggungjawab kita terhadap Islam, atau kita merasai sudah cukup menjalani tanggungjawab kita kepada islam, ini semua hanya diri sendiri yang dapat menjawabnya. Marilah kita terus bermuhasabah kerana ini adalah salah satu jalan mengenal diri dan apakah matlamat kita di bumi ini.
Ummi nak bawa diri ini, angah, acik dan semua anak-anak untuk menilai kembali ajaran islam ini, apakah ajaran Islam yang nak dibawa dalam hidup ini? Kita hidup di dunia ini mesti ada visi yang jelas untuk dibawa diri kemana sebenarnya. Tentulah visi kita adalah mendapat keredhaan Allah dan syurga Nya adalah pengakhiran kita yang akan hidup kekal abadi.
Dalan perjalanan untuk kita mencapai visi ini berbagai misi yang kita perlu tempuhi dan kadang-kadang kita tercicir di tengah jalan. Menuntut ilmu adalah salah satu misi kita untuk hidup dan dia merupakan hanya wasilah kita mencapai visi ini.
Oleh itu anak2 ummi teruslah berusaha agar kejayaan dunia kita capai dan akhirat juga adalah tempat raih yang kekal abadi.
Janganlah angah dan acik lupa tag along yang cukup memberi peringatan kepada kita iaitu "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat". Teruslah berusaha dalam menuntut ilmu agar kejayaan cemerlang di Universiti dan visi kita ke akhirat jangan sekali ditinggalkan.
Along berjaya ke Universiti Kaherah
Angah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Acik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Ingatlah apa saja U yang kita masuk itu bukanlah segala-galanya tetapi menegak deen Allah dalam diri dan masyarakat adalah tuntutan yang perlu juga kita utamakan. Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan ummat yang sungguh-sungguh dan cinta kepada (ajaran) Kami, pasti Kami tunjukan jalan Kami.”
(Al-Ankabut :69)
Marilah kita lihat ajaran islam ini iaitu:
1. Ia adalah ajaran Illahi untuk mengatur kehidupan manusia, oleh ia mestilah direalilisasikan dalam kehidupan kita dengan usaha bersungguh-sungguh kita sendiri dengan batas kemampuannya dan lingkungan kehidupan yang kita lalui.
2. Ajaran ini akan berkesan jika kita menjadikannya sebagai keperluan pokok dalam hidupkita dengan bersungguh-sungguh. Kita mestilah melaksanakan setiap langkah perjalanan hidup dengan diwarnai oleh agama sampai batas terahkir.
3. Keistimewaan yang dimiliki Islam ini kita tidak boleh lalai walaupun sekejap dalam setiap langkah perjalanan hidup kita, kita mewarnai kehidupan kita dengan Islam pada setiap langkah hidup kita, sehingga tidak ada pokok atau peraturan yang lain selain islam. Oleh itu kita akan hidup dengan tenang, aman dan adil.
Allah telah menciptakan fitrah dalam diri manusia dan dengan fitrah ini Allah telah menurunkan hidayah yang dapat diraih dengan kesungguhan dan rasa cinta kepada ajaran Allah Taala.
Demikian ciptaan Allah agar fitrah manusia mempunyai fungsi dan tugas, tidak dibiarkan sia-sia tanpa manfaat, firman Allah yang bermaksud:
“ Dan demi satu jiwa yang menciptakannya. Lalu menunjukan kepada jiwa jalan kejahatan dan kebaikan. Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan diri, dan celakalah orang yang menipu Dia.”
(Asy-Syams :7 – 10)
Ummi dan abah amat berbangga anak-anak ummi telah berjaya memasuki menara gading, tetapi di hati ini amat bimbang jika di U anak-anak ummi hilang nilai-nilai yang sebenar kehidupan kita... muhasabah terus muhasabah...
Kenangan bersama along
Bersama angah
Bersama acik
Kita sebagai hamba Allah Swt tidak boleh melemparkan pertanyaan2 ini tentang:
- Mengapa Allah menciptakan manusia dengan mempunyai fitrah kemampuan yang terbatas?
- Mengapa fitrah manusia (yang terbatas ini) diberi fungsi dan tugas, tidak dibiarkan saja agar menerima taqdir dari Allah Swt?
- Mengapa Allah menurunkan agama sebagai peraturan hidup bagi manusia dan mengapa keberhasilan berlakunya dipengaruhi oleh kemampuan jiwa serta lingkungan yang membatasinya?
- Mengapa Allah Swt tidak menentukan saja agar peraturan hidup (agama)diberlakukan dengan kehendak dan kekuasaanNya, tidak harus dengan adanya sebab yang mendahuluinya?
Kita sebagai manusia mesti dapat menggali hikmah Allah untuk mengatur perjalanan hidup kita dan menyedari akan adanya takdir dariNya. Akibat dari ini jiwa manusia akan tunduk dan terbentuk oleh hikmah dan takdir Allah sesudah mendapatkan pemahaman yang benar.
Marilah anak-anak kita tampil berjihad melawan kelemahan dan kemalasan serta berjihad melawan dorongan hawa nafsu yang suka menentang jalan yang benar. Dengan usaha-usaha ini, maka peraturan Allah akan dapat dilaksanakan dan berjalan dalam diri kita.
Oleh itu anak-anak, iman itu tidak akan sempurna di dalam hati seseorang, apabila tidak ada usaha yang sungguh-sungguh dalam menghadapi tentangan di tengah-tengah masyarakat , dalam erti membenci kebathilan dan kebodohan mereka, serta bertekad merubah keadaan mereka kea rah kebenaran yang sesuai dengan ajaran Islam.
Akhir sekali marilah kita doakan roh Dalam Jiwa hamba ini sentiasa segar dan mendapat kerahmatan di alam sana.
Ya Allah kau ampuni dosa-dosa kami dan anakku Muhammad ‘Ammar dan kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dan jadikan kubur-kubur mereka seluas-luas taman syurga Mu, Ya Allah.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.
Ameen, ameen, ameen…ya Rabbul'alamin.
Wallahu'alam.
10 Responses to Betulkan niat...
Alhamdulillah, dah berjaya anak-anak Ummi,bakal menyusul selepas ni Sofia, Irfan,Atirah dan Ainun.Seronok rasanyakan.
Terima kasih banyak makcik..
makcik mengingatkan saya supaya tajdid niat..
di mana pon kita berada, niat biarlah ikhlas kerana Allah SWT..
syukran..moga Allah sentiasa merahmati selalu..
Innallah ma'akum..
To Irma:
InsyaAllah Irma, itu yang kita harapkan tetapi semua ini mestilah berlandaskan atas keimanan dan kesedaran serta kefahaman Islam yang sebenar.
Ummi doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih meninggalkan kesan di sini.
To Muhammad Fakhruddin:
Ameen... Syukran sudi komen di sini. Ummi doakan kita semua berada dalam nikmat dan kefahaman Islam yang sebenar dan selalu membetulkan niat kita dalam setiap gerak kerja seharian, InsyaAllah.
tima kasih umi atas perkongsian umi punya post...tapi mcm knal la idea post umi ni..hahha...truskan umi...
To Pujangga hidup:
InsyaAllah Ummi saja nak sambungkan lagi supaya proses muhasabah itu terus berjalan sehinggalah ke suatu masa nanti kita tidak perlu lagi utk muhasabah....
Kitakan keluarga dan perlu ada kesinambungan.
Teruskan perjuangan!!! yang masih jauh...
Assalamu'alaikum Ummi yang dikasihi...
Ummi dan keluarga apa khabar? sihat? moga Ummi dan seluruh ahli keluarga sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah...Ameen
Sangat-sangat rindu pada Ummi!
Jazakillah khair diatas entry yang amat bermakna ini Ummi...berderai airmata ini...Ya Allah, perlu banyak2 muhasabah...Doakan faiza ye Ummi...
Alhamdulillah, syukur serta segala puji bagi Allah, faiza telah pon selesai menjalani majlis graduasi tempoh hari...terasa sangat kerdil, sebak, terharu dengan segala nikmat, peluang dan rezeki yang Allah berikan ini...semuanya, segalanya hak milik mutlak Allah...masih banyak amanah Allah yang belum dilunaskan...Mahu beri yang terbaik kepada Allah...kerana Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada hamba2Nya...InsyaAllah, faiza pulang nanti dengan satu amanah dan tanggungjawab yang besar kepada Deen ini...
InsyaAllah, 2 minggu lagi faiza akan ke Mesir Ummi...Doakan faiza ye Ummi...Moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan faiza ke Mesir dan seterusnya selamat tiba di Malaysia pada 21 August nanti, InsyaAllah...Moga Allah mudahkan segalanya...Ameen
Ummi jaga diri baik2 ye...Jaga kesihatan Ummi juga...
InsyaAllah, panjang umur dan ada rezeki, moga Allah beri peluang untuk menziarahi Ummi...
Teruskan menulis Ummi...Moga Allah redha dengan seluruh hidup kita semua...Ameen Ya Rabb
Sayang Fillah buat Ummi, dari bumi UK:
-Faiza-
Assalamu'alaikum Ummi...
Ya Allah, sudah setahun arwah Ammar pergi, Ummi...sekejap rasanya...
Arwah Ammar sentiasa berada di dalam doa2,sedekah dan tahlil faiza Ummi...sungguh besar nama arwah Ammar ini di dalam perjalanan
D & T faiza...sudah genap setahun arwah pergi, maka genap setahun jugalah faiza mengenali jalan D&T ini Ummi...Allahu Akbar!!!
Moga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh arwah Ammar, dan moga arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 yg soleh dan beriman serta para syahid di jalanNya ini...Moga Allah jadikan kubur arwah diantara taman-taman SyurgaNya...Moga arwah tenang dan bahagia di alam sana...Ameen...
Ingin sekali menziarahi pusara arwah, bila pulang ke Malaysia nanti...Moga Allah mudahkan...
Moga Ummi dan keluarga terus tabah...
Waalaikumusalam Faiza,
Ameen, ameen, ameen atas doa utk arwah Ammar mudah2an dia bahagia di sana dan mendapat kerahmatan dr Allah.
Ummi dan keluarga Alhamdullilah sihat, harapannya mudah2an Faiza begitu juga.
Ummi ucapkan TAHNIAH atas kejayaan mencapai cita-cita di dunia ini dan doa ummi agar Faiza sentiasa beristiqamah di jalan D&T ini kerana banyak liku2 dan dugaan yg akan dihadapi semada diri sendiri atau org lain. Realiti di Malaysia kadang2 kita gagal menghadapinya berbanding realiti belajar, apa2 pun doa adalah senjata yg ampuh, InsyaAllah.
Ummi doakan perjalanan Faiza ke Mesir dan selamat pulang ke Malaysia...
InsyaAllah, datanglah ke rumah.
Sayang Fillah juga buat Faiza.
Jazakallahu khayr kathir buat umi dan Kalam Puncak. dah lama x menjengah kesini. hati terasa rindu. dan alhamdulillah entri ummi kali ni sangat meruntun jiwa untuk terus berjihad di jalan Allah,. menggapai cita2 tertinggi untuk Islam.. Insyaallah.
Alhamdulillah, hampir setahun berada di mesir, banyak pengalaman yang ana perolehi. Patutlah allahyarham ammar suka bercerita tentangnya. Pastinya allahyarham lebih merasai kelebihan ketika berada disini.. apapun ummi bertuah mempunyai anak yang sanggup bermusafir jauh demi ilmu, kerana itu jualah contoh yang diberikan oleh ulama2 dan orang hebat terdahulu. mereka sanggup mengembara jauh demi ilmu.
Belajar itu ibadah..bekalan untuk akhirat..InsyaAllah..
Doakan kami ya ummi. moga najah selalu dunia akhirat.
Alfatihah untuk allahyarham ammar.. Insyaallah semoga tamannya trus mewangi di alam sana.
Salam Ahyana solehah,
Alhamdullilah sudi singgah di sini, ya hijrah kita untuk menuntut ilmu amatlah baik dan jika di arahkan kepada kebaikan maka kita akan perolehi apa yg dihajatkan. InysaAllah.
Umi doakan anti berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah.
Wallahu'alam.
Something to say?