Dalam Jiwa Hamba
Mencari erti hina...hina sebagai hamba...hamba disisi Rabbi.
Showing posts with label Sastera. Show all posts
Showing posts with label Sastera. Show all posts

Penghargaan Dari Bumi Penjajah

Posted In: , , , . By Kalam Puncak

Entri kali ini adalah hasil karya teman saya, Muhammad Saif Bin Jamaluddin, yang sensitif kepada warga Palestin nun setapak dua mengarah ke timur laut Mesir. Dari hanya terperosok dalam kotak inbox, saya ingat elok lagilah kalau ia dibaca dalam ruang blog ini.

"Daripada : warga yahudi
Kepada : pelajar-pelajar perubatan mesir

PENGHARGAAN DARI BUMI PENJAJAH

Wakil-wakil Amerika dan Yahudi mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Sumbangan-sumbangan melalui pembelian KFC , McDonald , Coca Cola dan lain-lain telah banyak membantu kami. Terbaru, sumbangan-sumbangan ini telah disalurkan terus kepada Gaza dalam bentuk bom, roket serta senapang dan peluru-peluru.

Setakat ini angka kematian melebihi 300 orang, kebanyakkannya orang awam. Termasuk kanak-kanak dan wanita. Dilaporkan juga lebih 1000 orang telah cedera.

Dengan sumbangan yang banyak yang tersedia ada, pihak Israel akan menambahkan lagi serangan ke Gaza. Hal ini bagi mengelakkan rakyat palestin menjadi pengganas.

Kami berbesar hati atas sumbangan ikhlas dari kamu semua. Ingatlah bahawa semua serangan ini hanya untuk mengelakkan keganasan yang lebih teruk.

Pihak kami mendapati bahawa kamu semua mendapat 400 USD sebulan.

Pihak kami menasihati kamu semua supaya terus berbelanja menggunakan duit tersebut untuk diri kamu sendiri dan janganlah banyakkan menderma. Hal ini kerana keadaan ekonomi dunia yang agak teruk. Maka gunakan duit itu sepenuhnya ataupun simpan sahaja.

Cuti musim sejuk ini, pihak kami mendapati ramai dikalangan kamu berbelanja untuk melancong ke Luxor, Aswan, Baharia, Turki dan sebagainya. Pasti kan wang simpanan kamu semua dibelanjakan sepenuhnya bagi tujuan ini.

Tidak perlulah anda bersusah payah untuk menderma kepada Palestin. Kondisi kamu sebagai pelajar kelihatan tidak mengizinkan. Ramai lagi umat Islam yang sanggup menderma.

Tiada yang perlu dirisaukan. Rakyat palestin adalah rakyat yang tahan sejuk. Musim sejuk kali ini, mereka tak perlukan selimut-selimut dan baju sejuk.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang kurang makan. Jadi, mereka tak perlukan makanan yang banyak.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mempunyai antibodi yang cukup mantap. Kerana itu, mereka tak perlu bekalan ubat ubatan.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mampu berdikari dengan baik. Maka tak perlulah diberikan apa-apa sumbangan kepada mereka.

Percayalah kepada janji Allah, kemenangan Palestin pasti terjadi. Maka kamu semua tak perlulah menderma apa-apa.

Yang pastinya, kamu semua akan menjadi saksi dan menjadi peneman kami semasa di akhirat kelak. Kerana sumbangan kamu semua kepada kami, pastinya persoalan yang akan ditanya Allah kelak. Kamu jawablah sendiri dengan Allah alasan-alasan yang boleh lari dari menyumbang kepada palestin walau pun Palestin itu hanya jiran bumi Mesir sahaja.

Terim kasih sekali lagi kami ucapkan.

Yang Benar,
Zionis Laknatullah
(PENJAJAH BANGSAT BUMI AL-QUDS)
Maka saya anjurkan bacaan doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di sana. Panjangkanlah berita dan sensitiviti kita ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Bumi Palestin ini tidak sanggup dibiarkan basah dengan darah umat yang tak berdosa.

Labuhkan doa dalam qunut saudara dengan Qunut Nazilah. Moga didengar di ketujuh-tujuh langit, sampai ke Arasyh Allah.
"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."

 

Bila Bonda Berbicara

Posted In: , . By Kalam Puncak


Oh sekian lama tidak kemas kini blog, akh
irnya saya punya kesempatan. Pada Allah saya ucapkan syukur.

Kali ini saya kirim lanjut surat samaran saya untuk teman-teman yang terpaksa pulang kembali ke Mesir lebih awal (sekiranya sudah pulang) atau teman-teman yang terpaksa lebih lama tinggal di Mesir untuk menduduki Dur Thani (repeat paper). Moga Allah mudahkan urusan kalian di sana.

Rabbuna sahhillakum.

BILA BONDA BERBICARA

Oleh: Kalam Puncak

Atas nama kasih dan sayang serta rasa rindu yang berat dibendung, bertitik tolak atas kecintaan kerana Allah maka Ibu lafazkan kalimah yang sarat dengan mahabbah, ucapan yang dilafazkan bukan kerana adat tapi kerna ibadah, Salamullahi Aleikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Moga anakanda senantiasa berada dalam lembayung redha dan maghfirah Rabbnya.

Ibu baru dengar dari bapamu berita dari bumi Mesir ini. Berita tentang sekolah kamu dalam ilmu dukun ini. Ibu sedar peritnya anakanda sungguh-sungguh dalam studi di sana. Namun, apakah daya. Kalau Tuhan masih belum izin dikecap sukses dalam peperiksaanmu, usahlah anakanda merasai bahawa segala-galanya sudah berakhir.

Ibu tahu yang Ibu ini bukan orang-orang bijak. Tidak pernah jejak kaki ke sekolah menengah. Gagah-gagah juga tahu baca. Tapi Ibu ini tahu putus asa ini tidak termaktub dalam sifat-sifat orang mukmin. Malah tergolong dari mereka yang kufur.

Oh anakku,

Kalau kau kira bahawa nasihat Ibu ini boleh kau rangkul lalu dipeluk erat buat bekalan dirimu, maka dengarlah. Bangkitlah anakku..

Usahlah kau kusutkan kepalamu dengan kegagalan lalu. Buang jauh-jauh. Lalu kau buka kembali lipatan baru walaupun hanya selembar kecil. Ya, masa yang kau ada sekarang mungkin menghimpitmu, dengan timbunan kitab kuliah yang belum diselak ditambah pula kawan-kawanmu yang nampak seolah-olah jauh padamu tapi ingat semua ini perlu bermula dari diri engkau nak, dari dirimu!!

Mungkin kau nampak orang seolah-olah tidak peduli akan kegagalanmu. Tidak! Tidak sama sekali-kali. Teman yang lain berkongsi duka yang sama, umpama mukmin. Walau di kaki lukanya, namun di tangan pijarnya terasa. Jangan segan-segan pinta bantu dari mereka. Tak termampu beban itu ditanggung sendirian. Lantas teman yang dekat itulah kau damping, kau ambil manfaat dari mereka.

Kami sekeluarga acap kali mendoakanmu. Ibu ini sendiri selalu sebut nama anak-anak ibu termasuk anakanda yang dikasihi. “Ya Allah, Kau kurniakan kejayaan kepada anak-anakku, si fulan, si fulan dan si fulan...”. Doa kudus dari Ibumu yang kejauhan. Yang punya harapan yang besar, tidak hanya jayanya di dunia jua di akhirat.

Anakanda yang Allah muliakan,

Kekangan masa mungkin jadi halangan terbesar bagimu. Tapi kau harus ingat, kalau dikatakan nyawamu sudah sampai ke pangkal pinggang, jangan jadikannya alasan buatmu untuk berhenti amalmu kepada Allah. Kalau sisa seminggu ini sahaja berbaki, jangan jadikannya alasan untuk engkau kembali bangun. Tinggalkanlah laman maya itu, bual-bual kosong malah mengelamun itu kau buang jauh-jauh. Bisikan-bisikan syaitan untuk berserah sahaja, kau usir jauh-jauh kerana itulah jarum syaitan yang halus.

Ingatlah anakku, para cerdik pandai ada berujar,“Kejayaan yang sebenarnya ialah kejayaan yang dibina di atas puing-puing (serpihan dari keruntuhan) kegagalan”.

Duhai anak yang tercinta,

Saat Ibu tulis surat ini, dalam limpahan cahaya lampu minyak tanah, dapat Ibu lihat wajah ayahmu yang kepenatan. Letih membanting tulang mengurus bendang di kampung. Penatnya berbaloi jika dapat dia lihat kejayaanmu. Menjulang sukses yang berkah. Berkah yang datang dari kepatuhanmu pada Tuhanmu. Anakanda, pada Allahlah engkau berserah setelah segalanya engkau usahakan.

Warkah ini Ibu akhiri dengan iringan doa dan harapan.

“Ya Allah, Engkau kurniakan raja segala cekal dan ratu segala tabah untuk anakku menghadapi ujian yang berat ini. Campakkan rasa ketundukan dalam dirinya agar usahanya terpimpin dalam acuan syara’Mu. Ya Allah, padaMu kami berserah dan padaMu kami memohon pertolongan. Perkenankanlah”.
Yang Ikhlas,
Bonda

 

Cerita Malam Ajaib

Posted In: , . By Kalam Puncak


Kala sedih Nabi bersulam duka
Dek hilang tempat kongsi segala rasa
Sang isteri si peneman hidup
Juga paman penjaga setia

Buat penawar tahun yang lara
Utusan Allah datang menjengah
Undang Nabi menunggang bura'
Nun ke Aqsa pergi tak lengah

Bumi Isra dijejak nabi
Kiblat pertama seluruh umat
Dihidang Nabi arak dan susu
Apakah ujian atau santapan tetamu?

Lalu terpilih susu jadi minuman
Ujar Jibril;
"Sesungguhnya engkau telah memilih fitrah".

Ke Sidratul Muntaha nabi diangkat
Habis dijengah segala syurga
Disambut mesra para rasul
Sanjugan buat Imam para Umat

Ditatap pula neraka akhirat
Seksa segala seksa
Azab segala azab
Buat sempadan mereka yang alpa

Lalu ke Gusti Allah dibawa menghadap
Tuntutan solat diperturun
Dipandu Musa rakaat termampu
Dari lima puluh junam ke lima
Yang lima ini pun cicir tak sudah

Akhir kembara Nabi malam itu
Esok dikisahkan pada umat
Isra Misraj hanya sehari
Penyaring terbaik Iman umat

Bagi yang benar Iman
Dibenarkan
Bagi yang ragu-ragu
Hilang percaya.
"Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat".
Al-Isra; 1
P/S: Percubaan membuat puisi. Akhirnya cacamerba ini yang tertulis. Tak apa yang penting substances. Moga Isra' Mikraj ini jadi penambah bekal taqwa juga pengikat lilitan utuh iman.