Pengkongsian pengalaman....
Alhamdullilah bertemu kembali, insyaAllah hari ini ummi nak beri sedikit pengkongsian pengalaman dalam diri ummi lalui minggu ini. Mudah-mudahan ini akan menambahkan amal ummi dan memberi pengajaran yang berharga dalam hidup ini.
Kehidupan kita sebenarnya mesti malalui keadaan kesenangan dan kesusahan agar menemui kematangan dan supaya sentiasa muhasabah diri.
Ceritanya bermula pada hari jumaat (9/4/11), kakak telah masuk hospital kerana masalah tak dapat buang air kecil dan bila makan sentiasa muntah, beliau dimasukkan di A&E pada ptg jumaat (3 ptg) dan dimasukan ke wad pada tengahmalamnya . Prosedur utk dimasukan ke wad amatlah lambat dgn alasan wad penuh (hospital kerajaankan). Bila dah masuk ke wad hari sabtu dan ahad tak dapt buat apa-apa kerana tiada pakar dan tak boleh scan tiada radiologis, beliau hanya di observe dan sedikit rawatan membantu meringankan kesakitan. Sedikit sebanyak ujian tumour marker yg ummi buat telah membantu Dr mencari punca penyakit beliau. Tumour marker result sgt tinggi dan beliau memang menghadapi penyakit kanser. Bila dr buat pemeriksaan breast didapti ada ketulan disebelah kanan dan scan dilakukan disahkan kakak ummi telah mengidap breast cancer stage 4 (Invasive Alveolar carcinoma). Kansernya telah merebak kehati dan peringkat akhir bone metastasis.
Pada hari isnin beliau mengadu sakit pinggang yang teramat sangat dan perutnya membesar kerana masalah ascitis disebabkan kegagalan hati, beliau juga disahkan renal failure dan heart attack. Perutnya ditebuk dan ascitis fluid dikeluarkan drp abdomennya (prosesnya amat sakit). Keadaannya bertambah teruk dari hari kehari sehinggalah hari selasa beliau tidak mahu buka mata dan bila dipanggil namanya dan disuruh menyebut kalimah Allah beliau menyebutnya dan lain-lain dia tak respon. Akhirnya hari rabu beliau telah dinasihatkan dipindahkan ke Hospital lain yang ada wad pallative agak jauh perjalanan kena naik ambulan, ummi pun akur.
Malangnya apabila tiba di hospital tersebut pallative ward penuh dan kakak dihantar ke wad medical dan di situ mulalah history pesakit di tanya balik drp mula (letih nak cerita). Sepatutnya beliau ke sana untuk observe saja bukan terima rawatan yang intensif. Bila ummi berjumpa dengan dr, kami dipanggil masuk bilik dan dr mencadangkan pesakit dibawa balik dan tiada harapan lagi (yang sedihnya anak dia bertanya adakah mak dia dapat bercakap kembali, maka dr dgn penuh berlapik memberi jawapannya). Apa yang dikesalkan sampai di situ kakak ummi hanya dibuang oksigen, intravenous drip dan diberi ubat penahan sakit, kenapa tidak diberitahu di hospital pertama tadi dan boleh terus bawa balik rumah (kadang2 pendapat dr ini berbeza – Ya Allah masa ni teruslah teringatkan arwah ‘Ammar).
Kami sekali lagi naik ambulan dan balik kerumah dengan kakak yang tidak sedarkan diri, berat sungguh ujianMu ya Allah. Setelah 2 malam dia berada dirumah dalam keadaan tidak sedarkan diri akhirnya jam 11:30 mlm jumaat kakak ummi telah kembali bertemu Illahi dan keadaan semua ahli keluarga mengelilinginya, Alhamdullilah.
Sesungguhnya kematian ini adalah satu peristiwa yang amat menyedihkan kerana kita terpaksa berpisah dengan orang tersayang, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan dosanya.
Firman Allah dalam surah Al-Mulk:2
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢
Maksudnya:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)
Yang sebenarnya sebagai orang yang beriman kita perlu muhasabah bahawasanya tidak ada yang harus dikhawtirkan dalam kematian. Ia adalah pintu yang setiap orang pasti akan memasukinya. Tetapi menjadi masalah serius adalah, apa yang terjadi setelah kematian? Marilah kita sama-sama fikirkan, apakah berupa taman dan sungai yang mengalir, dalam tempat yang dijanjikan Allah, ataukah berupa kesesatan dan api yang mengelojak?
Arwah Ammar hampir 2 tahun meniggalkan kami sekeluarga dan gambar ini menunjukan tika ia mencapai usia 2 tahun (kenangan pahit dan manis dalam kehidupan.
Sebuah keniscayaan
Marilah kita mencermati kematian, niscaya kita akan tahu ia adalah perkara yang amat besar iaitu ia lebih dekat daripada kiamat yang selalu kita cari tanda-tandanya, mungkin esok lusa giliran kita pula.... Ia adalah piala bergilir bagi setiap orang yang berdiam di suatu tempat maupun yang suka berjalan-jalan ke merata tempat. Dengannya manusia akan keluar dari dunia menuju syurga atau neraka.
Kalaulah tak ada erti kematian selain kehilangan, hancurnya tubuh dan terlupakanya keindahan siang dan malam.
Niscya ada kekeruhan bagi mereka yang suka bersenang-senang, dan perubahan bagi mereka yang tenggelam dalam kenikmatan.
Marilah kita semua mencari, iaitu mencari erti hidup yang sebenar dan apabila kita menghadapi kematian dengan jiwa yang tenang dan mati dalam keadaan yang di redhai oleh Allah seperti dalam firman Allah dalam surah Ali-Imran:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ(١٠٢
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102)
Ya Allah! Engkaulah sahaja Tuhan kami dan Engkaulah sahaja Pencipta kami serta Engkau sahaja memberi petunjuk kepada kami dengan Agama Islam, Engkaulah sahaja yang mengambil nyawa kami dan Engkau sahaja yang mengetahui rahsia kami yang tersembunyi dan nyata. Ya Allah! ampuni segala dosa kami, dosa anak kami Muhammad 'Ammar, dosa kakakku dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal jadikan kubur mereka dan kubur kami nanti seluas-luas taman syurga Mu.
Wallahu'alam.
8 Responses to Pengkongsian pengalaman....
"Perbanyaklah mengingati sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!" (HR. Tirmidzi)
takdir Allah penuh hikmah...=)
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum ummi. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini.moga ummi terus tabah menghadapi ujian drNYA. saya juga harap ummi terus mendoakan kami(pembaca setia blog arwah ammar)agar kami terus istiqamah di jalanNYA. moga ALLAH redha.ameen.
assalamua'laikum Ummi.
Sedih sangat... *tears*
Benarlah dengan mengingati mati kita akan lebih dekat dengan Allah.
Takziah untuk Ummi dan al-Fatihah untuk arwah kakak Ummi.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
al-Fatihah untuk arwah Ammar juga.
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (surah al-Fajr: ayat 27-30)
Doakan kami juga(pembaca blog arwah Ammar)agar kami terus istiqamah di jalanNYA. InsyaAllah.
Cik Dila, Ayuni dan Latifah:
Waalaikumussalam semua, Ameen,ameen, ameen...
sama-sama dan terima kasih atas kunjungan anak-anak di blog ini. Doakan agar blog ini terus segar sehingga akhir hayat ummi.
Ummi doakan agar Allah kurniakan kita kebahagiaan dunia dan akhirat.
Salam ukhuwah dari ummi.
This comment has been removed by the author.
Takziah ana ucapkan.
Terima kasih ummi berkongsi kisah ini.
Setidaknya mengingatkan diri akan negeri kekal abadi agar tidak leka di dunia fana ini
Jazakillah Sinar,
Sindrom pantun ni:
Negeri abadi bakal dihuni
Hidup sakan beramal ibadat
Jazakillah sudi bertandang di sini
Ummi doakan bahagia dunia & akhirat
AlFatihah utk arwah kakak Ummi.
Benar kematianlah sebaik-baik peringatan.
Teruskan mencoret rasa hati di sini Ummi. Kami sentiasa mendoakan~
Salam dari barat lembah Nil.
Something to say?