"Kereta Mercedez kalau kita tengok dari luar, kita gosok-gosok, ketuk-ketuk, bunyi pun tak ubah macam tin milo je. Kalau letak Kancil kat sebelah...kaler pun sama hitam, ketuk-ketuk pun bunyi lebih kurang, nak rasa ape sangatla sepeselnya Mercedez tu?"
Para jemaah Masjid Taqwa, Taman Bertam Indah khusyuk mendengar tazkirah yang ala-ala ceramah dari mimbar. Ustaz Mutallib dengan penuh wibawa dalam nada humor bersungguh-sungguh meraih perhatian pendengar.
"Memangla tak ada bezanya. Naiklah bawa, baru tahu bezanya. Baru tahu tinggi rendah Mercedez berbanding Kancil. Macam tulah, Al-Quran. Kalau tak dibaca, tidak digali sumber asli itu, jauh sekali mengamalkan, memanglah tak terasa hebatnya Mukjizat teragung itu!"
Terangguk-angguk para jemaah mengiakan. Saya pun turut sama gerakkan kepala turun naik.
Jarang boleh dilihat masjid di Malaysia diimarahkan sebegitu rupa. Ramai hadirinnya. Padat jadual dengan ceramah, kuliah dan tazkirah. Tahniah kepada AJK Masjid Taqwa(walaupun pakcik-pakcik tak baca, tapi saya hadiahkan juga kredit ini) termasuk bapa saya sekali.
Kiranya terawih bukan sekadar jadi ibadah ritual, tapi terisi dengan percambahan ilmu dan pencerahan fikiran. Moga dari itu akan hadir ketundukan dan penyerahan dalam bentuk kefahaman yang lebih sahih pada Islam, Insya Allah.
Buku yang panas dan dicari ramaiSaya bukan kepingin mahu menikah, tapi sekadar merujuk dan membina mindsetting agar mudah dikemudian hari. Dipaparkan dalam ketiga-tiga buku ini, hidangan pengalaman orang-orang lama yang sudah berumah tangga dan terlibat dalam lingkungan dakwah yang saya rasa cukup berharga untuk kita kaut sebanyak mungkin. Panduan buat kita.
Mungkin Rasyidi dan Alia perlu selak dan bedah buku-buku ini. Tahniah buat kalian berdua. Moga boleh tumpang makan di rumah di saat kebosanan.
Sat, adikku menangis lagi.


